Cabaran Hujung Tahun Xpresi

Lama juga tak menulis dlm diari ni, utk kali ni sy nak sentuh sikit pasal masalah dihujung tahun 2015 dalam pengurusan xpresi.org ini. Walaupun xpresi dah bertapak lebih 5 tahun, hujung tahun 2015 inilah saat paling sukar utk sy uruskan. Pelbagai masalah timbul dan terlalu banyak perkara yang perlu saya uruskan sejak akhir- akhir ini.

Kalau dikira ikutkan hati memang dah tak larat nak uruskan memandangkan pendapatan xpresi juga makin berkurang berbanding kos pengurusan semakin meningkat. Tapi bila dikenang kembali 5 tahun lepas bukan senang nak jadikan xpresi seperti sekarang. Blog tumbuh seperti cendawan setiap hari dengan banyaknya..tapi sayang ia akan hangat beberapa bulan dan akan kembali terkubur. Oleh kerana itu menjadi semangat dan kekuatan pada saya bila teringatkan semangat- semangat dulu yang tidak berputus asa sehingga hari ini..

Betul lah apa pakar kejayaan katakan, kejayaan yang kekal hakiki adalah hasil dari usaha gigih sebelum ini. Jika kita susah untuk dapat sesuatu, kita akan sayang untuk lepaskan.. Moga saya terus bersemngat untuk bekalkan informasi pada pembaca.

Masalah yang dihadapi ?

Bukan semua yang boleh saya ceritakan, tapi boleh la digambarkan beberapa masalah kecil pengurusan seperti capaian internet dan beberapa projek perlu dilakukan.

Menarik :

Tindakan?

Orang kata, ada masalah tak guna kalau tidak terus disertakan tindakan. Oleh itu sebagai admin xpresi saya nak maklum beberapa penambahbaikan 2016 nanti.

  • Tambahan kelajuan internet ( kini dalam proses )
  • Kemaskini jadual kerja
  • Pelancaran Projek Kerjaya 2016 xpresi
  • Penjualan produk kerjaya xpresi 2016 ( 85% siap )
  • Ubahsuai dan upgrade sistem paparan, keselamatan
  • Tambahan teknologi dan pengurusan

Nantikan kumunculan xpresi 2016, InsyaAllah.. Saya akan terus bersemangat dgn respon jumlah pelawat sehingga kini..

P/s : mungkin bnyak typo sebab taip dlm phone je.

Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*