Apa Itu Akreditasi Malaysia MQA

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Apa Itu Akreditasi Malaysia MQA 1
MQA

Dalam membuat permohonan melanjutkan pelajaran dan juga ada kalanya memohon pekerjaan, ramai pelawat yang bertanya apa itu Akreditasi? Apa pula slip Akreditasi dan bagaimana untuk dapatkan Slip Akreditasi?

Untuk kali ini ingin dikongsi pengertian akreditasi untuk sedikit gambaran kepada pemohon-pemohon. Akreditasi ini merupakan perakuan yang dikeluarkan oleh Malaysia Qualification Agency ( MQA ) kepada kursus-kursus yang ditawarkan di institusi-institusi pengajian.

Perakuan Akreditasi adalah merupakan satu perakuan rasmi bahawa sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan kepada graduan mencapai standard kualiti dan kriteria yang ditetapkan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan adalah selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualifications Framework (MQF).

Info Tambahan :  Belajar Seni Bina atau Kejuruteraan Pada Tahun 2023?

Untuk perkataan ‘Akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)’ dalam iklan dan tawaran kursus institusi hanya dibenarkan bagi yang telah menerima Perakuan Akreditasi sahaja. Penyelarasan ini bagi membantu pemohon mengenalpasti perakuan serta bagi menjamin masa depan sekiranya mengambil kursus yang ditawarkan.

Senarai Program Dalam Institusi yang Mendapat Akreditasi

Bagi membantu pemohon untuk mengenalpasti kursus-kursus dalam institusi, senarai kursus institusi yang mendapat pengiktirafan akreditasi boleh disemak di Laman Rasmi MQA ataupun boleh terus KLIK SINI ( Klik pada institusi yang ditawarkan untuk melihat program-program yang mendapat Akreditasi )

Megetahui kursus-kursus yang ditawarkan mendapat Akreditasi penting demi masa depan pengajian individu serta mendapat kelebihan-kelebihan termasuk  sebagai tanda aras kualiti program pengajian yang diikuti oleh para pelajar.

2 thoughts on “Apa Itu Akreditasi Malaysia MQA

  1. salam tuan,
    saya musykil tentang MQA ini, sekarang saya sedang memohon untuk belajar part time samaada di OUM atau UM.
    Tapi kursus yang saya ingin di kedua institusi tiada dalam daftar MQA.
    Saya risau jika syarat MQA akan jejaskan permohonan saya untuk keluarkan
    wang yuran daripada KWSP.
    mohon nasihat.sekian terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *