4 Tahap Mendidik Anak (Khas buat ibu bapa) – Berdasarkan Sunnah Rasulullah

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Bagaimana anda mendidik anak? Ayuh kita amalkan cara yang terbaik untuk mendidik anak-anak berdasarkan sunnah Rasulullah.

Tahap 1

0-6 tahun : mumaiyyiz

Pada ketika ini, anak-anak perlulah disayangi dengan sepenuh hati oleh ibu bapa. Mereka perlu dibelai, diajak bermain dan bergurau dengan penuh kasih sayang. Natijahnya agar anak sentiasa sedar rujukan terbaik bagi mereka dalam semua hal yang mereka hadapi.

4 Tahap Mendidik Anak (Khas buat ibu bapa) – Berdasarkan Sunnah Rasulullah 1

Tahap 2
7-14 tahun
Pada tahap ini, ibu bapa hendaklah mendidik dengan kasih sayang tapi tegas dengan arahan, disiplin dan mula memberi mereka tanggungjawab. Didiklah mereka dengan solat, puasa dan ibadah lain sebaiknya. Ibu bapa juga boleh merotan anak sekiranya meninggalkan solat bermula umur 9 tahun.

Tahap 3

15-21 tahun

Ini adalah peringkat paling penting kerana anak-anak sudah remaja dan memang sifat remaja adalah zaman memberontak. Maka, ibubapa perlulah mula mendidik dengan menjadi kawan mereka. Sentiasa bertukar pendapat dengan mereka. Jadilah pendengar yang setia dan hormati pendapat mereka selagi tidak berlanggar dengan syarak. Pada masa inilah, anak-anak perlu diluruskan agar tidak tersimpang apabila dewasa kelak.

4 Tahap Mendidik Anak (Khas buat ibu bapa) – Berdasarkan Sunnah Rasulullah 2

Tahap 4

21 tahun ke atas

Ibu bapa hendaklah member kebebasan bertindak kepada anak-anak selagi tidak bertentangan syariat. Namun ibu bapa tidak boleh sewenang-wenangnya melepaskan mereka begitu sahaja. Ibu bapa perlu menjadi penasihat agar tindak-tanduk anak-anak sentiasa terkawal. Ibu bapa janganlah terlalu mengongkong anak-anak. Anak adalah amanah dan bukannya hak milik.

Kesimpulannya, kemana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Maka didiklah diri kita sendiri dengan betul agar anak-anak dapat menjadikan kita contoh. Jadilah yang terbaik untuk anak-anak agar kita mendapat waris yang terbaik jua.

Wallahualam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *