5 Kelebihan Tingkatan 6 Aliran Sains

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Aliran Sains
Aliran Sains

Aliran Sains tingkatan 6 merupakan salah satu aliran yang ditawarkan kepada pelajar yang ingin menyambung pengajian selepas SPM. Kebiasanya sebelum ini, tingkatan 6 menggunakan lokasi sekolah untuk sesi pembelajaran. Kini sesetengah negeri sudah mula menjalankan tingkatan 6 di institusi terpilih dan berpusat khas untuk tingkatan 6 sahaja. Sekiranya anda layak untuk ikuti aliran sains, anda akan ditawarkan untuk mengambil aliran sains di tingkatan 6. Bagi yang dilema untuk memilih, mungkin maklumat kelebihan tingkatan 6 sains berikut berguna untuk anda.

Kos Lebih Murah

Memang tidak dapat dinafikan, belajar di tingkatan 6 memang melibatkan kos yang rendah. Hal ini kerana, kebanyakan lokasi pembelajaran tingkatan 6 di institusi terpilih berdekatan dengan rumah anda. Segala kos akan lebih murah kerana segala kos peginapan dan pengangkutan anda ditanggung oleh kedua ibu bapa anda.

Info Tambahan :  8 Cara Untuk Berjaya buat Freelance

Besar Pilihan Kursus di Universiti

Aliran sains ini lebih terbuka pilihannya di universiti. Lepasan aliran sains tingkatan 6 boleh memilih kursus-kursus dalam fakulti sains, teknologi ataupun kemasyarakatan. Berbanding yang hanya mengambil kemanusiaan tidak boleh untuk memohon kursus dalam fakulti sains.

Tempoh Mencukupi untuk belajar

Jika anda ke matrikulasi atau pengajian lain, anda akan terkejar-kejar belajar dan menghabiskan sukatan untuk belajar. Hal ini kerana institusi lebih mementikan masa yang singkat. Berbanding tingkatan 6 lebih banyak masa kerana perlu mengikut takwim sekolah dan sedikit pertambahan tempoh belajar berbanding kursus lain.

Tenaga Pengajar Berpengalaman

Mungkin ada yang terdengar bahawa tenaga pengajar di institusi lain lebih pakar. Sebenarnya sama sahaja kerana guru di institusi lain selain sekolah sebenarnya datang dari sekolah juga. Sebab setiap tahun ada sahaja guru seklah biasa yang dipanggil untuk mengajar di institusi lain.

Info Tambahan :  AI Generator: 5 Langkah Tutorial Buat Gambar Professional Kerja

Nilai Tinggi Untuk Sambung Belajar

Ramai maklum belajar di tingkatan 6 sains agak sukar, anggapan itu sebenarya memberi tanggapan baik untuk pemilihan ke institusi pengajian tinggi bagi mereka yang mendapat keputusan cemerlang.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan belajar di tingkatan 6 Sains. Pemilihan individu sebenarnya mengikut keperluan dan kemampuan individu masing-masing. Sekiranya Aliran sains ini diperlukan untuk mengejar cita-cita anda pastinya ia pilihan yang tepat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *