Bonus Tahunan Kakitangan Awam dan Gaji Disember 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Info ini bagi menjawab pertanyaan segelintir pelawat bekenaan bonus tahunan kakitangan awam dan bila ia akan dikeluarkan untuk tahun ini. Untuk pengetahuan, bonus tersebut akan boleh diterima sama dengan tarikh pembayaran gaji utuk sesi Disember 2012 ini iaitu pada 18 Disember 2012.

Lihat di Slip Gaji/ Penyata Slip ANM

Bagi yang masih belum menyemak butiran pembayaran yang akan dibuat boleh terus merujuk kepada Slip gaji masing-masing di Laman rasmi Akauntan Negara ANM dan ianya boleh dirujuk sejak 14 Disember lagi.

Info Tambahan :  Cara Beli Pin UPU 2024/2025

Pembayaran Bonus

Seperti maklumat sebelum ini, pembayaran bonus adalah  dibayar secara berperingkat iaitu 2x ketika Disember iaitu 18 Disember 2012 dan 23 Januari 2013. Dalam slip gaji, jumlah pembayaran bonus adalah ditulis sebagai Imbuhan tahunan sebagai tanda terima kasih pihak kerajaan terhadap perkhidmatan setahun kakitanganya sepertimana juga dibuat oleh sesetengah institusi swasta yang lain.

Bersyukur dan Berhemah

Pemberian bonus ini tidaklah dikhususkan kepada kakitangan awam sahaja, kakitangan swasta juga ada yang mendapat bonus tersendiri dan mungkin jumlahnya agak berbeza mengikut pangkat dan lama bekerja. Mesej disini, walau siapa sahaja yang mendapat imbuhan hujung tahun ini haruslah digunakan dengan sebaik mungkin terutama membeli keperluan asas serta kelengkapan pendidikan anak-anak bagi yang dah bekeluarga. Mungkin ada yang akan mengambil kesempatan diluar sana tidak kiralah harga barang dan sebagainya, namun demikian berbelanjalah dengan berhemah demi masa depan yang lebih baik.

Info Tambahan :  Laman Web Mencari Peluang Pekerjaan Untuk Lepasan Sekolah

p/s : Kalau yang mahal lagi tak berkualiti tu tak payah belilah.. Cekik darah je memanjang…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *