Aplikasi Android Percuma Untuk Belajar PT3, SPM dan STPM

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Dunia pendidikan kini lebih mudah dengan adanya teknologi. Adalah rugi sekiranya pelajar tidak mengambil manfaat terhadap kecanggihan serta kemudahan kini. Belajar dan mengulangkaji pelajaran kini juga lebih fleksibel dengan hanya ditangan anda melalui aplikasi android yang boleh diakses menerusi telefon pintar masing-masing. Satu perkongsian menarik dari rakan pelawat, mengenai satu aplikasi yang mempunyai fungsi-fungsi pembelajaran yang sangat membantu. Aplikasi dari Pro Academy banyak menghasilkan aplikasi android untuk peperiksaan penting seperti PT3, SPM dan STPM

Aplikasi Android Percuma
Aplikasi Android Percuma

Bagaimana mendapatkan Aplikasi Android Percuma ?

Sebenarnya tidak terlalu sukar dan ianya percuma setakat ini. Anda boleh terus ke Play Store pada android anda dan gunakan carian ProAcademy atau terus menaip SPM atau STPM yang anda mahukan. Aplikasi yang dipaparkan mungkin banyak, anda boleh pilih ikut kesesuaian anda dan untuk aplikasi dari proacademy namanya dipaparkan dibawah aplikasi yang anda pilih tersebut.

Info Tambahan :  Industri Halal: 8 Universiti dan Kolej Tawaran

Setelah anda kenalpasti aplikasi yang sesuai, bolehlah anda muat turun ke telefon pintar anda.

Aplikasi Android Percuma Untuk Belajar PT3, SPM dan STPM 1

Apa yang ada pada aplikasi?

Menurut pengalaman kami, aplikasi ini adalah baik kerana menyediakan banyak kemudahan seperti :

·        Soalan 6 tahun lepas

·        Paparan cepat untuk jawapan pada soalan yang dikehendaki

·        Jadual peperiksaan terkini

·        Serta banyak lagi fungsi yang akan ditambah

Jika dilihat melalui carian dari ProAcademy ini, aplikasi yang dikeluarkan secara berasingan untuk peperiksaan utama seperti :

·        UPSR

·        PT3

·        SPM

·        STPM

Info Tambahan :  Kad Siswa 2023: Cara Untuk Dapat dan Faedah

·        O-Lavel

Aplikasi Android Percuma Untuk Belajar PT3, SPM dan STPM 2

Sebenarnya banyak lagi aplikasi pembelajaran yang disediakan di Play Store, anda hanya perlu taip sahaja di carian yang disediakan. Malangnya, kebanyakan pelajar lebih cenderung untuk install aplikasi permainan atau sosial berbanding pelajaran. Jika adapaun ianya jarang digunakan. Mungkin agak membosankan, tetapi ianya amat berharga untuk pencapaian diri. Tidak salah jika kita banyak berkorban untuk masa depan yang lebih baik. Selamat belajar dan jangan lupa untuk sentiasa berusaha dan berdoa. Pastikan anda buang tabiat buruk online tanpa faedah dan ubah untuk gunakan online untuk aktiviti berfaedah dan membina.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *