Bantuan Skim Insentif Anak Peneroka

Peluang terbaik kepada semua anak-anak felda, Satu bantuan skim insentif anak peneroka disediakan bagi yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat institusi tinggi samaada intitut pengajian tinggi awam(IPTA) ataupun institut pengajian tinggi swaata(IPTS).

Bantuan Skim Insentif Anak Peneroka

Perkenalan skim insentif anak peneroka yang dikenalo sebagai (SIAP) pada tahun 2004 bertujuan untuk meringankan beban kewangan di kalangan anak-anak peneroka. Ia juga merupakan satu bentuk sumbangan dan sagu hati pihak FELDA kepada anak-anak peneroka FELDA yang berkelayakan serta berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah.

Insentif anak peneroka

Insentif anak peneroka

Pernohonan ke skim insentif anqk peneroka (SIAP) ini perlu dibuat dia Pejabat Rancangam FELDA masing-masing dengan menyertakan salinan dokumen seperti yang tertera :

Baca Juga :  Permohonan UITM Ambilan Kedua 2017

Menarik :

  1. surat tawaran rasmi kemasukan ke IPTA/IPTS
  2. Kad pengenalan pemohon
  3. kad pengenalan peneroka
  4. penyata pendapatan peneroka

Antara syarat kelayakan pemohon bagi mengemukakan permohonan SIAP adalah :

  • Terbuka kepada anak peneroka, anak tiri atau anak angkat peneroka yang telah berdaftar secara sah sahaja.

*sila sertakan surat pendaftaran atau surat pengesahan sebagai bukti.

  • Telah mndapat tawaran peringkat diploma ataupun ijazah di peringkat IPTA / IPTS
  • Berumur 18-23 tahun bagi diploma , manakala 18-25 tahun bagi ijazah.
Baca Juga :  3 Jenis Cuti Belajar Kakitangan Awam

Namun, ada beberapa perkara yang tidak melayakkan pemohon untuk mendapatkan bantuan ini. Antaranya :

  • peneroka / anak peneroka yang tidak menetap dia tanah rancangan
  • pelajar yang mendapat tawaran ke peringkat matrikulasi atau program asasi
  • pelajar yang mendpat tawaran ke peringkat sijil / pra / matrikulasi / asasi / briged politeknik / sarjana (master) / doktor falsafah
  • pelajar yang dibawah program pengajian jarak jauh (pjj) program separuh masa /pemohon yang telah bekerja
  • penerima dana khas pelajar cemerlang ke luar negara FELDA
  • pelajar yang mengikuti kursus latihan kemahiran FELDA.

Kepada semua pelajar yang memenuhi syarat kelayakan permohonan, jangan lepaskan peluang yang ada. Gunakan kesempatan ini sebaik mungkin. Dapat atau tidak, jangan difikirkan dahulu. Asalkan anda telah membuat permohonan. Semoga berjaya dalam permohonan yang dikemukakan. Usaha, brtindak dan tawakal.

Tagged with 

One thought on “Bantuan Skim Insentif Anak Peneroka

  1. Adakah bantuan ini jga untuk anak peneroka rancangan silabukan di bawah skim koperasi desa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *