Autisme – fahami mereka

Baru-baru  ini saya ada membaca satu artikel yang menular sekarang ini mengenai seorang kanak-kanak autisme. Ceritanya begini, Arianna, 7 tahun, yang menghidap penyakit autisme keluar makan bersama keluarganya ke sebuah restoran. Mereka memesan makanan dan Arianna memesan burger keju kegemarannya. Tetapi setibanya pesanan mereka di meja, Arianna tidak langsung menyentuh burger kejunya, sebaliknya hanya makan kentang yang disediakan bersama sahaja. Ibu bapanya hairan dengan apa yang berlaku namun akhurnya sedar apabila melihat burger kejunya telah dipotong dua, mungkin bagi pihak pengurusan untuk memudahkan kanak-kanak ini menikmatinya. Namun, hakikatnya kerana autismnya, dia merasakan perbezaan ini dan tidak lagi gembira mengenainya. Mungkin bagi kanak-kanak lain tiada beza, tapi bagi kanak-kanak seperti beliau, kesamaan dalam semua benda adalah mesti. Ibunya ingin memesan burger yang baru dan hanya ingin menambah di dalam pesanan mereka kerana tidak mahu menyusahkan pelayan restoran itu. Tetapi, apa yang terjadi lebih mengharukan. Pelayan dan pengurus restoran itu turun berjumpa dengan Arianna lalu memohon maaf dan berjanji akan mengganti burger yang baru. Nampaknya mereka sangat memahami sifat kanak-kanak seperti Arianna.

Baca lagi di sini: Autistic Girl Broken Cheeseburger

Pautan facebook: Photos of Chili & Bar

Apa yang anda tahu tentang autisme?

Ciri-ciri autisme.

1)      Bencikan perubahan

  • Seperti Arianna yang tidak mahu perubahan bagi bugernya, kanak-kanak autisme tidak mahu mengubah dan menggunakan cara berlainan.
Baca Juga :  Maksud Seni Kulinari dan Kelebihannya

2)      Mengulangi percakapan megenai perkara yang sama

  • Mereka memang lemah dalam komunikasi. Mereka hanya berbicara mengenai perkara yang sama sepanjang hari.

3)      Tidak bermain dengan orang lain

  • Berbeza dengan kanak-kanak biasa yang suka berkawan, mereka hanya mempunyai kemahiran sosial yang sangat kurang. Kerana itlah mereka tidak bergaul dengan orang lain.

4)      Tunjukkan keinginannya dengan tangan orang dewasa.

  • Jika mereka inginkan sesuatu mereka akan menyorong tangan orang dewasa lain bagi menunjukkan ke arah yang mereka mahu. Mereka biasanya tidak bercakap banyak kerana itulah mereka sukar meluahkan kemahuan mereka.

5)      Suka memutar objek

  • Salah satu tabiat kanak-kanak autisme.

6)      Hanya menyertai kumpulan jika dibantu atau didesak

Menarik :

  • Juga kerana mereka tidak suka bermain dengan orang lain.

7)      Perbualan satu pihak

  • Bila mereka berborak, biasanya apa yang ditutur tidak difahami orang lain menyebabkan mereka tidak dapat mewujudkan perbualan 2 hala.
  • Mereka juga sukar member respons kepada pertanyaan.

8)      Tidak menunjukkan minat

  • Aktiviti-aktiviti yang selalunya menjadi kesukaan kanak-kanak lain bukanlah menjadi kegemaran mereka.

9)      Mengulangi sesuatu perbuatan

  • Contohnya mereka akan mengulangi percakapan orang lain.
Baca Juga :  Jenis Bidang Jururawat Yang Perlu Anda Tahu

10)   Mengibas-ngibaskan tangan

  • Tabiat yang menjadi kebiasaan

11)   Tidak main olok-olok

  • Apa yang mereka lakukan seolah-olah perkara sebenar maka boleh membahayakan mereka.
  • Contohnya apabila mereka bermain menjadi ‘superman’ mereka akan betul-betul cuba terbang, seperti melompat dari tempat tinggi. Maka pemantauan orang dewasa adalah penting.

12)   Tiada hubungan mata

  • Mereka tidak memandang ke mata orang lain bila berkomunikasi.

13)   Ketawa berdekah-dekah tidak sesuai dengan keadaan

  • Juga tabiat yang tidak dapat dielak.

 

Kesimpulannya, kanak-kanak autisme boleh dianggap mereka yang tidak beradab. Dan ramai orang yang tidak memahami akan menyalahkan ibu bapa sebagai tidak pandai menjaga anak. Namun, hakikatnya, fahamilah mereka kerana mereka juga orang normal seperti kita, hanya sedikit berlainan. Saya amat berharap penulisan ini dapat membuka mata mereka yang membaca bahawa, layanilah kanak-kanak autisme dengan sebaiknya. Mereka tidak meminta dilahirkan begitu. Dan mereka juga bukanlah pembawa malang. Kebanyakan kanak-kanak autisme sangat cerdik dan dapat fokus terutama dalam matematik. Bagi ibu bapa pula, terimalah anak anda sebaiknya. Ada hikmah dalam setiap kejadian tuhan. InsyaAllah.

Wallahualam.

Apa Komen Anda :