Cara Kira Kenaikan Gaji Baru SBPA 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Seperti dijanjikan setelah mengetahui tangga gaji SBPA baru 2012, pengiraan perlu untuk mengetahui gaji sebenar atau kenaikan yang diperoleh dengan menggunakan skim gaji SBPA . Seperti yang diberitahu sebelum ini, tangga gaji T sekarang bukan boleh terus dirujuk pada jadual SBPA kerana T tersebut akan mengalami penurunan.

Dibawah adalah cara pengiraan bagi gred guru DG41, pengiraan dibawah juga digunapakai untuk gred-gred lain yang menggunapakai skim SBPA.

Jadual gaji SSM lama guru DG 41

T9

T10

T11

T12

T13

T14

2419

2509

2600

2690

2781

2871

Info Tambahan :  YPJ 2023: Permohonan, Syarat dan Panduan Lengkap

 

 

Jadual gaji SBPA baru guru DG 41

Langkah Pengiraan Gaji Baru

Cth Kes : Gaji Ali DG 41 sekarang ialah rm 2690 iaitu T12 rujuk jadual SSM lama diatas.

  1. Langkah pertama, naikkan ke T13 iaitu RM 2781
  2. Cari gaji yang berhampiran dengan RM 2781 di jadual SBPA DG 1-1 ( DG41 )
  3. Gaji berhampiran dengan RM 2781 di SBPA ialah T4 ( RM 2600 ) dan T5 ( RM 2825 )
  4. Pilih yang paling hampir ke depan, T5 ( RM 2825 )
  5. Jadi, gaji baru Ali ialah RM 2825 berbanding dahulu ialah RM 2620 dengan perbezaan RM 205 dari dulu.
  6. Sekian, dah tamat..xperlu nak pandai2 tambah lagi.. 🙂
  7. Satu lagi lupa nak tambah..gaji lepas dikira tu RM 2825 tu ialah pada januari 2012..dia akan naik lagi ikut kenaikan tahunan SBPA mengikut bulan kenaikan masing-masing tahun 2012 tu..kalau kenaikan bulan 3 untung la..naik lagi rm 225..
Info Tambahan :  Pengalaman Belajar Luar Negara: 6 Kelebihan dan Kekangan

Pengiraan diatas untuk gaji SBPA baru 2012 adalah yang ditaklimat kepada saya sebelum ini, mungkin ada kesalahan pemahaman dari saya dalam cara mengira diatas. Jika ada pembetulan atau informasi tambahan, silalah hubungi saya dengan segera, demi kebaikan bersama..

 Update 7/3/2012 : Cara Kira diatas adalah tidak relavan lagi. Ia hanya untuk rujukan arkib, Hal ini kerana semakan baru telah dibuat dan bakal diumumkan Perdana Menteri pada 8/3/2012

88 thoughts on “Cara Kira Kenaikan Gaji Baru SBPA 2012

  1. saya nak tanya ni..sebab kerani saya cakap gaji saya melebihi satu tangga kenaikan dari yang sepatutnya.Jadi dia nak saya buat bayaran balik.Saya lantikan 1.11.2007 dan kenaikan gaji saya pada bulan oktober.Jadi disini berapakah gaji pokok saya pada bulan julai 2013 ini setelah dicampur dengan kenaikan yang diumumkan ole PM hari tu.sekian..terima kasih tolong selesaikan masalah saya

  2. SBPA tak adil saya berada di DG41 p3…gaji lebih dari kawan yang sama tahun kerana lulus ptk..saya berusaha keras untuk lulus..dan saya dapat P3..sekarang ni..kawan2 gelakkan saya kerana PTK lulus pun tak guna sebab akhirnya gaji sama jugak dgn mereka kerana SBPA…so SBPA tak adil…tak kiralah kalu diberi kenaikan Januari pun…tahun itu akan sama juga gaji nya dengan orang lain…

  3. sekadar ingin suarakan.. mengapa perlu tau tangga gaji JUSA klu tidak ada kena mengena dgn urusan kita.. Klu pun gaji JUSA naik beribu2 pun, itu mmg setimpal dgn tugas dan beban yg ditanggung.. raykat malaysia perlu sedar..takkan selama-lamanya asyik nak harapkan gaji tinggi dari kerajaan.. klu nak gaji tinggi berusaha.. Mulalah bersyukur..Kurangkan complaint!

    1. Ia kata2 tuan ada asasnya.. sepatutnya kita perlu bersyukur dan menghormati mereka yang lebih lama dan terlebih dahulu menghadapi kesukaran dari kita.

  4. slm..sy nk tye..klu sy DG41..t5..disember 2011…cmne nk kira kenaikan januari ni?trikh pergerkn gji thunan buln januari.

  5. Macam ni…

    gaji saya 2011 P2T12 = 2831.29
    tahun 2012 P2T13 = 2925.91
    gaji mengikut SBPA = 3050.00 (dg1-1 t6)

    yg kat atas tu saya faham & jelas…

    yg tak jelasnya ialah berkaitan dengan tarikh pergerakan gaji…

    kalau ikut jadual kat sini http://azzaferoz.blogspot.com/2011/12/contoh-1-pemindahan-gaji-dg41-ssm-ke.html tarikh pergerakan gaji dg41P2T12 ialah pada April manakala DG41P2T13 ialah pada bulan Januari..
    soalan saya: saya ni sepatutnya naik gaji januari atau april?

    kalau ambil kira gaji 2011 (DG41 P2T12) : April
    kalau ambil kira gaji 2012 (DG41 P2T13) : Jan

    so.. yang mana satu??

    terima kasih..

  6. salam,

    dr contoh tuan, mengikut sbpa, gaji ali telah jatuh tangga berdebuk debuk dr t12 ke t5. patut nya kalau x naik tangga turun la ke tngga yg sama, kalau setakat naik rm200 x perlu lah nak tukar skim bagai, malah kenaikan yg pak lah bg pada 2007 jauh lebih byk.

    gaji e41 p1T12 ialah rm2337 & kenaikan pd 2007 ialah rm2688. beza rm350.

    yg untung hanya pengurusan tertinggi. gaji jusa melambung tinggi, x perlu dinafikan kerana dalam keluarga saya ada pemegang jusa.

    bukan tidak bersyukur, tetapi ini tidak adil. malah skala gaji juga dirahsiakan. sgt tidak telus. kenapa nak rahsia2.

    maaf saya tahu tuan tidak bersalah saya hanya ingin meluahkan perasaan.
    maaf jika terkasar bahasa

    1. Salam, tak apa..terima kasih sebab memahami..saya tak boleh campur urusan ni. 🙂 tapi mungkin ada rakan lain yang ada penjelasan lain atau menyokong 🙂

  7. salam. saya nak tanya, gaji saya skrg ni dah mati di dinding dg52 sbyk rm6904.. dr pengiraan tuan patut nya dinaikkan satu tngga kemudian turun ke sbpa tangga yg terdekat. so dalam kes saya ni, dah tidak ada tangga dah nak naik, boleh tuan tunjukkan mcm mana nak kira? terima kasih

    1. Salam.. 🙂 ye la..dah xde tangga..kne pakai tali la plak 🙂 kalau ikut taklimat sebelum ni.. kak rose perlu tambah sendiri RM 290, jumlah akhir itu kak rose pilih terdekat di skim SBPA baru 🙂 harap membantu..apa yang saya faham la..tak tahu la kalau saya salah faham 🙂

  8. Salam, jika tangga gaji saya pada thn 2011 p1t12 RM 2690. Mengikut ssm 2012 p1t13 RM2781. Apabila dipindah ke spba RM2825, hanya kenaikan RM 43. Soalan saya adakah betul pengiraan ini. Bagaimana kenaikan gaji saya jika bermula bulan Jan.

    1. RM 2825 – Rm 2690 = rm 135, jadi kenaikan SBPA hanya Rm 135.00. Bagaimana pula dengan kenaikan tahunan, jika kenaikan tahunan adalah pada bulan januari. Adakah tunggakan akan diberikan.. terima kasih.

  9. Salam bro, saya ada kekeliruan dengan pemindahan gaji ke sbpa bagi mereka yang memegang pemangku DG44. Tahun lepas (Mac 2011) saya dilantik guru akademik memegang pemangku DG44 (sekarang menunggu pengesahan). Gaji masih berdasarkan hakiki DG41 + elaun pemangku. Kerani saya tak faham, jadi sayapun tak faham la pulak. Nak tanya, apa tangga gaji saya untuk SBPA di DG1-2 awal tahun 2012? (sebab saya difahamkan fungsi pemangku dan KUP sudah ditiadakan dalam SBPA – terus serap…)

    Terima kasih banyak-banyak.

    1. Salam, susah sy nak bantu..lagipun sy kurang berkelaman tentag ni..memang ada dibincang hangat pasal kUP, memangku ni..tapi sekadar pendapat sy..ia ikut gaji akhir saudara..kalau memang dah ada suarat pelantikan ke dg 44..maka boleh la lihat gaji terhampir di DG 1-2 seperti yang sy beritahu diatas.. harap membantu 🙂

  10. TAPI ADA YANG CAKAP SIAPA YG KENAIKAN BULAN JAN TAK NAIK DAH GAJI UTK SATU TANGGA LAGI TAHUN 2012 NI. KENA TGU TAHUN DEPAN PULAK UNTUK KENAIKAN. BETUL KE? KALAU BETUL ITU KAN TAK ADIL BG YG NAIK BLN JAN?

    1. Ada yang tak naik..sebab ia ikut perkiraan tertentu..susah nak gambarkan..untuk pengiraan yang ditunjukkan tu dah betul..cuma jumlah akhir tu samaada perlu dinaikkan 1 lagi anak tangga atau tidak tu bergantung pada ketetapan yang sedia.. maksudnya jika memang dah naik lebih dari RM 300 dari asal tu memang sah xperlu lagi nak tambah 1 lagi anak tangga..

    2. cuba lihat pada surat tawarab opsyen, jumlah gaji pada 1 Jan 2012 telah siap2 diberikan gaji yg sepatutnya. MMg dh diberikan kenaikan gai tersebut dalam surat tawaran tu.

    1. rasional nya untuk membezakan antara org yang dapat T yang lebih tinggi dalam kumpulan gaji yang dibacket kan. katakan T1 = 1000; T2 = 1500; T3= 2000. semua nak gerak ke T1 dalam SBPA iaitu RM3000.
      So, org yang yg berada di T1 akan naik bulan Jan, T2 bulan April, T3 bulan julai. kalau semua naik sama je, nti tak nampak perbezaan antara org lama dan org baru, yang membezakannya adalah tarikh kenaikan gaji wlpn gaji mereka sama dalam tahun tersebut

      1. dlm surat tawaran dia cuma tulis kenaikan gaji ke sbpa mengikut jumlah tertinggi yg terhampir. Itu belum dinaikkan ke gaji tahunan mengikut bulan kenaikan gaji….mcmana pulak u boleh kata gaji dah dinaikkan…..

        1. Setiap orang mempunyai bula kenaikan masing-masing.. jika sampai bulan kenaikan januari atau april atau julai, maka gaji akan dinaikkan mengikut kenaikan SBPA..Buka saya yang cakap 🙂 yang diberitahu menerusi taklimat. 🙂

          1. En fiziess…sori sy refer pd jawapan en ibrahim ahmad kt atas tuh bukan yg nih….sy trsalah reply comment….anyway tq for your answer..

  11. assalamualaikum…
    saya ade sedikit kekeliruan… dah tanye kerani, kerani pon x bape phm… tahun 2011 sy t7 (rm2238.55)… ikut sbpa sy akan ke t8 (rm2329.00) dan gaji terhampir di sbpa ialah rm2375… kenaikan gaji tahunan pd 1 januari… kemusykilan saya timbul apabila ade yg menyatakan gaji kumpulan kami pd tahun depan rm2375 tnpa sebarang kenaikan kerana kenaikan kami pd 1 januari… tetapi bg yg t6 ke t7, gaji same iaitu rm2375 tetapi kenaikan 1 april akn berganjak gaji ke rm2600… btol ke?.. kalau betul, kumpulan kami rugi la sbb junior (t6 ke t7) dh ke hdpn…

    1. Waalaikumussalam..Pendapat saya akan naik..tak pe.nanti sampai masanya saya akan terbitkan di xpresi bagai mana untuk lihat gaji kita terkini secara online..

    2. tuan dapat kenaikan terus ke rm2600 dalam gaji bulan jan ni. tetapi bergantung pada bracket. kalau hanya 2 gaji yang dibracket kan. tuan akan dapat gaji tu dalam bulan Jan ni. Junior tuan akan naik pada bulan April nnti ke 2600.

  12. Salam
    Briefing yg diberi oleh GB saya tak lengkap lansung jadi saya pun dah bingung.
    Katakan saya berada di P2T8, dg41..pergerakan gaji Januari. Bagaimana dgn pengiraan yg baru? Dalam form yg diberi, gaji baru ialah rm2600.

  13. Assalamualaikum,

    Maaf saya pohon sedikit pedoman dan penjelasan

    Katakan kesnya begini:

    Gaji SSM (P1 T5): RM2,050.69 – kenaikan gaji 1 Julai

    Gaji SBPA pada 1.1.2012 : RM2,370 (T3) – kenaikan gaji 1 Jan

    Jadi;

    berapa gaji baru saya pada Januari 2012?? Adakah:
    1) RM2,370 (T3), atau
    2) RM2,595 (T4) *berdasarkan perubahan pergerakan gaji setiap 1 Jan

    Terima kasih tuan!

  14. Salam…nak tanya..sepatutnya januari 2011 sy patut dapat gaji T6 (2148.10) tp sampai sekarang sy masih mendapat gaji T5(2057.65).Adakah sy akan mendapat tunggakan ini? last week sy dh sign borang sbpa menyatakan gaji baru jan 2012 sebanyak rm2150 disebabkan slip gaji dec terkini rm2057.65. Sepatutnya sy mendapat rm2375. sy rasa frust sgt. Dalam borang sbpa juga menyatakan kenaikan bulan gaji sy ialah Januari. Sepatutnya kenaikan bulan April. Sy pun pening kenapa boleh jadi macam neh.

    Soalan saya:
    1. Adakah sy akan mendapat tunggakan jan 2011-dec 2011 yg sepatutnya sy dpt selepas sign sbpa?
    2. Adakah sy akan mendapat gaji SBPA rm2375 yg sepatutnya sy dpt jan 2012 selepas sign borang sbpa yg mklumat sy salah itu? (sebab kerani tgk slip gaji dec terkini iaitu 2057 walaupun sebenarnya gaji sy patut naik 2148 thn neh)
    3. Adakah sy akan dpt bulan kenaikan gaji yg betul iaitu April walaupun dalam borang sbpa menyatakan Jan sbb tgk gaji lama yg x naik2 lagi tu.

    Diharapkan tuan dpt mnjawab soalan ini. Terima kasih.

    1. Salam, saya cuba sekadar mampu..
      1) Mungkin dapat..tapi kena tanya kerani dan phak JPA dulu..memang ada berlaku macam ni, sebab tak update kenaikan gaji sebelum ni.
      2) Dalam sistem gaji, jika berlaku kes macam ni, tarikh mula2 jadi guru dahulu diambilkira..jangan bimbang..kalau ada tertinggal InsyaAllah akan ada tunggakannya..
      3) Untuk SBPA ni memang ada kenaikan untuk januari dan april

      Untuk maklumat lanjut dan lebih bertepatan..cuba email pada [email protected] sebab selalunya sebelum ini jawapan yang diberi agak memuaskan..
      Harap membantu..

  15. Dlm ssm, tahun 2012 saya layak ke DG44 secra timebase berdasarkn formula 3+5 = 8 TAHUN (dlm DG41)……apakh saya layak ke dg1-2 dlm SBPA Pada thn 2012

  16. Salam SBPA..saye nk tanya tenttang tunggakan gaji..klu di ikutkan SSM, kenaikan gaji saya pada bln januari tp apbila rujuk SBPA, knaikn gaji saya akan bermula pada bulan Julai..adakah saya akan dapat tunggakan gaji dari bulan Jan hingga Jun ikut SBPA? atau saya akan dapat gaji dr bulan Julai sahaja..harp beri pnjelasan..TQ

    1. Salam, saya tak pasti tentang tu..tapi kalau ikut yang diberitahu pada saya sebelum ni..bulan kenaikan yang diteteapkan tiada dibayar tunggakan..cuma yang saya tahu ada tunggakan untuk gaji bukan januari-mac tahun depan..bagi yang mula januari 2012..

  17. a’kum tuan. mintak tolong kirakan gaji sbpa sy. sy pening. tarikh lantikan tetap sy adalah januari 2009 dengan tangga gaji t4. tahun 2011 tangga gaji saya T6. Jadi berapakan gaji baru saya yg akan diterima januari 2012?Terima kasih

  18. Salam sy DG44 P1 T3 mengikut SPBA berapa gaji sy akan dapat serta kenaikan….coz macam versi yg sy terima mohon penjelasan tq

    1. Sama je macam yang saya terangkan diatas..cuma yg terbaru bagi kenaikan bulan mei-disember boleh terus tambah satu lagi kenaikan selepas mengira..untuk febuari-april xperlu tambah lagi..:)

    2. P1T3 = RM3283.55, a)Naikkan kpd T4 jadi RM3433.83, b)Cari RM yg terdekat sikit atas dlm SBPA DG1-1 iaitu RM3500 (T8). Dapat untung (RM3500 – RM3283.55 = RM216.45 sebulan). Kenaikan gaji tahunan 2012 lagi mari ada ikut tarikh kenaikan tahun lepas.

      1. Terima Kasih kerana membantu Roslan..:) cuma yang RM 3433.83 tu bukan kne rujuk SBPA dg 1-1..rasanya rujuk DG 1-2 sebab hanny dah dg 44.. jadi kne tengok DG 1-2 T3 Rm 3485 tambah satu lagi kenaikan iaitu T4 .. Selepas SBPA RM 3735

  19. salam 1Malaysia,saya ada bwt pengiraan gaji untuk dg41 t10 t11 dan t12.
    adakah pengiraan saya ini betul…….sbg cnth t10 2011 adalah RM2505.90 akan anjak ke t11 RM2600.35 kemudian diturunkan ke t4 sbpa iaitu RM 2600.00 ( jadi gaji saya dah kene potong sebanyak RM 0.35 ) dan akan dianjak lagi ke t5…….tapi untuk t11 akan ke t12 jadi 2690.80 dan akan juga dianjak ke t4 iaitu rm 2600.00 – jadi gaji kene potong RM 90.80 dan dianjak ke t5…..betul ke pengiraan saya ini..terima kasih

    1. Dari DG41, gaji dipindahkan ke gaji yg sama dlm DG1-1. Kalau xada yg sama, dipindahkan ke gaji yg lebih tinggi sikit. Ia tidak dipindahkan ke gaji yg lebih rendah.

  20. Gaji lama saya P1T7 RM2238.55 (3 tahun bekerja), gaji baru RM2375. Rakan saya P1T8 RM2329, gsji bsru RM2600(5 tahun bekerja). Dia mendapat kenaikan sebanyak RM271, sementara saya hanya mendapat kenaikan sebanyak RM136.45. Jika dibandingkan dengan skim gaji lama dengan skim gaji baru, saya hanya mendapat kenaikan RM46 sahaja. Rakan saya pula mendapat kenaikan RM180.55. Adakah perubahan ini adil?

    1. Rasanya puan soo dah tersilap kira. Saya sama je dgn puan soo. Guru dg41 dgn tgga gaji p1t7 rm2238.55. Mula2 anjakkan gaji ssm ke t8 iaitu rm2328.55. Selepas itu, lihat pada jadual gaji sbpa terhampir iaitu antara t3 ke t4. Pilih yg jumlah terhampir tinggi bukan yg rendah. Jadi gaji basic utk tahun 2012 ikut sbpa adalah rm 2600. Itu belum tmbah utk kenaikkan tahunan. Rasanya kalo sy x silap.

  21. Apa yg sy faham dr surat penerimaan SBPA (dah sign semalam) tangga gaji asal dlm SSM tidak berubah ke T yg seterusnya. Penyelarasan ke gaji terdekat (yg lebih tinggi) dlm SBPA mengikut gaji yg diterima kini. Betul ke?

  22. Kalau saya berada di P1T4 DG44 dan kenaikan SSM pada Julai..berapa gaji Januari saya dan bila pula kenaikan seterusnya?

  23. Bbyk2 atas penerangan dan perkongsian maklumat ttg sbpa. sesuatu yg baharu mmg memeningkn kepala lbh2 lagi mlibatkn gaji. Soalan sya ialah; apabila bersetuju menandatangai opsyen sbpa, bilakah kita mula merasa nikmat gaji baharu ini? Adakah bermula hujung Januari? atau selepas itu? dan adakah diberi tunggakan ikut tarikh pergerakan gaji? Adakah dlm sbpa tarikh kenaikan gaji tahunan saya akan ikut SSM dahulu?
    Soalan kedua, saya sdh mnghdiri tduga kenaikan pngkt dg41 pd april 2010, slps spp membekukan urusan tduga yg utk permohonan baharu, sya tertanya2 bilakah pmbkuan ini akn ditarik balik? Adakah slps plksnaan sbpa?
    Soalan ketiga sya..bgmana dgn elaun2 yg guru nikmati spt ew,eka,itp,dll akan dkekalkan atau dinaikkan ikut ssm?

    1. Bilakah kita mula merasa nikmat gaji baharu ini?
      Kita akan mula terima pertengahan januari 2012 ni..

      Adakah bermula hujung Januari?
      Tidak

      Adakah diberi tunggakan ikut tarikh pergerakan gaji?
      Tidak, kalau yang lepas2 tidak diberi..

      Adakah dlm sbpa tarikh kenaikan gaji tahunan saya akan ikut SSM dahulu?
      Betul..ia ikut kenaikan bulan dahulu..

      Saya sdh mnghdiri tduga kenaikan pngkt dg41 pd april 2010, slps spp membekukan urusan tduga yg utk permohonan baharu, sya tertanya2 bilakah pmbkuan ini akn ditarik balik? Adakah slps plksnaan sbpa?
      Saya tak berapa pasti, mungkin akan di sambung semula..

      Bgmana dgn elaun2 yg guru nikmati spt ew,eka,itp,dll akan dkekalkan atau dinaikkan ikut ssm?
      elaun2 tu ada beberapa perubahan sikit..yang mana mengikut peratus tu akan berubah..mana yang tetap tu tidak akan berubah.

      * Sekadar apa yang telah saya difahamkan melalui info pelawat xpresi dan kawan2 lain..kalau nak lebih tepak sila rujuk hotline SBPA..

          1. Sama2..satu lagi, maklumat terbaru yg saya terima..bulan kenaikan tahunan untuk kenaikan mei hingga disember terus naik pada bulan januari ni..hanya yang bulan april sahaja yang kekal..bemakna..lepas pengiraan diatas..mereka yang gaji naik bulan mei-disember boleh terus tambah satu lagi T..untuk kenaikan April tak perlu tambah lagi..

          2. a’kum…td tuan ckp sesiapa yang kenaikan bulan gaji mei-dec perlu tambah T lagi. Bagaimana kalau dengan kenaikan bulan gaji januari?Perlu tambah T tak atau kekal?

  24. assalam..

    maaf yea sy masih x pasti, ikut sbpa tahun ke8 dlm dg1-1 telah layak utk kenaikkan dg1-2 jadi kalau thn 2011 ialah thn ke9 dlm dg41..mcmana nak kira tu skali dgn kenaikkan dg1-2??

    1. Waalaukumusaalam, untuk kenaikan ke dg 1-2 tu kena betul2 dapat pengesahan dulu..kalau betul2 dinaikan..boleh mengambil jumlah berdekatan di dg 1-2 gaji akhir mengikut cara kira SBPA tu..

  25. assalamualaikum.
    Kenapa tannga gaji guru diatas berlainan dengan yang lain. Contoh t5 – 2825. Satu lg t5-2845. Yg mana satu terkini?

  26. terima kasih atas penerangan pengiraan tangga gaji sbpa….contoh yg diberikan mmg kene dgn batang hidung saya…yg kini p1t12…dan betul seperti yg dicatatkan dlm borang yg ditandatangani sy akan dpt rm 2825 untuk 1.1.2012…dan kenaikan sy bulan jan..yg sebelumnya bulan julai…kat situ sy ade kompius sikit….

    dan untuk kenaikan jan..adakah sy masih perlu tunggu untuk 2013 baru dpt T6?…sbb sudah dinytakan dlm borang yg akan diterima 1.1.2012 dan kenaikan jan hanya rm 2825…. atau sepatutnye dinyatakan terus rm3050?
    atau nnti backdated?

    kat sini juga kita boleh lihat hilangnye seniority setahun/2 thun tarikh lantikan sbb dlm tangga gaji yg sama untuk sbpa

  27. Mengikut kata kerani sekolah saya , gaji tangga P2 diselaraskan jadi P1 . contoh DGA-29 , P2T5 diselaraskan jadi DGA29, P1T5 dan tangga gaji tahun depan ialah DG2-1 ialah RM1850, padahal ikut gaji terdekat daripada P2T5 ialah DG2-T4 RM1995.
    Betul ke kaedah kiraan kerani aku ???????

    1. Aduhai pening saya kalau nak kira untuk DGA29 plak 🙂 saya buat pengiraan untuk DG 41 @ DG 1-1 je yang saya difahamkan..yang lain2 tu baik rujuk kerani sekolah yang boleh dipercayai.. 🙂 ada sape yang boleh bantu??

  28. Asalamualaikum,
    Gaji saya sekarang RM3283.55 (T3- DG44) manakala gaji kawan saya berada pada RM3133.27 (T2- DG44).
    Setelah membuat pengiraan saya dapati gaji saya dan kawan saya berada pada kedudukan yang sama dalam SBPA iaitu RM3485. Apakah pengiraan yang saya lakukan itu betul?, tolong tuan perjelaskan…

    1. Waalaikumussalam..saya kira tadi pun sama..tapi mungkin kenaikan bulan kenaikan gaji berbeza kot..mungkin yang gaji sarah yang naik dulu..apa2 pun cuba tanya pendapat kerani kewangan sarah..

  29. berdasarkan Pekeliling SBPA, guru DGA32 akan mendapat lebihan kenaikan sebanyak RM50 sahaja tidak seperti yang diwar-warkan kenaikan minima 7%

    1. yang dimaksud kan dengan kenaikan 7% – 13% tu adalah kenaikan keseluruhan. bukan kenaikan rm50 tu sahaja. Kerajaan dh bgi kenaikan 1 mata tangga dalam SSM bila menerima SBPA. pastu campur dgn jumlah gaji terhampir dalam SBPA pastu campur dengan kenaikan tahunan (KGT) dalam SBPA mengikut bulan kenaikan. Banyak tu. Kalau tak ada SBPA, kenaikan tuan hanya dari T3 ke T4 (contoh sahaja). itu sahaja. Tp bila pilih SBPA, dh lah naik T3 ke T4, pastu digerakkan lagi ke gaji terhampir dalam SBPA (yg ni mungkin tak banyak) pastu kenaikan tahunan dalam SBPA mengikut bulan kenaikan gaji. Cuma tgk beza dia.. ada ke rm50 sahaja? tak kan?????

      Saya ni baru nak dipanggil taklimat 21hb ni, ntah macam mana lah jadual gaji untuk skim DS ni. tak tahu jadual. nak tgk jadual gaji DG tak sama plak. hehehehe.

    1. Macam tu la..kalau P2 T 12..tengok yg P2 T 13 di ssm..jumlah yg P2 T 13 tu tengok yg hampir dan lebih di SBPA baru..pastu nanti bulan oktober akan naik lagi rm 225..

      1. saya nak tahu berapa gaji saya utk 2012 bwh sbpa
        sekarang p2t7 tpg januari
        sepupu saya p1t7 tpg januari…

  30. salam…. mengikut apa yang saya tahu plak… sekarang tuan berada di gred SSM T13… so taun depan akan naik kepad SSM T14… lepas tu baru lah berpindah kepada SBPA T6

  31. salam tuan,
    terima kasih atas maklumat. Saya tak pasti betul atau tidak apa yang tuan terangkan tetang cara pengiraan di atas. Tuan kata perbezaan gaji dahulu dengan SBPA adalah RM205. tetapi gaji guru tersebut jika tidak ada SBPA dia akan tetap naik ke T13 (RM2781). ini bermakna kenaikan gaji sebenarnya adalah 2825-2781 = RM44 sahaja.

    Apa yang saya paham sebenarnya pengiraan tuan di atas betul pada langkah 1 hingga 4. Kenaikan gaji dari T12 hingga T13 adalah kerana ganjaran yang kerajaan berikan kerana memilih SBPA. tetapi setahu saya selepas langkah ke 4 tu, anjakan gaji tahun 2012 akan diberikan kepada semua PA mengikut bulan kenaikan gaji samada Jan, April, Jul dan Oktober. Ini bermakna gaji guru DG1-1 yang naik pada bulan Jan mereka akan mendapat gaji pada T6 iaitu RM3050. Lihat semua penerangan pada lampiran C dalam slide yang disediakan. tq

    1. Cara pengiraan tu dah betul tapi belum tambah dengan KGT rm225. Jadi gaji ali tahun 2012 adalah rm3050 dan rm225 itu adalah mengikut pergerakan gaji beliau pada bulan berapa. Kalau januari, dalam bulan 3 atau 4 baru dapat basic 3050 bergantung kepada kelulusan jabatan. Sekian.

        1. SALAM…TANGGA GAJI UTK YANG DGA 29 P2T7 DAN DGA29 P1T7 (2011)…ADAKAH DI BAWAH SBPA TANGGA GAJI AKAN MENJADI SAMA PADA 2012? TPG JAN

Leave a Reply to riza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *