5 Masalah Kerap Dalam Permohonan UPU 2012

Untuk kali ini, ingin saya sampaikan maklumat utama bekenaan masalah yang selalu ditanya mengenai permohonan UPU 2012 ini. Kenyataan dibawah dipetik sepenuhnya dari kenyataan UPU bagi menjawab solan yang diajukan dibawah :

Saya menghadapi masalah memohon di bawah katagori lepasan diploma/setaraf apabila selesai isi halaman “Maklumat Akademik” saya tidak dapat pergi ke halaman seterusnya?

Pihak UPU telah mengambil maklum tentang perkara ini kerana bukan semua pemohon lepasan diploma/setaraf akan menghadapi masalah ini. Pemohon yang menghadapi masalah akan mendapat ralat Query SQL Kemasukan Maklumat EF-DIPLOMA tidak dapat dilakukan:Data too long for column ‘TAMATDS’ at row 1. Pembetulan pada sistem sedang dilaksanakan dan akan dimaklumkan apabila selesai.
Senarai Institusi/Jenis Diploma saya tiada dalam senarai “drop down”?

Senarai institusi dan jenis diploma yang terdapat dalam sistem permohonan bagi kategori lepasan diploma adalah senarai yang diiktiraf yang dibekalkan oleh pihak JPA. Pemohon dinasihatkan memilih jenis diploma yang paling hampir dan paling penting pemohon WAJIB menghantar salinan dokumen yang telah disahkan ke IPTA yg dipilih.

Apakah itu Salinan Cetakan Akreditasi MQA?dan di mana saya boleh dapatkan cetakan tersebut?

Perakuan Akreditasi adalah merupakan satu perakuan rasmi bahawa sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan kepada graduan mencapai standard kualiti dan kriteria yang ditetapkan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA). Lepasan Diploma/Setaraf terutamanya dari IPTS WAJIB menghantar salinan tersebut yang boleh dicetak dari http://www.mqa.gov.my/mqr/PeneranganPA.cfm

Saya akan menduduki peperiksaan MUET pada bulan Mac tahun ini, adakah saya tidak layak kerana apabila permohonan ditutup saya belum mendapat keputusan MUET lagi?

Pemohon yang akan menduduki peperiksaan MUET perlu mengisi “BELUM ADA KEPUTUSAN”. Pemohon layak memohon dan keputusan peperiksaan MUET akan dibekalkan kepada UPU oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Kenapa tahun SPM dan Angka Gilir SPM saya tiada dan saya tidak boleh mengisi ruangan tersebut?

Pemohon lepasan SPM Kategori A & B tidak perlu risau dan tidak perlu mengisi ruangan tersebut (telah dinyatakan dalam panduan permohonan) kerana ini hanyalah masalah paparan sahaja. Masalah ini disebabkan talian internet pemohon yang tidak stabil/intermittent.

Sumber : dipetik dari kenyataan UPU.

Jangan Ketinggalan, dapatkan update terbaru info kami terus ke email anda, Sila isi alamat email anda dibawah:

Delivered by FeedBurner


PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Panduan Permohonan

About fiziesss
Seorang yang tak pernah kenal erti mengalah selagi masih berupaya untuk berusaha, minat untuk membantu setakat mampu. ( Pengguna perlu teliti Syarat dan Terma sebelum menggunakan xpresi , Hak cipta terpelihara, tidak dibenar mengulang cetak dengan apa cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis penulis ) Saya dan xpresi.org tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan komen. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

42 thoughts on “5 Masalah Kerap Dalam Permohonan UPU 2012

  1. Saya kehilangan no.pin upu……macam mana boleh saya dapatkannya semula????Adakan saya perlu membeli no.pin yang baru???

  2. salam…saye ingin btanye…sye ambik muet sesi july 2013..boleh ke skrg sye mohon upu..sbb sye pu dh beli no pin upu…msalah skrg nie muet sye lmbat ambik..adkah permohonan sye akak di terime??

  3. saya nak tnye,sye nak reseat balek muet bln 3 ni,,adakah upu ambil result muet terbaru sekiranyer result muet bru yang ini lagi bagus ataupun upu ambil result yang lama?

  4. kalau dah print borang upu online tu dah tak boleh kemaskini lg ke?

  5. saya nak tya , slip keputusan muet saya dah hilang .saya nak daftar upu mcm mana ? upu mintak angka giliran muet . tolongla saya dah pening ni .terima kasih

  6. hai sir,my friend is in deeeeepppppppppp trouble. sy pn x thu mcm mana nk bantu, i hope u can give some suggestions? :’(

    begini, dulu dia bli no pin muet sesi july tp lambat daftar.so xdpt join muet….skrg ni,dah nak apply upu tp xda ambil muet dpt daftar upu x? sekarang ni…xsempat pulak nak daftar utk sesi mac 2013 sbb saya tengok dah tutup tarikh pndftrn… adakah dia perlu ambil sesi july? adakah sudah terlambat n mcm mana dgn application upu? boleh terima sekiranya blum mengambil muet? keeping update with you guys, thank you for ur help.. i really appreciate it

  7. salam sejahtera,
    saya menghadapi masalah pasal permohonan ini. Apabila saya menyemak permohonan saya melalui sms, (UPU RESULT NO IC) > 15888, dikatakan bahawa permohonan saya tidak terdapat dalam sistem. Padahal,saya telah mengikuti semua syarat yang ditetapkan.. Jadi, di sini saya ingin bertanya, kenapa boleh terjadi sedemikian?? TQ~

  8. Salam Sejahtera..
    Saya Menghadapi masalah,
    Pertama Semua kos yang saya isi tertukar dengan sendirinya, apabila saya menyemak, dan kos-kos itu tidak pun saya mintak.. Kesemua kos itu berubah… Untuk RU (Riserch universiti) 1-4 Berubah, dengan universiti selain RU 1-8 pun berubah…
    Tetapi..
    No ic saya tidak berubah..
    Yang ke2..
    Alamat Rumah Saya berubah… Kepada alamat kawan saya tersebut.. Saya berasa Hairan, KE SEMUA kos yang saya mintak itu, hilang…

    *APA TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN*

  9. Assalamualaikum , saya mempunyai masalah , saya kehilangan surat cetakan permohonan upu tempoh hari. Cetakan tersebut merupakan bukti pmohonan saya jikalau saya ada menghadapi pmasalahan . Bagaimana utk saya mdptkan kembali, adakah ia memberi kesan kerana kehilangannya

  10. Saya ingin bertanya, jika keputusan peperiksaan (transkrip) semester 1,2,4 hilang, dapatkah kita meminta upu menggunakan keputusan semester 3 dan 5 sahaja? sekarang ni baru lepas sem 6..result pun belum keluar lagi. Sekian.

  11. Saya akan mengambil MUET pada bulan julai 2012 , tapi masalahnya sekarang “SIJIL MUET” wajib dihantar ke IPTA pilihan bersama dengan dokumen lain , macam mana tu ??

  12. Assalamualaikum encik..bagaimana agaknya saya boleh mencetak semula borang permohonan yang telah diisi sebagai bukti permohonan..Cetakan saya tempoh hari telah tiada kerana saya sangkakan ia telah di’save’ ke dalam format PDF dalam komputer(saya tangguhkan dahulu kerja ‘print’ cetakan tersebut) tetapi rupanya tiada dalam simpanan komputer.Permohonan sudah ditutup,bagaimana boleh saya mencetak semula borang tersebut dan adakah dengan tiadanya cetakan tersebut sbg bukti permohonan akan menjadi satu masalah besar jika saya mendapat tawaran kelak?

  13. abdullah madir says:

    no unik id sya hilang dan sya tdak m’igagati no kod t’sebut…bagaimana sya ble dpat kan sblum trikh tutup p’mohonan..????sya p’lukan bantuan skarang

  14. Assalamualaikum . Saya nak tanya, kenapa ya No kad pengenalan/Mykad Semasa pendaftaran peperiksaan saya tidak ditunjukkan? Sebelum ni No Mykad saya dah sedia tertulis kat situ. Harap Di reply secepat mungkin. Permohonan UPU pun dah nak tutup.

  15. salam, sy sudah kemaskini tp bila buat semakan semula no. angka giliran dan tahun SPM tiada. macam mana tu ?

  16. jika saya dari lepasan diploma politeknik, macam mana ingin dapatkan ” salinan cetakan Akreditasi MQA ???

  17. saya telah gunakan nombor pin untuk permohonan upu sebanyak 3 kali.saya hendak kemaskini permohonan saya. apa perlu saya lakukan?
    tindak balas anda dihargai…

  18. Assalamualaikum, utk Akreditasi MQA. ini utk perakuan bagi sijil utk diploma dan ijazah je lah kn? kalau sijil STPM. perlukan salinan cetakan akreditasi MQA ni juga ke?

  19. Assalamualaikum, tuan.
    saya ada masalah berkaitan Akreditasi MQA. Saya memohon kursus ijazah, jadi saya perlu kemukakan MQA diploma kan? Saya ambil diploma dulu di Politeknik. Masalahnya, di web MQA, tiada maklumat berkaitan kursus diploma yang saya ambil di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

    Harap tuan dapat bantu.
    Syukran.

  20. saya na tnye kalau kita ta ltk taun SPM pda permohonan upu tape ke????plzzzzzz,help me

  21. Jika saya mengambil MUET pada bulan Julai adakah saya masih layak untuk memohon?

  22. Saya menghadapi masalah no.4. Apabila saya telah mengesahkan slip permohonan upu. Saya melihat keputusan MUET adalah 0 walaupun saya telah meletakkan status belum ada keputusan. Saya khuatir pihak upu menganggap bahawa markah MUET saya adalah 0 atau tidak menghadiri MUET.

  23. sy mghadpi mslh apbila angka giliran sy same dgn kawan sy..adkh pkre ni akn mndtgkan mslh kpda sy???plz bantu lah sy..

  24. salam..saya menghadapi masalah berkenaan angka giliran dan tahun spm..angka giliran saya same dgn angka giliran kawan saya,adakah pkre ini boleh mendatangkan masalah ???saya betul2 risau sekarang ni…

  25. saya menghadapi masalah no1. harap masalah ini dapat diperbetulkan secepat mungkin. tq

  26. Aku ok jer..xde masalah masa mohon..apa2 pun thanks for info..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

MAKLUMAN : TIDAK semua komen/pertanyaan akan dijawab oleh admin/staff xpresi, Kami sibuk dengan urusan pentadbiran, informasi dan pertanyaan khas lain. Walaubagaimanapun, komen/pertanyaan terpilih sahaja akan kami jawab atau dibuatkan penulisan khas. Kami amat berterima kasih jika anda turut sama menjawab/ berbincang dan membantu rakan lain.

PERINGATAN: Anda dilarang untuk memperkatakan tentang politik ataupun mempersenda cara hidup, individu, kaum mahupun agama lain. Bantulah diri, bantulah saudara anda, cintailah kedamaian, tingkatkan iman, bertindaklah dengan bijak serta bermuafakatlah demi kesejahteraan bersama.