Bajet 2017 Pendidikan dan Kerjaya Guru

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Masyarakat Malaysia mula bercakap tentang bajet selepas ia diumumkan, namun ada yang tertanya kesan Bajet 2017 Pendidikan dan Kerjaya Guru. Pengumuman Bajet 2017 meliputi banyak aspek, namun demikian ada beberapa perkara yang boleh dikupas berkaitan dengan perguruan dan pendidikan. Bajet kali ini dilihat ada menyentuh hal berkaitan pendidikan dan pendidikan tinggi. Selain itu ia juga bermanfaat kepada kakitangan awam termasuk guru. Dibawah adalah intipasti penting yang berkaitan dengan Pendidikan, Pendidikan tinggi dan kakitangan Awam termasuk guru.

bajet 2017 pendidikan
bajet 2017 Pendidikan

Bajet 2017 Pendidikan

  • Meneruskan Bantuan Makanan Tambahan & Geran Per Kapita program TABIKA& TASKA(RM140juta)
  • Menambahbaik pakej pemakanan bernutrisi harian : susu 250 ml, kismis dan telur, memanfaat 280,000 kanak-kanak (RM60 juta)
  • Meningkatkan akses kepada pendidikan pra-sekolah secara percuma di sekolah Kerajaan memanfaat 200,000 kanak-kanak (RM132 juta)
  • Membangunkan semula 120 sekolah daif (30 Sabah & 30 Sarawak) menggunakan Industrialised Building System & menaiktaraf 1,800 makmal sains (RM570 juta)
  • Menyiapkan 227 sekolah, termasuk 8 sekolah baharu (RM478 juta)
  • Memperkukuh program penguasaan Bahasa Inggeris Cambridge English, Dual Language & Highly Immersive (RM90 juta ringgit)
  • Pemberian tablet bantuan mengajar kepada 430,000 guru oleh SKMM (RM340 juta) 101. Pemberian Bantuan Persekolahan RM100 ringgit kepada setiap pelajar dari keluarga berpendapatan < RM3,000, memanfaat 3.5 juta murid (RM350 juta)
  • Menyediakan Bantuan MakananAsrama kepada 365,000 murid (RM1.1 bilion)
  • Meneruskan Rancangan MakananTambahan 1Malaysia sekolah rendah (RM300 juta) 104. Bantuan BayaranTambahan Persekolahan, BukuTeks dan GeranPer Kapita (RM1.1 bilion)
  • Menyediakan geran sepadan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dalam akaun SSPN-i kepada pelajar Tahun 1 sekolah bantuan penuh Kerajaan
  • Menyediakan Elaun Murid Berkeperluan Khas RM150 sebulan kepada 67,000 murid & mengganti bas @ coaster bagi 21 sekolah berpendidikan khas (RM107 juta)
  • MenyediaTabung Khas Penambahbaikan dan Penyenggaraan Sekolah untuk senggaraan Sekolah Kebangsaan, SJK(C), SJK(T), Sekolah Mubaligh, SekolahAsrama Penuh, SekolahAgama Bantuan Kerajaan, Sekolah Pondok yang berdaftar dan MRSM (RM600 juta)
  • Peruntukan kepada 20 universiti awam (RM7.4 bilion),antaranya: 4 hospital universiti (RM1.4bn), Memperkasa lima universiti penyelidikan (RM300 juta) , Dana penyelidikan kepada IPT(RM100 juta)
  • Menggantikan baucar buku dengan kad debit pelajar dengan nilai RM250 bagi pembelian buku, alat tulis, alatan komputer & akses internet memanfaat 1.3 juta pelajar (RM300 juta)
  • Meneruskan pemberian biasiswa (RM 4.3 bilion), melalui JPA (RM1.6 bilion), MARA (RM2 bilion), KPT (RM250 juta), KKM (RM208 juta), KPM (RM194 juta), KSM (RM28 juta), KBS(RM21 juta).
  • Diskaun bagi menggalakkan peminjam PTPTN membuat bayaran balik bermula dari 22 Oktober 2016 sehingga Disember 2017: 15% atas baki hutang bagi penyelesaian penuh, 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran, 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik.
  • Menaikkan elaun pembantu KEMAS kepadaRM500 memanfaatkan 11,000 pembantu KEMAS
  • Menubuhkan Pusat KecemerlanganTop STEM Talents di Akademi Sains Malaysia 162.
  • Mengubahsuai IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan dan Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang kepada Pusat Permata Pintar dan Berbakat
  • Mengubahsuai 9 kampus IPG kepada Politeknik & Kolej Vokasional, termasuk sebuah sebagaipusat latihan tenaga pengajar TVET(RM400 juta)
  • Menaiktaraf peralatan pembelajaran di institusi TVET(RM270 juta)
  • Dana Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran(RM360 juta)
  • Melanjutkan potongan cukai 2 kali bagi Structured Internship Programme sehingga tahun taksiran 2019 bagi ijazah sarjana muda, diploma & pelajar Tahap 3 dan ke atas di bawah ProgramTVET
  • Geran padanan kepada institusi TVET yang mendapat sumbangan peralatan daripada industri
Info Tambahan :  Biasiswa Jepun MEXT 2023: Semua yang Anda Perlu Tahu

Faedah Kakitangan Awam termasuk guru

  • Cuti Belajar Bergaji Penuhdengan Biasiswa dipanjangkan kepada kumpulan pelaksana
  • Cuti kuarantin 5 hari tanpa rekod kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuarantin
  • Meluaskan kemudahan pembiayaan komputer meliputi smartphones dengan had pinjaman RM5,000 setiap 3 tahun
  • Menaikkan had kemudahan pembiayaan motosikal kepada RM10,000
  • Menaikkan had kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam kepada RM200,000 hingga RM750,000
  • Menyiapkan 30,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia & dijual pada harga RM90,000 – RM300,000
  • Melanjutkan perkhidmatan pegawai contract of service dan contract for service selama setahun
  • Bayaran khas RM500 kepada semua penjawat awam & RM250 kepada pesara Kerajaan
Info Tambahan :  Tips Cara Permohonan UPU 2024/2025

Maklumat diatas adalah dari pilihan kami yang kami rasakan berkaitan dengan pendidikan dan perguruan. Namun demikian, ada banyak lagi yang mungkin berkaitan secara tidak langsung dengan pendidikan ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut anda dinasihatkan merujuk Maklumat penuh Bajet 2017 yang disediakan oleh kerajaan.

Bagaimana dengan penilaian anda? Adakah anda gembira dengan bajet ini? Setiap orang mempunyai alasan dan permintaan tersendiri, agak mustahil untuk menepati impian ramai orang. Namun demikian setiap individu berhak untuk memberi respon pada setiap apa yang berlaku. Sebaiknya respon tersebut mengambil kira sensitiviti orang lain dan mengikut saluran yang betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *