5 Cara Laluan ke Ijazah Undang-Undang

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Peguam
Peguam

Mungkin ramai berhasrat untuk menjadi seorang pengamal undang-undang. Oleh demikian, cara laluan ke Ijazah Undang-undang perlulah diketahui untuk meningkatkan lagi motivasi belajar untuk mencapai keputusan yang baik seterusnya melayakkan permohoanan ke ijazah undang-undang. Sebelum itu, anda perlu tahu pengajian apa yang dapat memenuhi keperluan memohon ijazah Undang-undang di institusi pengajian tinggi. Oleh itu, maklumat dibawah mungkin memberikan sedikit informasi kepada anda :

STPM

Melalui STPM adalah salah satu pilihan tepat kerana aliran kemanusiaan STPM mempunyai pilihan Pengajian am, sejarah dan Bahasa Melayu. Subjek ini memenuhi syarat untuk anda memohon Ijazah Undang-undang di Pusat pengajian tinggi. Pastikan MUET anda juga cukup kuat untuk membuat permohonan.

Info Tambahan :  mySPP: Cara Daftar dan Jawatan Kosong 2023

Asasi

Belajar di asasi sudah tentu mudah untuk memohon ke bidang undang-undang. Pastikan asasi yang anda ambil itu bersangkutan dengan undang-undang. Banyak Institusi yang menawarkan asasi yang seusai seperti asasi undang-undang. Asasi ini adalah pengajian persediaan ijazah yang kebiasannya dilaksanakan di Institusi pengajian tinggi. Pastikan anda memilih kursus asasi yang diiktiraf MQA.

Matrikulasi

Matrikulasi juga boleh memberi peluang untuk anda memasuki bidang ijazah undang-undang. Matrikulasi kebiasannya terkenal dengan sains hayat dan fizikal, namun demikian ada juga matrikulasi seperti matrikulasi perakaunan yang boleh melayakkan anda untuk permohonanan jurusan undang-undang di sesetengah universiti.

Diploma

Diploma juga boleh dikira seperti asasi iaitu program persediaan ijazah. Namun demikian pengajian diploma lebih memakan masa tetapi ia mempunyai pengiktirafan diploma selepas tamat pengajian. Untuk permohonan ke bidang undang-undang seharusnya pilihan diploma adalah diploma yang bersangkutan dengan undang-undang.

Info Tambahan :  Cara Beli Pin UPU 2024/2025

Pemindahan Kredit Pengajian

Pemindahan kredit pengajian ini biasa dibuat sekiranya anda membuat pengajian di luar negara atau di kolej-kolej tempatan. Pemindahan kredit pengajian ini boleh dibuat dengan syarat pengajian sebelumnya adalah diiktiraf Kementerian Pendidikan Malaysia

Kesimpulan

Sebenarnya banyak cara untuk melayakkan anda untuk memohon pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di institusi pengajian tinggi. Sebagai panduan, anda perlulah terlebih dahulu melihat syarat kemasukan Undang-undang di Institusi yang menjadi pilihan anda. Syarat tersebut anda perlu pastikan ia ada pada tawaran pengajian persediaan anda sebelaum anda membuat apa-apa keputusan. Untuk menerima sebarang institusi pastikan anda semak institusi tersebut dan pengajiannya samaada mempunyai kelulusan Akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia ( MQA ). Sekiranya ianya berjalan lancar bolehlah anda membuat keputusan berdasarkan minat anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *