Bijak Mengurus Masa

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Bijak Mengurus Masa 1

Masa sudah tentu sesuatu yang paling penting dalam kehidupan kita, pergerakan masa tidak akan menunggu kita walaupun kita menggunakan seribu satu cara sekalipun. Jika kita sedari, memang banyak cara yang digunakan untuk memaksimumkan penggunaan masa dengan hidup kita, namun demikian kerap kali kita akan diuji dengan pelbagai pekara yang merugikan kita.

Mungkin kita tidak sedari bahawa kadangkala kita dipergunakan oleh orang sekeliling kita yang malas, orang yang malas untuk berusaha ini lebih gemar meminta tolong dan memindahkan kerjanya kepada orang lain. Perlu untuk kita sedar adakah sekarang kita sedang melakukan kerja yang ditetapkan oleh orang yang malas? Jika ya jawapannya, cepatlah buangkannya sahaja kerana ia membazirkan masa kita.

Menunggu juga merupakan salah satu yang boleh membazirkan masa, perbuatan menunggu kawan yang lambat juga sebenarnya mencuri masa kita. Adalah penting untuk kita memberi amaran tentang kelewatan kawan kita dengan cara yang lebih halus dengan menghantar sesuatu yang menjadi penggera kepada tingkahlakunya. Mungkin kita boleh membuat panggilan tidak dijawab berkali-kali, menghubungi terus membbuatkan rakan anda itu mula mengelabah dan bergegas lebih cepat.

Manusia akan kurang memberi perhatian apabilasesuatu itu dianggap biasa dan akan mengambil perhatian sesuatu yang pelik dan unik, oleh itu gunakan kesempatan yang ada untuk menetapkan waktu perjumpaan unik. Waktu yang unik contohnya pukul 3.35, 2.12. Pola nombor yang unik ini membuatkan orang lain tertarik dan mengingati waktu itu sekaligus tidak membuatkan masa anda terbuang begitu sahaja.

2 thoughts on “Bijak Mengurus Masa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *