Apa Itu Sijil, Diploma, Ijazah, Sarjana dan PHD ?

Mungkin ada yang mengetahui apa itu pengajian di peringkat sijil, peringkat ijazah, sarjana dan PHD. Namun demikian masih ada yang bertanya dan minta penjelasan lebih lanjut mungkin tentang pengertian, contoh, tempoh pengajian, kos pengajian dan sebagainya.

Untuk hari sabtu ni Saya ada sediakan sedikit info tentang peringkat pembelajaran ni, peringkat-peringkat kelulusan atau iktisas sebenarnya sangat penting untuk dimaklumkan kepada setiap penuntut ilmu kerana ia merupakan pengetahuan asas yang mana pengetahuan ini memberikan motivasi ataupun penunjuk arah dalam menentukan halatuju kerjaya hidup.

Peringkat kelulusan dan dipanggil iktisas ini dibahagikan kepada 5 peringkat utama. peringkat tersebut terdiri dari sijil, diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan PHD.

Peringkat pertama/ permulaan

Peringkat mula-mula yang ramai orang ambil/belajar ialah peringkat Sijil ( Certificate ), Kebiasaan yang popular diambil ialah Sijil Pelajaran Malaysia. Manakala kursus lain seperti Sijil elektrik, Sijil kejuruteraan awam, Sijil pembantu perubatan dan banyak lagi. Pendek kata, apa sahaja yang nama kursus yang dimulakan dengan perkataan ” sijil ” itulah menunjukkan peringkatnya.

Tempoh pengajian peringkat sijil pula memakan masa maksima 2 tahun dan ada juga kursus peringkat sijil memerlukan tempoh paling minima 6 bulan. Yuran pengajian kebiasaanya RM 500 untuk sekali belajar dan kebiasaanya RM 450 dan biasiswa pula bergatung kepada penaja kursus tersebut. Jika kursus itu ditaja oleh agensi berkaitan kerajaan kebiasaanya biasiswa disediakan menerusi latihan dalam pembelajaran yang dilaksanakan.

Peringkat kedua

Peringkat ini kelulusan lebih tinggi dari peringkat sijil iaitu peringkat Diploma. Peringkat diploma ini merupakan peringkat separa profesional. Peringkat ini memerlukan syarat mempunyai sijil untuk memohon kursus-kursus yang ditawarkan. Kursus diploma ini dinamakan seperti Diploma kejuruteraan awam, Diploma perakaunan dan banyak lagi.

Tempoh pengajian peringkat diploma ini kebiasaanya 3 tahun dan kos pengajian kira-kira 15 ribu. Jika pengajian di universiti swasta mungkin lebih dari Rm 15 ribu tu.

Peringkat ketiga

Peringkat ini adalah paling popular sekarang iaitu kelulusan diperingkat Ijazah, Nama penuh peringkat ini dinamakan Ijazah Sarjana Muda. Peringkat ini adalah peringkat profesional dengan memerlukan kelulusan sekurang-kurang mempunyai diploma ataupun kursus persediaan seperti di Matrikulasi ataupun SIjil Tinggi Pelajaran Malaysia STPM. Contoh kursus ialah Ijazah Sarjana muda perubatan.

Tempoh pengajian pula ialah sekitar 5-3 tahun kebiasaannya adalah 4 tahun, tetapi kebanyakan kursus perubatan mungkin memakan masa 6-5 tahun bergantung kepada bilangan matapelajaran yang diambil. kos pengajian pula tidak tetap dan kebiasaannya sekitar 20ribu ringgit bagi sepanjang kursus diambil.

Peringkat keempat

Peringkat ini adalah peringkat lebih mencabar, Peringkat ini dinamakan sebagai kelulusan Ijazah Sarjana atau ” Master “. Peringkat ini kebiasaanya mengambil masa kira-kira 2-3 tahun kerana ia melibatkan pembelajaran lebih khusus dan lanjutan dari ijazah tadi. Kebiasaanya peringkat ini mengambil masa 2 tahun boleh dibuat secara sepenuh masa atau Sambilan.

Kos pengajian Peringkat ini kebiasaannya sekitar 15 ribu bergantung kepada institusi yang dimohon.

Peringkat Lima

Peringkat ini merupakan peringkat terakhir dalam kelulusan pendidikan iaitu peringkat PHD atau Doktor Falsafah, Peringkat ini pengajian lebih mencabar dan memerlukan komitmen yang tinggi dalam mentelaah dan membuat kajian. Peringkat ini memerlukan syarat mempunyai Sarjana untuk diterima menyambung pengajian.

Kos belajar peringkat ini kira-kira 20 ribu dan tempoh pengajian 5-4 tahun. Tetapi kebiasaanya adalah 4 tahun kecuali kursus yang sukar atau mempunyai masalah dalam menyelesaikan kajian ataupun bilangan matapelajaran yang banyak.

Sebenarnya ada banyak lagi info yang boleh dihuraikan oleh 5 peringkat ini termasuk peluang kerjaya, contoh kerjaya, bentuk pengajian dan sebagainya. Tetapi untuk hari cuti ni cukuplah dengan yang dinyatakan tu kita akan sambung lain kali.  :-D

Terima kasih.

Jangan Ketinggalan, dapatkan update terbaru info kami percuma terus ke email anda, Masukkan Alamat email anda dibawah :

( Penting : Pendaftaran berjaya jika anda klik link pengesahan yang akan dihantar ke email anda nanti )

Majalah e- Xpresi


PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Panduan Permohonan

About fiziesss
Seorang yang tak pernah kenal erti mengalah selagi masih berupaya untuk berusaha, minat untuk membantu setakat mampu. ( Pengguna perlu teliti Syarat dan Terma sebelum menggunakan xpresi , Hak cipta terpelihara, tidak dibenar mengulang cetak dengan apa cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis penulis ) Saya dan xpresi.org tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan komen. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

51 thoughts on “Apa Itu Sijil, Diploma, Ijazah, Sarjana dan PHD ?

  1. Analkin Skywalker says:

    Assalamuallaikum w.b.t.

    Saya ada beberapa soalan. InsyaAllah saya sekarang sedang fikir2 utk ambil samada EXECUTIVE diploma ATAU, PROFESSIONAL DIPLOMA: soalannya

    1)Apakah beza diantara kedua2 diploma tersebut
    2)Adakah kedua-duanya setaraf dengan diploma biasa?
    3)Saya dimaklumkan tempohnya singkat berbanding diploma, betulkah?
    4)Jika ingin memohon kenaikan pangkat didalam kerajaan, boleh kah diambil kira setaraf diploma utk memohon jawatan gred 27….

    Maaf agak byk soalan….harap dpt membantu

    • Waalaikumussalam, sebelum tu nak tanya yang ditawarkan tu dari universiti swasta ke?

      • Muhammad afif says:

        salam tuan,saya akan menamatkan pengajian eksekutif diploma dari oum,tetapi disebabkan eksekutif diploma ini tidak mendapat pengiktirafan jadi peluang untuk saya menyambung ke peringkat lebih tinggi adalah terhad..
        Saya ditawarkan untuk menyambung ijazah di oum dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan tetapi ijazah tersebut juga belum mendapat pengiktirafan dari MQA.
        Soalan saya, adakah saya membuat keputusan yg betul dengan mendaftar masuk atau apa cadangan terbaik tuan.
        1.ijazah keselamatan kesihatan pkerjaan oum
        2.sarjana eksekutif keselamatan kesihatan klia training
        3.eksekutif master keselamatan kesihatan klia training

        • Dah pasti ke dia xada pengiktirafan? cuba semak dekat laman web MQA. Biasanya setiap kursus dah ada MQA.. kalau tidak agak susah..tapi masih boleh memohon jika ada rezeki..

  2. saya ingin bertanya .. saya ditawarkan untuk dip sains gunaan .. dan sya rasa klau bleh sya mahu habiskan bidang ini hingga ke tahap degree .. adkah peluang perkerjaan bagi kos ini senang utk diperolehi?

  3. salam.
    saya ingin bertanya. saya lepasan degree in management. boleh anda terangkan sedikit info mengenai second degree. bagaimana nak apply. universiti mana yang ada offer buat second degree. saya dah puas belek google ni. xjumpa2 juga. saya merancang hendak mengambil second degree in math to pursue my ambition.

  4. Tulip Putih says:

    Assalamualaikum tuan.. Saya menghadapi kekeliruan.. Saya merupakan lepasan spm 2013.. Saya telah mengisi permohonan tajaan jpa-mara di mana saya memilih course perubatan USM-KLE.. setelah melepasi tarikh tutup permohonan baru saya tahu yang USM-KLE ialah program ijazah.sedangkan untuk mengikuti program tersebut saya perlu melepasi asasi/matrik/IB… Apa akan terjadi dgn permohonan saya ?jika saya dipanggil interview , apa perlu saya lalukan ? Saya perlukan pencerahan..terima kasih..

    • Waalaikumusalam.. sistem dan panel pemilih akan tapis dulu.. yang tidak layak spt tiada kursus persediaan akan disngkirkan utk calon temuduga..jgn bimbg yerr :)

  5. alexson mura says:

    salam…saya nak tanya….saya pelajar lepasan stpm 2012..saya ada isi UPU pd thun ini utk sesi kemasukan september 2014/2015….so,saya nk tanya..lepas isi UPU,perlukan saya post dokumen serta sijil-sijil yang diperlukan kepada universiti yang dipohon….saya keliru sebab arahan ada mengatakan,**pemohonan lepasan diploma/setaraf wajib mencetak slip pemohonan serta mengemukakan dokumen yang dikehendaki kepada universiti pilihan masing**….so,perlukan sya post dokumen seperti di dikehendaki ataupun tidak?minta perjelasan dan pendapat….sebab saya keliru…semasa isi,saya di bawah kategori Diploma?setaraf sebab saya Lepasan STPM 2012..minta pendapat

  6. Muhammad Zaidan says:

    Asalamualaikum saya nk tanya kalau saya ambik apa2 kemahiran contoh seperti kimpalan blajar 2 thun dpt sijil selepas itu bole ke saya hendak sambung diploma

  7. jika saya mengambil diploma eksekutif. bolehkan saya menyambung pengajian ke tahap degree? jika boleh apakah syarat-syaratnya?

  8. boleh tahu apa beza pasca ijazah dengan ijazah sarjana?

  9. nak tanya, ape maksud ” sijil lanjutan “..?

  10. Salam tuan, saya musykil tentang diploma dan diploma lanjutan??
    Boleh tuan terangkan?Saya dah ada Diploma skang berminat untuk bt Ijazah Sarjanan Muda? Adakah Diploma saya dikira Diploma lanjutan setelah selesai saya ambil Ijazah Sarjana Muda?Mohon pencerahan untuk kebaikan semua..terima kasih tuan..

  11. assalamualaikum..saya ada pertanyaan..di malaysia..dimana kita boleh membuat double degree..pasal setahu saya..ipta/ipts tak buat utk double degree

  12. assalamualaikum, saya ingin bertanya… saya ingin melanjutkan pelajaran ke perigkat diploma dan sarjana muda dalam bidang kejuruteraan mekatronik. Boleh kah saya melanjutkan pelajaran ke peringkat Master dalam bidang Sains Gunaan( fizik)??

  13. Assalamualaikum…
    sy ingin bertanya…sy ingin melanjutkan pelajaran kepringkat sarjana…apakah kelebihan sarjana pendidikan daripada sarjana tanpa pendidikan…dan adakah sarjana pendidikan lebih menjurus kepada guru sekolah ataupun pensyarah IPTA..

    terima kasih

    • Waalaikumussalam.. jika sarjana ada pendidikan kita akan belajar subjek tambahan bekenaan pedagogi dan hal lain tentang pendidikan. Ilmu itu menampakkan kita mempunyai ilmu yang melayakkan kita untuk menjadi pendidik termasuk sebagai pensyarah dan tenaga pengajar lain..ia bergantung kepada apa yg dipilih selepas pengajian.. jika mempunyai pendidikan kita akan lebih mendapat pekerjaan bekenaan pengajaran dan pembelajaran..

  14. salam,
    di ambil dari ayat en fiziesss
    “dari mana ijazah diperolehi juga diambil kira”.

    adakah ijazah nie berbeza-beza mengikut tempat ?minta penjelasan..

    • salam..ijazah tetap sama..cuma kadang-kadang penemuduga ini subjektif..ada yang mahukan keluaran dari institusi tertentu dan ada juga yang pastinya mahukan keluaran dari institusi yang mempunyai LAN.

  15. salam..saya nak tanya ape perbezaan antara matrikulasi, asasi dan diploma? … mana satu lagi bagus dan menjana masa depan? dan ape kualiti pembelajarannya? dan yang mane akan mengmbil masa yang sedikit?

  16. salam , saya keliru mengenai dua benda ni . apa beza antara ijazah sarjana muda dengan kepujian dan ijazah sarjana muda sahaja ? adakah title ” kepujian ” tu bagi kesan apa-2 di alam pekerjaan nanti ? terima kasih :)

  17. saya nak tanya.. apa yang dimaksudkan dengan diploma siswazah? ataupun dikenali sebagai diploma lanjutan?

  18. bleh bgi pndgn tk..sya tk fhm.. Perbezaan di antara ijazah sarjana muda eksekutif dan ijazah sarjana muda?

    • Bahasa senang faham..Ijazah sarjana muda ialah tahap pengajian.. Jika ditambah eksekutif iaitu Ijazah Sarjana Muda Eksekutif menunjukkan Ijazah sarjana muda tersebut adalah dikhususkan kepada pengajian berkaitan eksekutif.

      • saya sekarang masih lagi dalam delema aliran apa y saya perlu ambil kerana saya minat dalam bidang juruteraan tetapi saya x ambil jurusan sn .pada mulanya saya saya adalah pelajar sains tetapi saya x bergitu ykin y saya boleh bawa sbb aliran itu amat berat dn sy x kut saya x mampu nk bawa subjek itu dan saya tukar kepada jurusan perdagagan x pi saya msih lgi x tenang dgn aliran y peelu saya ambl dan hampir 5 bulan saya dlm dilema tolng saYA syay perlukan bantuan dari anda

  19. Ada sesipa bole beri pendapat mengenai diploma eksekutif?

  20. saya nak tanya.. apakah perbezaan ijazah sarjana muda dengan ijazah pertama??? adakah keduanya sama??

  21. aya ingin menjadi pakar psikologi..aliran apa yang perlu saya amik bila saya sudah tamat spm..

  22. assalam. nk tanya, sy bakal mghabiskan pengajian diploma.
    sy nk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
    kursus yg sy nk mohon nanti, ada beza. sarjana muda (kepujian) dan sarjana muda. apa beza yg ada kepujian dgn x ada kepujian?

  23. Assalamualaikum , saya nak tanya apakah perbezaan antara asasi sains ,asasi sains hayat dan asasi perubatan ? terima kasih.

    • Waalaikumussalam..
      Asasi Sains..
      Belajar subjek2 pecahan sains.. kebanyakan institusi menawarkan Bio dan fizik bersama.

      Asasi Sains Hayat
      Belajar subjek pecahan Sains.. belajar Biologi tanpa ada fizik..

      Asasi Perubatan
      Pengkhususan persediaan perubatan seperti pecahan biologi yang lebih mendalam..

  24. tq sir for yr info it was useful for me…………………………………

  25. Sekarang sy dah faham ttg peringkat selepas SPM ni. Terima kasih byk-byk.

  26. NUR HIDAYAH KHAIRUL ANUAR says:

    subhanAllah, thnx

  27. salam…saya bakal menduduki spm thun nie..sy cuma nk tnya , boleh tlng beritahu senarai penaja biasiswa dan laman webnya serta cara memohonya?? dan bagaimana hendak memasuki universiti malaya(UM) kerana sy dengar ada borang khusus untk memasuki universiti ini..

    • Salam, semoga terus cemerlang dalam SPM, selamat berjuang… Untuk senarai penaja biasiswa tu ia berubah2.. ia mengikut pengurusan institusi yang menawarkan biasiswa. Oleh tu, sy tak boleh senaraikan sebab ia mengikut pekembangan semasa. Kebiasaannya biasiswa adalah dari JPA dan MARA. Tetapi tempat terhad dan memerlukan keputusan yang cemerlang. Untuk maklumat mengikut update semasa, baik aiman LIKE facebook xpresi http://www.xpresi.org/lebih-profesional-dengan-xpresi-fan-page/ oleh itu, aiman akan dapat update terbaru dalam facebook aiman bekenaan biasiswa dan permohonan universiti. Mungkin ia sedikit sebanyak membantu nanti apabila pemohonan biasiswa dan universiti di keluarkan nanti. Satu lagi, Mungkin aiman boleh taip perkataan biasiswa atau permohonan um pada sistem carian xpresi, sebelum ini ada sedikit informasi bekenaan biasiswa yang telah di keluarkan xpresi..Terima kasih..

  28. salam.. sy cuma ingin bertanya, sy merupakan pelajar yng akn ambil spm thun ni..sy berminat dengan jurusan perubatan..iaitu untuk menjadi doktor.. namun sy dengar bilangan doktor dan yng bkal menjadi doktor adalah berlebihan.betul ke fakta nie?? dan kalau betul, boleh tlng cdngkan kursus yng sesuai yng peluang pekerjaannya masih bnyk tp masih dlm jurusan perubatan..

    • Salam, xpe..sy mmg galakkan sesiapa sahaj yg nak bertanya.. ;) berlebihan? saya tak begitu pasti dengan fakta berlebihan tu. Tetapi mungkin sejak kebanjiran tawaran dari pelbagai institusi termasuk swasta yang kadangkala merendahkan kelulusan kemasukan. saya rasa isu berlebihan tu takde. Yang ada tak dapat kerja pun sebab keputusan yang tidak baik dan tidak cukup syarat-syarat untuk menjadi doktor perubatan. Untuk menjadi doktor perlu memenuhi syarat seperti tinggi keputusan peperiksaan, jam kredit kuliah, latihan di institusi kesihatan dan dari mana ijazah diperolehi juga diambil kira. Mungkin kebanjiran sesetengah institusi yang mengutamakan keuntungan membuatkan banyak syarat tidak dipenuhi. Ataupun faktor pelajar itu sendiri yang tidak belajar bersungguh-sungguh. Pada pendapat sy setakat ini bidang perubatan memang diperlukan terutama di kawasan yang tidak menjadi pilihan seperti dikawasan pekan dan luar bandar. Untuk pengetahuan saudara ada banyak klinik kesihatan di Malaysia..yang pastinya penduduk akan bertambah dikawasan tersebut dan pastinya ia perlu dinaiktaraf menjadi hospital yang mana memerlukan banyak doktor..Untuk saranan pekerjaan yang banyak kekosongan tu saya ambil prinsip tidak menjawabnya. sebab sebenarnya setiap jawatan sentiasa ada setiap tahun.. ;)

  29. Bagus info ni, baik untuk pelajar yang kurang ilmu tentang halatuju pendidikan. Tahniah Admin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

Makluman : TIDAK semua komen/pertanyaan akan dijawab oleh admin/staff xpresi, Kami sibuk dengan urusan pentadbiran, informasi dan pertanyaan khas lain. Walaubagaimanapun, komen/pertanyaan terpilih sahaja akan kami jawab atau dibuatkan penulisan khas. Kami amat berterima kasih jika anda turut sama menjawab/ berbincang dan membantu rakan lain.

PERINGATAN: Anda perlu memahami Syarat/ Terma kami dan Anda dilarang untuk memperkatakan tentang politik ataupun mempersenda cara hidup, individu, kaum mahupun agama lain. Bantulah diri, bantulah saudara anda, cintailah kedamaian, tingkatkan iman, bertindaklah dengan bijak serta bermuafakatlah demi kesejahteraan bersama.