Cadangan Anda Diperlukan Untuk Pihak Kami

0
1

xpresi tredmSeperti biasa kami menerima email yang mempunyai pelbagai tujuan. Antara email yang kerap diajukan adalah berkaitan pertanyaan berkaitan masalah akademik dan kerjaya. Ada juga email yang memerlukan nasihat dan bantuan tentang masalah peribadi yang dialami sesetengah pelawat kami. Kemarin kami menerima satu email yang menarik berkaitan cadangan penambahbaikan blog kami ini.

Salam tuan, saya peminat ekspresi sejak form 5 lagi. Terima kasih kerana memeberikan maklumat dan panduan sehingga sy sudahpun menamatkan pengajian dan bekerja sekarang ini. Cuma sy ada beberapa cadangan , sebelum ni sy amat memerlukan info kerjaya dan permohonan, tapi sekarang sy dah bekerja dan memerlukan lebih lagi yg menarik selain dari post biasa ekspresi sekarang ini. Cadangan sy supaya ekspresi mengadakan post yang ada banyak gambar atau berita-berita pendidikan semasa terutama disekolah/ university  yang lebih menarik. Juga harap ekspresi dapat mengeluarkan cenderamata kenangan bagi pelawat yang dari dulu setia bersama tidak kira ianya baju atau apa sahaja dari ekspresi. Cadangan lain, lebih baik pihak pengurusan membuat satu pertemuan dengan pelawat2 utk lebih mengenali. Saya merupakan bekas pelajar cikgu dan juga peminat setia yang sentiasa kunjung ekspresi sejak 5 tahun lepas. Terima kasih.

Terima kasih dengan email yang dihantar, kami tertarik dengan cadangan yang diberi dan sedar dengan kelemahan info yang kami berikan kini yang tidak berapa sesuai  terutama mereka yang telahpun masuk dalam bidang pekerjaan. Sebenarnya tidak semua kami dapat penuhi kerana kekangan yang kami hadapi terutama dari segi masa dan kos.

Jawapan kami :

  • Tambah artikel yang lebih menarik – Kami akan cuba fikirkan info lain dari kebiasaan dan akan tambah lebih gambar dalam artikel untuk lebih menarik
  • Cenderamata kenangan – Kami akan fikirkan untuk menjual cenderamata/ barangan kami sendiri. Tapi buat masa ini kami masih kekurangan tenaga kerja untuk menguruskan produk dan jualan.
  • Pertemuan, majlis – Buat masa ini kami tidak mampu untuk menguruskan program seperti dirancangkan, mungkin akan difikirkan apabila kami bersedia suatu hari nanti.

Diharapkan jawapan yang kami berikan itu mampu memberi kepuasan kepada pelawat dan sebenarnya kami sentiasa memberikan terbaik untuk mereka yang banyak menyokong kami sejak dahulu.

Bagi mereka yang ada cadangan dan komen bolehlah terus email kepada kami ( maklumat lanjut ) Terima Kasih

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Dan

Jika ingin berkongsi Artikel Seperti Di atas..

Sertai Pertandingan Penulisan Kami

Hadiah Terkumpul Sehingga RM 100

Maklumat Lanjut

MENARIK

Aplikasi Pendapatan 50k sebulan, hanya pengguna android dan smartphone sahaja Jana RM60,000 SEBULAN Dengan UBER Tanpa Perlu Membawa Kereta
Terhad 500 org shj : Bacaan digital Xpresi.org, Percuma ( Maklumat Lanjut ) Kekosongan Upah Tugasan Menaip dan Memasukkan data dari Syarikat Terpilih ( Maklumat Lanjut )

Apa Komen Anda :