15 Idea Terbaik Aktiviti Pasca PT3

Pasca PT3

Pasca PT3

Selepas PT3 atau pasca PT3 adalah satu tempoh yang agak lama sebelum cuti sekolah akhir tahun. Sepanjang tempoh Pasca PT3 itu guru perlu mencari idea aktiviti pasca PT3. Selepas PT3, kebiasannya pelajar mempunyai 2-3 minggu sebelum cuti akhir tahun. Sepanjang tempoh itu, guru-guru perlu bekerjasama untuk merancang aktiviti yang sesuai terutama yang memberikan impak positif dalam perkembangan pendidikan seseorang pelajar itu. Untuk itu, kami cuba bantu anda untuk merancang pengisian pasca PT3 anda dengan 15 idea aktiviti yang sesuai untuk pasca PT3.

Projek kesenian/ Taman

pasca-taman2

Projek Taman

Masa yang ada lebih baik jika digunakan untuk projek kesenian atau taman, projek kesenian ini sebenarnya untuk melatih kemahiran visual dan kreativiti pelajar untuk melaksanakan projek. Disamping itu ia dapat mengisi masa luang dengan aktiviti berfaedah. Idea kesenian mungkin membuat mural di dinding, Membuat sangkar burung, membuat kolam atau membuat taman-taman sekitar sekolah.

Kem Solat dan Iqra ‘

Aktiviti ini juga sangat bermanfaat, pelajar diajar bagaimana untuk solat dengan sebetulnya atau memperbaiki kesalahan solat masing-masing. Selain itu pelajar digalakkan membaca Al-quran dan sekiranya masih belum pandai membaca Al-quran diajar supaya lebih pandai.

Baca Juga :  Apa itu Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM

Lakukan Tugasan PBS

Ada juga tugasan PBS yang perlu disiapkan, Masa yang ada ini juga boleh digunakan untuk membuat model atau aktiviti yang lebih seronok dalam menyempurnakan tugasan PBS mereka.

Minggu Sukan dan Permainan

Aktiviti ini mungkin menjadi kegemaran pelajar, suakan ini mempunyai banyak faedah bukan sahaja kesihatan fizikal malah kesihatan mental serta menggalakkan pelajar bersosial bersama rakan mereka. Aktiviti yang biasa dilaksanakan ialah memnganjurkan liga atau piala permainan padang atau permainan ringkas.

Projek Kemahiran Membaiki Kerusi dan Meja

Tenaga dan masa yang ada pada mereka juga diperlukan untuk membaiki meja dan kerusi. Ini dilihat lebih adil kerana dikalangan mereka juga yang merosakkan kerusi dan meja tersebut. Aktiviti ini dapat memberi kemahiran pertukangan kepada mereka dan tidak mustahil mungkin ada diantara mereka baru pertama kali memegang tukul atau gergaji.

Lawatan Sambil Belajar

Aktiviti ini juga diminati, aktiviti ini mungkin memakan belanja yang agak tinggi tetapi jika diusahakan akan memberikan lebih pendedahan ilmu diluar sekolah. Melawat tempat menarik boleh memberikan kegembiraan kepada pelajar dan belajar banyak ilmu pengetahuan.

Minggu Kebudayaan

Pelajar juga perlu dilatih untuk menyerlahkan bakat persembahan mereka. Penganjuran kebudayaan ini melatih kreativiti pelajar untuk mempersembahkan bakat yang ada pada diri masing-masing.

Baca Juga :  5 Kelebihan Jurusan Kemanusiaan Tingkatan 6

Menarik :

BBQ/ Jamuan

Aktiviti ini pasti digemari pelajar terutama yang kuat makan, Kebiasannya ayam, ikan dan kambing akan menjadi mangsa jamuan mereka.

Projek Keceriaan Bilik Khas

Bilik khas banyak kegunaanya, menjaga bilik khas bukan mudah kerana ia mempunyai banyak alatan dan bahan keceriaan. Masa yang ada ini boleh digunakan untuk mendapatkan bantuan pelajar memperbaiki keceriaan dan kemasan bilik khas. Sebagai contoh bilik khas seperti perpustakaan, bilik kaunseling amat memerlukan tenaga baru dalam keceriaan. Penglibatan pelajar boleh meningkatkan nilai murni dan pembelajaran yang positif.

Tayangan Pendidikan dan Teladan

Jika sekolah mempunyai TV besar, pelajar juga boleh dibawa menontoh cerita-cerita yang mempunyai nilai teladan tersendiri. Pelajar juga boleh belajar dan mendengar ceramah dari pakar motivasi terpilih.

Hari Sukaneka

Idea ini juga satu yang menyeronokkan, Sukaneka ini lebih kepada aktiviti yang mengeratkan hubungan silaturrahim dalam permainan ringan.

Hari Rekacipta

Pelajar juga digalakkan untuk membuat projek rekacipta berdasarkan tema yang diberi. Pelajar perlu membuat demonstrasi dan mempamerkan produk reka cipta sendiri serta membentangkan kelebihan produk mereka.

Baca Juga :  5 Idea Ijazah Mudah Dapat Kerja

Projek Buat Filem Pendek

Idea ini lebih unik dan menyeronokkan, Pelajar boleh memilih pelakon dan jalan cerita sendiri serta mengedit sendiri video rakamannya untuk ditontonkan kepada pelajar lain.

Hari Berniaga

Pelajar Berniaga

Pelajar Berniaga

Hari berniaga boleh meningkatkan lagi kemahiran keusahawanan, Ilmu berniaga ini perlu diterapkan pada usia muda untuk menghasilkan pelajar yang buakan sahaja bijak tetapi mempunyai kemahiran mewujudkan pekerjaan sendiri. Sebagai contoh sekolah boleh menganjurkan pasar tani di sekolah atau gerai berniaga sementara untuk pelajar PT3 ini.

Khidmat Masyarakat

Pelajar juga perlu merasai khidmat masyarakat, sebenarnya ada sesuatu perasaan yang baik akan dialami oleh sesiapa sahaja yang dapat membantu orang lain. Perasaan keseronokan membantu ini perlu diterapkan kepada pelajar supaya ia menjadi seorang yang berguna kepada persekitarannya. Nilai murni ini secara tidak langsung akan membentuk akhlak yang terpuji kelak.


Tagged with 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*