Apa Itu Fisioterapi dan Kaitan Dengan Perubatan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Apa Itu Fisioterapi dan Kaitan Dengan Perubatan 1
Kerjaya Fisioterapi

Tahukah anda, bidang fisioterapi merupakan salah satu cabang dalam perubatan. Mungkin ramai yang diterima untuk pengajian fisioterapi ini dan kebanyakannya pula kekurangan maklumat bekenaan apa itu fisioterapi serta kaitannya dengan bidang perubatan atau doktor perubatan.

Apakah yang dimaksudkan dengan fisioterapi?

Fisioterapi adalah singkatan bagi fisio iaitu fisiologi yang membawa makna fungsi dan terapi sama maksud dengan penjagaan.Jadi makna fisioterapi ialah penjagaan atau pemulihan kefungsian. Di Malaysia fisioterapi dikenali sebagai jurupulih perubatan anggota atau pegawai pemulihan perubatan (anggota).

Kerjaya dan pendidikan

Sebenarnya sebelum ini, telah dibuat artikel terperinci tentang kerjaya dan pendidikan bidang fisiologi ini, untuk mendapatkan maklumat tentang defenisi serta pekerjaan bolehlah ke tajuk Kerjaya dan Pendidikan untuk Diploma Jurupulih Perubatan Anggota (FISIOTERAPI) sebelum ini.

Matlamat ahli fisioterapi

Sebagai matlamat utama seorang ahli fisioterapi ialah bagi membantu pesakit untuk mengembalikan dan memastikan setiap fungsi fizikal pesakit berada pada tahap yang tinggi dan dapat difungsikan dengan sebaik mungkin. Tumpuan utama kepada pergerakan terkawal dan seimbang, peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerak yang lebih baik.

Contoh Kes Pesakit

Jika dilihat kini, ramai yang mengalami masalah darah tinggi dan kebanyaknnya menjadi lebih kronik apabila berlaku keadaan strok. Kebanyakan strok menyebabkan lemah fungsi anggota dan lumpuh kerana mengalami masalah dengan salur darah dan sebab-sebab lain. Ketidakfungsian atau lemah fungsi anggota itu perlu mempunyai seorang pakar atau ahli fisiologi untuk menjadikan ia kembali atau meningkatkan lagi kefungsian anggota tersebut.

Berjumpa ahli fisiologi dengan segera serta mengikuti tahap-tahap latihan secara berperingkat mampu sedikit sebanyak meningkatkan keupayaan otak mempelajari semula pergerakan-pergerakan biasa, dengan itu menyusun kembali laluan-laluan deria rasa dan pergerakan ke otak.

Info Tambahan :  Pengalaman Belajar Luar Negara: 6 Kelebihan dan Kekangan

Antara kaedahย  yang dilakukan oleh Ahli Fisioterapi

Elektro Terapi

  • Ultra Sound
  • Interferential Terapi
  • Laser
  • Diatermi Gelombang Pendek

Terapi Manual

  • Mobilisasi
  • Manipulasi
  • Urutan
  • Senaman Therapeutic
  • Rehabilitasi selepas pembedahan
  • Nasihat dan langkah pencegahan

Contoh Mata Pelajaran di Universiti

Di universitiย  terdapat kursus yang ditawarkan diperingkat diploma mahupun Ijazah sarjana muda sehingga ke PHD. Tahap kelulusan serta pengalaman sebenarnya menentukan kepakaran pengamal dan kerjaya sebagai fisiologi ini. Di Universiti kebanyakan kursus fisiologi ini dibawah sebumbung dengan pengurusan fakulti perubatan dan kesihatan universiti tersebut. Sebagai contoh di UKM, matapelajaran berikut diajar bagi yang mengambil Ijazah Sarjana Muda fisiologi :

  • Pengenalan Psikologi & Sosiologi
  • Anatomi Asas
  • Pengenalan & Perkembangan Profesional Dalam Fisioterapi
  • Fisiologi Manusia
  • Foundation English (MUET Tahap 1 -2)
  • Hubungan Etnik (U1)
  • Ko-kurikulum
  • Biokimia Metabolisme
  • Fisiologi Kesihatan II
  • Asas Sains Makanan
  • Prinsip Penyediaan Makanan
  • Genetik dan Pemakanan
  • Mikrobiologi
  • Academic Communication I (MUET Tahap 1 โ€“ 4) / Academic Communication II (MUET Tahap 5 โ€“ 6)
  • Tamadun Islam & Tamadun Asia (U1)
  • Fisioterapi Kardiorespiratori I
  • Patologi Asas
  • Fisioterapi Muskuloskeletal I
  • Fisioterapi Neurologi I
  • Fizik Gunaan Dalam Elektroterapi
  • Aplikasi Terapi Senaman II
  • Workplace Communication I (MUET Tahap 1 โ€“ 4) / Workplace Communication II (MUET Tahap 5 โ€“ 6 & pelajar yang mendapat gred A atau A- bagi kursus ZZZE1012)
  • Patologi Sistemik
  • Biostatistik
  • Agen Elektrofizikal Dalam Fisioterapi
  • Fisioterapi Kardiorespiratori II
  • Fisioterapi Muskuloskeletal II
  • Fisioterapi Neurologi II
  • Fisioterapi Perubatan Am
  • Farmakologi Am
  • Fisioterapi Pediatrik I
  • Fisioterapi Isu Khas I
  • Fisioterapi dalam Kesihatan Komuniti / Terapi Alternatif dalam Fisioterapi
  • Fisioterapi Pembedahan
  • Pentadbiran & Pengurusan Personel dalam Fisioterapi
  • Pengenalan & Perkembangan Penyelidikan dalam Fisioterapi
  • Fisioterapi Pediatrik II
  • Fisioterapi Isu Khas II
  • Latihan Amali Industri
  • Penempatan Klinikal Khas
  • Penempatan Klinikal Surgeri
  • Penempatan Klinikal Perubatan
  • Penempatan Klinikal Neurologi
  • Penyelidikan Fisioterapi I
  • Penempatan Klinikal Pediatrik
  • Penempatan Klinikal Ortopedik
  • Penempatan Klinikal Unit Rawatan Rapi
  • Penyelidikan Fisioterapi II
Info Tambahan :  3 Bidang Industri Kreatif: Seni, Rekaan, dan Hiburan

Sumber UKM

Kaitan dengan doktor perubatan

Kerjaya sebagai Ahli fisiologi adalah berlainan dengan Seorang Doktor Perubatan. ย Mungkin tempat bekerja kedua kerjaya ini adalah sama iaitu di hospital mahupun klinik swasta serta agensi-agensi sukan yang lain. Namun demikian, ahli fisiologi dan doktor perubatan saling memerlukan antara satu sama lain untuk membantu pengubatan pesakit.

Sekiranya doktor mendapat kes kebiasaanya doktor akan berusaha untuk mengenalpasti/klasifikasi tahap dan analisis penyakit dan cuba mengubatinya. Namun demikian, bukan semua kaedah pengubatan boleh dilaksanakan oleh seorang doktor. Untuk meningkatkan keberkesanan proses pengubatan perlu juga mendapatkan khidmat pakar ataupun ahli dari kerjaya lain seperti juru pengimejan, pakar diatetik, ahli fisiologi, Psikiatri/Kesihatan Mental, Anatomi Ototrangka, Ortopedik, Genetik, Anatomi Manusia dan banyak lagi. Laporan dan tindakan susulan akan dihantar kepada doktor untuk tindakan selanjutnya. Kebiasaanya di hospital-hospital kerajaan, sekiranya ingin mendapatkan perkhidmatan dari ahli fisioterapi ini perlu mendapat surat rujukan dari Doktor Pakar ataupun Specialist.

Peluang Melanjutkan pelajaran ke Luar Negara

Belajar dalam bidang fisiologi ini mempunyai peringkat kelulusan tersendiri. Bermula dari diploma sehingga ke peringkat lebih tinggi seperti PHD. Untuk menyambung ke peringkat Ijazah, sarjana atau PHD juga terbuka luas kepada pelajar fisiologi ini, kebiasaanya tawaran akan dibuka kepada mereka yang mendapatkan keputusan tinggi dalam ujian-ujian semasa di universiti.

Apa jua Biasiswa atau melanjutkan pelajaran keluar negara memerlukan keputusan yang tinggi di Universiti

Bagaimana pula ingin memohon biasiswa dan cara melanjutkan pelajaran di luar negara?

Belajar di dalam negara juga pilihan yang baik memandangkan dalam negara sendiri mempunyai pakar-pakar fisioterapi ini. Namun demikian, untuk menyambung pengajian ke luar negara bolehlah mendapatkan maklumat di media massa dan pensyarah semasa pengajian. Selain itu peluang melanjutkan pelajaran juga dibuka oleh Majlis Amanah Rakyat MARA ataupun Jabatan Perkhidmatan Awam JPA. Kebiasanya permohonan dibuka dan kami di xpresi sentiasa mengikuti pekembangan dan bantuan penyebaran maklumat bekenaan pendidikan ini.

Semoga sedikit informasi ini dapat membantu sedikit sebanyak pilihan dan matlamat anda. Sekiranya ada maklumat dinyatakan tidak tepat sila betulkan saya demi kecemerlangan anak didik kita, terima kasih.

26 thoughts on “Apa Itu Fisioterapi dan Kaitan Dengan Perubatan

  1. Assalamualaikum..nak tanye…kalau nak mohon spa…semasa temuduganya…saya mohon fisioterapi…kebiasaan soalannya berdasarkan subjek biologi kann…kalau kos fisioterapi ni ..mereka akan tanya soalan jenis2 muscle and bone ke??

  2. Asslmlkum sye nak tanye sye belajar Fisiologi di MAHSA Malaysian Allied Health Science Academic adakah peluang pekerjaan sye cerah dalam bidang ni walaupun bukan bawah kerajaan?ataupun die cuma ambik yg belajar bawah kerajaan jerw.Terima kasih.

  3. Assalamualaikum…. Sy ingin meminta pandangan tuan. Sy sdg menuntut pengajian Diploma Teknologi Makmal di UPSI, bakal masuk semester 5. Sy berminat ingin menyambung ijazah dalam bidang fisiologi. Apakah syarat kelayakan pointer? Adkah bidang sy dlm diploma (sy ad blajar fz, chem, bio ) melayakkn utk sambung ijazah dlm fisiologi? Uni mana yg menawarkan? Skop kerja ap yg berkaitan bidang fisiologi krna sebolehnya sy ingin mengelakkan bidang surgery n dentistry. Kesudian tuan menjawab soalan sy, sy dahulukan ucapan terima kasih…. ๐Ÿ˜€

  4. Assalamualaikum.saya ingin bertanya.adakah fisioterapi bagi pesakit yg mengalami strok perlu kita paksa atau berdasarkan kemampuan pesakit dan dilakukan sedikit dรจmi sedikit terapi tersebut?

  5. assalamualaikum,saya berminat dengan kos fisioterapi.saya nk tanya,adakah saya layak memohon sekiranya saya tidak ambil bio n kimia dlm spm,tapi saya dapat gred A untuk matapelajaran sains.mohon pencerahan,terima kasih

    1. biasanya fisioterapi beri keutamaan kpd mereka yg aliran sains sebab bidang fisioterapi ni adalah bidang sains.. takut2 susah nak catch-up masa belajar nanti sbb byk belajar tentang sains terutama bio dan fizik.

  6. salam ckgu..tmpng tanye…mana lebih cerah peluang pekerjaan.. belajar fisiologi di Unikl swasta atau bawah kerajaan?

  7. salam ..saya nak tanya ..ada tak mana mana IPTA yang menawarkan diploma fisioterapi selain daripada UITM Puncak Alam ?

  8. Assalamualaikum..sy lepsn spm’12..bile sy bce psl fisiotrapi ni sy rse brmnt..sy igt nk ambk asasi di um..n x psti sme ad nk smbug medic or pharmacy..blh trgkn tntg gji dan bpe tahun utk smbug bljr fisiotrapi ni? Trime ksh.. ๐Ÿ™‚

  9. salam, saya ingin brtanya. adakah universiti di malaysia yg menawarkan masters n PhD utk physiotheraphy? atau adakah hanya terdapat di universiti luar negara?

  10. salam,cgu..kalau lepasn diploma dengan cgpa 3.5,layak x mohon ijazah sarjana muda fisioterapi?dan universiti mana yang mengambil pelajar lepasan diploma selain uitm?

  11. saya nk tmpang tanya
    klu doktor yang dekat klinik2 kerajaan 2 dipanggil doktor ap?
    klu boleh,tolong terangkan lebih lanjut tentang doktor perubatan?
    terima kasih ๐Ÿ˜€

    1. huhu..sama sahaja..semua pegawai perubatan..untuk penerangan terperinci tu, sila gunakan search/carian di xpresi untuk mencari maklumat sebelum ini..

Leave a Reply to fiziesss Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *