Berita Baik, Update Terbaru Kemudahan Percuma Majalah e-Xpresi untuk anda

Pernahkah anda tertinggal maklumat kami? Pernahkah anda terlepas permohonan? Anda tidak ada masa untuk buka blog kami setiap hari?

Semua persoalan itu kami telah perbaiki dan kami keluarkan teknologi Majalah e-Xpresi  untuk anda pelawat kami yang disayangi.

Kami mencipta Majalah elektronik ini bagi membantu pelawat supaya tidak ketinggalan setiap berita yang kami terbitkan, hal ini adalah disebabkan satu kes yang terjadi kepada seorang pelajar malang yang mengadu kepada kami :

Pelajar itu mendapat keputusan yang amat baik dalam SPM nya, dengan keputusannya melayakkan untuk memohon kursus perguruan. Oleh kerana dirumahnya tidak ada internet untuk buka xpresi setiap hari, dia ketinggalan info bekenaan permohonan kursus perguruan, pelajar itu telah sedari apabila 2 hari telah berlalu tarikh tutup permohonan. Sedangkan pihak kami telahpun mengeluarkan info bekenaan seminggu lebih awal sebelum permohonan dibuka.

Pihak kami amat bersimpati atas kejadian tu, staff teknologi kami membuat sedikit kajian dan tindakan, hasil dari itu pihak staff teknologi kami memperkenalkan Majalah e-Xpresi untuk memberi kemudahan kepada sesiapa sahaja dengan percuma mendapatkan update/berita terbaru dari kami terus ke email masing-masing. Apabila penghantaran terus ke email, mungkin ia tidak perlu dibuka setiap hari, cukuplah sekadar membuka email seminggu sekali untuk mendapatkan update xpresi. Oleh itu, segala maklumat terbaru xpresi dapat di maklumkan kepada pembaca berdaftar secara lebih teratur dalam email anda nanti.

Baca Juga :  Tugas Guru Akan dikurangkan & Perpindahan guru diperhebat

Bagaimana untuk mendapatkan Langganan Majalah e-Xpresi ?

Untuk makluman anda, majalah ini kami sediakan percuma untuk sesiapa sahaja yang inginkan maklumat bekenaan  kerjaya, pendidikan, pekerjaan dan infomasi.

Tidak ada syarat untuk melanggan majalah elektronik kami itu, asalkan anda ikhlas dan berminat untuk dapatkan info terbaru kami terus ke email anda.

Menarik :

Baca Juga :  Panduan Bagaimana Mencari Biasiswa

Untuk mendaftar majalah elektronik kami itu adalah mudah, anda hanya perlu memasukkan email anda ke ruangan sebelah kanan atas blog ini ( rujuk rajah dibawah )

Dari rajah diatas, anda perlu masukkan alamat email anda di sebelah atas kiri blog ini atau seperti dalam bulatan hitam diatas, selepas masukkan email anda boleh klik Hantar iaitu butang oren.

Selepas anda memohon dan mengikuti beberapa langkah pendaftaran yang diberikan nanti, pastikan anda sahkan pendaftaran anda melalui link pengesahan yang dihantar ke email anda nanti.

Penting : Selepas memasukkan alamat email anda, satu email akan dihantar ke email anda, email tersebut mengandungi link pengesahan ( Klik link tersebut untuk sempurnakan proses urusan pendaftaran majalah e-Xpresi )

Anda perlu klik link tersebut kerana kami betul-betul hendak pastikan anda bukan memainkan kami, menipu, menggunakan robot untuk mendaftar.

Baca Juga :  5 Idea Ijazah Mudah Dapat Kerja

Selepas anda klik link tersebut anda akan menerima update terbaru kami terus ke email anda setiap kali kami membuat penulisan terbaru.

Diharapkan anda mendapat manfaat hasil dari apa yang kami sediakan untuk anda. Sila hubungi kami sekiranya anda masih belum menerima update terbaru kami di email walaupun anda telah mendaftar dalam Majalah e-Xpresi tersebut.

6 thoughts on “Berita Baik, Update Terbaru Kemudahan Percuma Majalah e-Xpresi untuk anda

  1. Assalam..betul ke lepasan diploma hanya boleh apply upu pada bulan January? Kalau buat rayuan pn ada kemungkinan tak diterima?

  2. mohd sanusi bin mat isa says:

    sangat baik sebagai panduan

  3. ZATIE Saleh says:

    Assalamualaikum.nk tye.lau dpt muet band1 tp pointer 3 keatas.still leh dpt top 5 ipta ke? De syarat utk muet x?

    • Waalaikumussalam..
      Boleh.. tapi bergantung kepada pilhan di TOP 5 kursus yang dipilih tu, ada yg memerlukan Band tinggi dalam MUET ada juga yang menetapkan syarat hanya BAND 1.. Jika diterima kebiasannya di IPTA kelak perlu mengambil kursus MUET sekali lagi sekurangnya BAND 2 untuk melayakkan mendapat ijazah. Tapi biasanya di IPTA ada satu kursus BI tersendiri yang jika lulus dah memadai untuk mendapat Ijazah.

  4. wah good, senang nak dapat maklumat kalau gini..terbaik la xpresi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *