Borang Permohonan Cuti Kuarantin Penjawat Awam

Sebelum ini telah diumumkan satu kemudahan cuti kuarantin oleh kerajaan. Pastinya permohonan melalui borang permohonan cuti kuarantin diperlukan untuk mendapat kemudahan yang disediakan. Jika sebelum ini, kakitangan kerajaan akan mengambil Cuti Rehat Khas CRK untuk menjaga anak yang kebiasannya tidak dapat hadir ke sekolah akibat penyakit berjangkit yang berbahaya seperti chikenpox, denggi dan sebagainya. Pastinya anak yang kecil perlu ditemani dirumah kerana tidak mungkin boleh meninggalkannya keseorangan dalam rumah tanpa pengawasan atau rawatan dan perhatian.

Borang Permohonan Cuti Kuarantin

Borang Permohonan Cuti Kuarantin

Satu kemudahan cuti baru diumum kerajaan bagi memudahkan urusan penjagaan anak yang sakit. Selaras dengan keprihatinan kepada institusi kekeluargaan dalam konteks penjagaan kesihatan anak, Kerajaan telah bersetuju supaya kemudahan Cuti Kuarantin diberikan kepada pegawai yang anaknya menghidap penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin.

Baca Juga :  Smartphone Percuma dan Data 4G untuk Guru

Sekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakuan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit berjangkit, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Kuarantin untuk menjaga anak yang sakit.

Pegawai yang layak kemudahan Cuti Kuarantin adalah ibu dan bapa yang sah.

Menarik :

Anak adalah termasuk:

  • anak kandung;
  • anak tiri tanggungan;
  • anak angkat de facto;
  • anak angkat; dan
  • anak pelihara.
Baca Juga :  Sekolah Meriah, Guru Pakai Kostum Ultraman

Tempoh yang boleh diluluskan adalah terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah, tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am; dan

Syarat anak yang dikuarantin :

  • Berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 21 tahun; dan
  • tidak kira apa jua umurnya dan yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri, dengan syarat anak itu adalah cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun.
Baca Juga :  Syarat Kemasukan SBP Baru 2017

Senarai Penyakit Berjangkit yang dibenarkan

  1. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut [Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)]
  2. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah
  3. Campak (Measles)
  4. Chickenpox
  5. Difteria
  6. Malaria

Borang Permohonan Cuti Kuarantin

Untuk mendapat kemudahan cuti kuarantin, borang khas perlu diisi dan perlu mendapat kebenaran.

Muat turun Borang permohonan cuti kuarantin dan Pekeliling ( maklumat Lanjut )

Tagged with 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *