10 Idea Sambung Belajar Lepasan SPM

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Satu kerungsingan di kalangan lepasan spm yang kurang bernasib baik  gagal dalam permohonan UPU.  Artikel kali ini mempunyai idea sambung belajar lepasan SPM te rutama Kepada yang kurang bernasib baik, jangan mudah berputus asa meskipun anda  tidak berjaya menempatkan diri di universiti – universiti tempatan. Ia  bukanlah pengakhiran kepada  kehidupan anda.  Pada usia anda yang masih muda dan masih mencari hala tujuan, masih banyak yang perlu anda terokai dan sifat berputus asa perlu anda ketepikan. Tidak berjaya untuk belajar di universiti bukan bermakna anda tidak mampu bersaing bersama mereka yang belajar di menara gading .

Sambung Belajar Lepasan SPM
Sambung Belajar Lepasan SPM

Banyak institusi pendidikan yang telah disediakan bagi meyediakan pembelajaran dari segi akademik mahupun kemahiran. Semuanya terletak di tangan anda dalam meilih hala tujuan yang sebenar.  Sekiranya, keputusan spm anda tidak melayakkan anda untuk menyambung pengajian dalam bidang akademik, anda boleh memilih kea rah kemahiran. Bidang kemahiran pada ketika ini telah membuka peluang pekerjaan yang tinggi.  antara institusi yang telah membuka peluang kepada lepasan spm yang tidak berjaya dalam upu adalah :

Info Tambahan :  Langkah-Langkah Kerjaya Berjaya di LinkedIn 2023

Idea Sambung Belajar Lepasan SPM

Institut Teknikal Jepun-Malaysia

  • Institute ini telah menawarkan kursus-kursus di peringkat diploma dalam bidang teknologi kejuruteraan mekatronik, komputer,elektrik, pembuatan dan pemesinan jitu.
  • 4 kredit sahaja iaitu bahasa Malaysia, matematik, subjek berteraskan sains, dsn mstsprlsjsrsn lain serta lulus dalam subjek bahasa inggeris.

Institut latihan perindustrian

  • Institut ini telah menawarkan kursus pada peringkat sijil teknologi. Pelajar yang berkelulusan spm dengan lulus dalam bahasa melayu sahaja.
  • Kursus yang ditawarkan adalah dalam bidang sijji`l teknologi  binaan berasaskan kayu, paip dan sanitari, pemasangan paip minyak dan gas juga automotif.
  • sijil teknologi CADD mekanikal dan sijil teknologi elektronik industri  memerlukan  kelulusan dalam subjek bahasa melayu,matematik/ matematik tambahan juga subjek sains/teknikal.

Pusat latihan teknologi tinggi ADTEC

  • Menawarkan diploma dengan kredit dalam 3 matepelajaran terutama bahasa melayu, matematik, dan satu subjek sains atau teknikal serta lulus dalam bahasa inggeris.
  • Kurus yang ditawarkan adalah dalam bidang
    • teknologi kejuruteraan kimpalan
    • pembuatan
    • jaminan kualiti
    • polimer
    • seramik
    • rekabentuk
    • automotif
    • minyak dan gas
    • pengeluaran automotif
    • elektrik
    • elektronik
    • telekomunikasi
    • penyejukbekuan
    • penyaman udara
    • mikroelektronik
    • mekatronik
    • komputer
    • penyelenggaraan bangunan dan fasiliti
    • penyelengaraan kapal terbang
Info Tambahan :  Jurusan Universiti Di Malaysia: 10 Tips Penting

institut kemahiran belia Negara

  • menawarkan kursus 3 kredit dalam diploma dan lulus spm pada peringkat sijil.
  • Menyediakan bidang – bidang kemahiran seperti automotif.
  • Merupakan program di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang menawarkan yuran pengajian dan elaun makanan percuma. Turut memberikan elaun bulanan.

Politeknik metro

  • Menawarkan diploma 3 kredit dengan subjek matematik, satu subjek elektif sains, vokasional ataupun teknikal serta satu mata pelajaran lain.
  • Lulus bahasa Malaysia, bahasa inggeris, dan sejarah.
  • Kursus yang ditawarkan bergantung kepada tahap kelulusan.

UITM – program MDAB (mengubah destinasi anak bangsa)

  • Menawarkan kursus pra diploma perdagangan 6 bulan
  • Menawarkan kursus pra diploma sains 6-12 bulan.

Kolej komuniti

  • Institusi di bawah kementerian pengajian tinggi yang menawarkan sijil kemahiran Malaysia sepenuh masa.
  • Turut menawarkan kursus jangka pendek. Yang terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa lulusan spm.

Giatmara

  • Penawaran kepada bumiputera yang memberikan elaun dan pengajian peringkat sijil kemahiran.
  • Memberiakan latihan percuma dan elaun bulanan.

Latihan separa perubatan

  • Memerlukan kelayakan 2 kredit dan kelulusan 4 subjek mengikut kepada kursus tertentu.
  • Membayar elaun semasa berkursus

Kolej poly tech MARA

  • Menawarkan kursus yang memerlukan syarat 3 kepujian dan mana – mana subjek serta lulus matematik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *