Cara Membuat Resume dan Contoh Resume Temuduga

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Cara Membuat Resume dan Contoh Resume Temuduga 1
Resume

Setiap kali ingin di temuduga pasti resume merupakan sesuatu yang disebut-sebut. Bagaimana cara membuat resume? Diakhir penulisan ini saya sertakan sekali contoh resume temuduga untuk diberikan percuma kepada calon temuduga. Resume merupakan sesuatu dokumen yang tidak kurang penting kerana ia menggambarkan secara ringkas maklumat penting diri berkaitan maklumat peribadi, kelayakan, pengalaman dan rujukan. Melalui penyataan ringkas dan berpusat ini senang memberikan gambaran awal kepada penemuduga untuk bertanya soalan dan membuat pilihan.

Apa yang perlu ada di resume?

Baiklah, dibawah saya sertakan contohkan resume:

Hafiz Muhsin

No. 119, Jalan Serunding

18500 Machang

Kelantan Darul Naim

 

OBJEKTIF DAN MATLAMAT KERJAYA

Menyumbang dalam bidang pendidikan dengan minat mendidik demi menyediakan insan yang berilmu, beretika dan mampu menjadi insan yang berkebolehan menjana kelebihan diri untuk masa depan yang cemerlang.

 

 MAKLUMAT PERIBADI

Nama Penuh: Hafiz Muhsin

Umur: 21 tahun

Tarikh lahir: 21 Ogos 1985

Bangsa: Melayu

No. K/P: 85xxdd-mm-aaaa

Warganegara: Malaysia

 

Info Tambahan :  Langkah-Langkah Kerjaya Berjaya di LinkedIn 2023

MAKLUMAT PENDIDIKAN

Institusi: Universiti Sains Malaysia

Bidang Pengajian: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Geografi

Kelulusan: Kelas Kedua Kepujian

Tamat: Ogos 2008

Institusi: SMK satu dua tiga

Bidang Pengajian: Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia STPM

Kelulusan: 3.5

Tamat:Julai 2004

Institusi: SMK satu dua tiga

Bidang Pengajian: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Kelulusan: 5A 2B 1C

Tamat:Julai 2000

 

PENGLIBATAN KO-KURIKULUM

  •  Pengerusi, Kelab Alam Sekitar, Universiti Sains Malaysia, 2007
  • Presiden, Badan Pengawas Sekolah, 2001
  • Mewakili Daerah Machang  dalam sukan bola sepak, 2000
  • Pengerusi/ Sarjan Mejar dalam pasukan Kadet Polis, 1999
  • Mewakilli sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, 1999

 

KEMAHIRAN

  •  Mahir bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Kemahiran menggunakan applikasi komputer termasuk MS Office (MS Word,Excel dan Power Point)
  • Tahap penulisan (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) yang baik
Tamat ( Jangan tulis ini )  😛

 Tips

Sedikit tips, sekiranya menulis resume kadangkala perlu mempunyai maklumat tambahan lain seperti pengalaman kerja, kebolehan. Saya galakkan sahabat untuk menerbitkan kelebihan diri dan nyatakan pengalaman-pengalaman yang berkaitan dengan pekerjaan yang dipohon. Tuliskan secara ringkas dan tepat.

Info Tambahan :  3 Panduan Portfolio Bidang Kreatif vs Teknikal

Diakhir resume perlu mengandungi nama rujukan untuk dihubungi supaya senang proses penilaian dibuat.

Bahan Resume

Mungkin ada antara kita yang mahukan softcopy resume untuk di download. Saya secara sukarela ada sediakan softcopy, tetapi resume ini sebenarnya ia mengikut keperluan dan kriteria pemilihan semasa temuduga. Resume yang ada ini pernah saya gunakan kepada beberapa anak didik saya yang kini berjaya ditawarkan dalam bidang pendidikan dan kerja. Tetapi resume yang ada bukanlah dijamin berkesan atau tepat, resume ini sebenarnya sebagai “kit” salah satu kelengkapan sahaja untuk ditemuduga. Bagi sahabat yang ingin mendapatkan contoh resume bolehlah sahabat muat turun pada pautan yang disediakan :

Update : Sekiranya anda inginkan softcopy lengkap Resume BM di bankpks.com bolehlah hubungi/ sms saya di 0111-3228681 ( yuran keahlian bankpks.com 1 tahun hanya RM 5 ) Anda bebas mendownload resume, ebook dan banyak lagi disana ) ( Maklumat Lanjut )

Resume yang diberikan diatas adalah relevan untuk permohonan beberapa kerja, Semoga Berjaya.

 

12 thoughts on “Cara Membuat Resume dan Contoh Resume Temuduga

Leave a Reply to Amim Blog Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *