Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah telah dibuka permohonan secara online bermula 10 Mac hingga 11 April 2016. Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah terbuka kepada pelajar yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Negeri Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang  Warganegara Malaysia. Para pelajar dari Negeri Sabah dipelawa untuk memohon biasiswa ini untuk mengikuti kursus-kursus yang disenaraikan seperti berikut :

A) BIDANG DAN PERINGKAT PENGAJIAN
1.Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)
 KejuruteraanKesihatan dan Perusahaan Ternak
 Seni Bina (Architecture)Pertanian
 PerakaunanSains Tulin
 Juru UkurTeknologi Maklumat
   
2.Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)
 PerubatanPengajian Islam
 PergigianMatematik
 Perubatan VeterinarSains Tulen (Biologi/Kimia/Fizik)
 FarmasiTESL
 KejuruteraanPsikologi
 Ukur BahanSains Komputer
 Seni Bina (Architecture)Ekonomi
 Sains dan Teknologi MakananPerakaunan
 Sains BioteknologiPentadbiran Perniagaan
 AkuakulturPelancongan dan Hospitaliti
 Sains Biologi MarinUndang-Undang
 Sains Alam SekitarPengurusan Ladang
 PerikananPertanian
 PerhutananMuzik
 KomunikasiPendidikan
 Pengangkutan dan LogistikTeknologi Maklumat
   
B) KELAYAKAN MEMOHON
1.Had Umur
 Bagi kursus (A) 1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun.
 Bagi kursus (A) 2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.
   
2.Kelayakan Akademik
 Kursus Diploma
 Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred C dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaranBahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.
  
 Kursus Sarjana Muda
 Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.5.  Kelayakan ini haruslah diperoleh dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
 Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5
 Lulus Foundation dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5
  
 Perubatan, Pergigian dan Farmasi
 Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.5 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi.Tawaran biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)dalam negeri sahaja.
 Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) kecuali Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.
  
(C) CARA MEMOHON
 Permohonan dibuat melalui on-line dengan melayari Web : www.biasiswa.sabah.gov.my mulai   10  Mac 2016. Pemohon mestilah mempunyai E-Mail peribadi masing-masing.
  
(D) PERHATIAN
 Bagi pelajar Sijil Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, pemohon bolehlah menggunakan Keputusan Peperiksaan Semester Satu (1) dan mengemaskini semula permohonan apabila keputusan peperiksaan semester terakhir diperolehi dan kemukakan ke Bahagian Biasiswa, JPANS dengan segera.
 Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
 Keputusan permohonan boleh disemak melalui online.
 Kursus-kursus Matrikulasi/Asasi/Foundation tidak ditaja.
 Tarikh tutup permohonan ialah  11 April 2016. Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.
  
Baca Juga :  Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Kumpulan Axiata 2017

 

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here