Cara Dapatkan Salinan Keputusan Peperiksaan Yang Hilang

Cara Dapatkan Salinan Keputusan Peperiksaan Yang Hilang

by fiziesss on May 13, 2012

Hilang

Bila musim memohon pekerjaan atau pendidikan pasti masalah hilang slip keputusan samaada sijil PMR atupun SPM akan timbul. Sewajarnya setiap dokumen keputusan peperiksaan disimpan dengan teliti kerana ia mencatatkan keputusan peperiksaan serta tahap pencapaian. Perkara yang ingin di kongsi hari ini ialah bekenaan bagaimana untuk mendapatkan salinan keputusan peperiksaan awam seperti PMR dan SPM yang telah hilang dari simpanan masing-masing.

  1. Untuk mendapatkan salinan sijil keputusan peperiksaan semestinya perlu menghubungi Lembaga Peperiksaan untuk kes hilang ataupun rosak.
  2. Untuk memohon perlu datang sendiri bagi berhampiran dengan pejabat Lembaga Peperiksaan ataupun dibolehkan untuk melalui Pos bagi yang jauh.
  3. Untuk memohon perlulah mengisi borang LP/SIJIL/Pin 1/06 yang mana boleh didapatkan di kaunter Lembaga Peperiksaan ataupun boleh download borang yang disediakan di portal rasmi Lembaga Peperiksaan Muat Turun SINI.
  4. Bayaran proses dikenakan sebanyak RM 10.00 boleh dibayar dikaunter secara tunai ataupun melalui wang pos diatas nama Pengarah Peperiksaan ( cek persendirian tidak diterima ) sekiranya menghantar borang permohonan melalui POS.
  5. Sekiranya ada salinan sijil atau slip keputusan digalakkan disertakan supaya memudahkan lagi urusan pengeluaran salinan sijil keputusan.

Untuk makluman, kaunter di LembagaPeperiksaan dibuka pada waktu pejabat sahaja iaitu dibuka 8.30 – 4.30 petang pada dari hari isnin ke hari khamis dan hari jumaat ia dibuka pada pukul 8.30 pagi – 12.00 tengah hari disambung 2.45 petang sehingga 4.30 petang.

Salinan Sijil SPM dan PMR tahun 1994 dan selepasnya akan dikeluarkan 1 Jam untuk permohonan di kaunter Lembaga Peperiksan. Manakala proses dalam masa 7 hari bekerja tanpa mengira tempoh pejalanan pos diambil untuk permohonan melalui Pos.

Sijil asal boleh diambil di sekolah masing-masing bagi yang belum pernah mengambilnya dan sijil asal hanya ada satu di Lembaga peperiksaan hanya boleh diambil salinan sijil keputusan.

Alamat untuk maklumat lanjut, permohonan dan alamat untuk penghantaran POS :

LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BLOK E 11, KOMPLEKS E

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

PRESINT 1

62604 PUTRAJAYA

(UP: UNIT KECIL SIJIL)

TEL: 03-88843526/3528

Diaharapkan maklumat yang disediakan ini dapat membantu calon yang kehilangan atau rosak sijil keputusan peperiksaan masing-masing untuk memohon pekerjaan ataupun melanjutkan pelajaran.



PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Panduan Permohonan

{ 4 comments… read them below or add one }

fauzihamid January 3, 2013 at 11:40 am

saya berasal daripada sabah tetapi menetap di johor bahru, adakah saya perlu balik ke sabah untuk mengambil semula slip pmr saya yang hilang?

Reply

MOHD FADHLI December 29, 2012 at 11:34 am

saya ada terbaca dalam blog lain…kalau mahu dapatkan salinan secara pos mesti di sertakan degan satu laporan polis..betul ke?

Reply

Wandrina Binti Haruddin December 5, 2012 at 8:37 am

saya telah membuat permohonan sijil pmr saya yg hilang, tp saya masih x terima salinan sijil saya sampai sekarang….boleh saya buat semakan, samada permohonan saya ada masalah atau tidak…?

Reply

nor suriati bt samat October 2, 2012 at 12:20 pm

bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula sijil spm saya yang dah hilang.

Reply

Leave a Comment

Makluman : TIDAK semua komen/pertanyaan akan dijawab oleh admin/staff xpresi, Kami sibuk dengan urusan pentadbiran, informasi dan pertanyaan khas lain. Walaubagaimanapun, komen/pertanyaan terpilih sahaja akan kami jawab atau dibuatkan penulisan khas. Kami amat berterima kasih jika anda turut sama menjawab/ berbincang dan membantu rakan lain.

PERINGATAN: Anda dilarang untuk memperkatakan tentang politik ataupun mempersenda cara hidup, individu, kaum mahupun agama lain. Bantulah diri, bantulah saudara anda, cintailah kedamaian, tingkatkan iman, bertindaklah dengan bijak serta bermuafakatlah demi kesejahteraan bersama.
*

Previous post:

Next post: