Cara Memohon IPTA/ TEVT dan ILKA UPU Online 2012

Cara Membuat Permohonan UPU Fasa 1

Permohonan UPU bagi kemasukan ke IPTA, TEVT dan ILKA untuk fasa 1 telahpun bermula. Bagi lepasan SPM yang berminat mengambil sijil, diploma atau asasi di Institut Pengajian Tinggi Awam ataupun di politeknik, atau Institut latihan kemahiran bolehlah cuba memohon.

Sebenarnya saya banyak menerima soalan bagi yang baru memohon tentang cara ingin memohon di permohonan online upu ini. Walaupun permohonan adalah tidak terlalu sukar, tetapi masih ada yang tidak tahu dimana butang permohonan yang mana langkah pertama ingin membuat permohonan. Kadangkala ada yang sampai melenting kerana sudahpun membeli no ID di BSN tetapi tidak boleh membuat permohonan.

Untuk pengetahuan pemohon fasa 1 ialah permohonan UPU lebih kepada pengisian maklumat pemohon iaitu membuat daftar masuk, mengisi maklumat peribadi, maklumat pekerjaan ibu, bapa penjaga, maklumat akademik dan maklumat kokurikulum.

Untuk fasa 2 data yang diisi masih boleh dikemaskini ditambah lagi pengisian untuk pilihan kursus pemohon masing-masing.

Pemohon yang telah mengemukakan Permohonan FASA 1  WAJIB mengemukakan permohonan Fasa 2 yang akan dibuka untuk capaian mulai 09 Januari 2012.

Setelah saya kumpul maklumat pertanyaan, kebanyakan yang bertanya mengalami masalah untuk mencari butang untuk memohon, bagi membantu saya ada sediakan sedikit gambarajah dan cara untuk memohon, cubalah baca dan fahami betul-betul segala manual permohonan yang diberi oleh pihak UPU.

Cara Membuat Permohonan UPU ( First Step )

Selepas mendapatkan no PIN, Unik ID di BSN bolehlah untuk ke https://online.mohe.gov.my/upu/onlineupu/

 

UPU 1

Pilihlah jenis permohonan anda seperti gambar diatas. ( jika keliru dengan jenis permohonan anda boleh klik apa itu IPTA? disebelah bulatan gambar diatas )

UPU 2

Selepas memilih Jenis Program dan Program Pengajian, klik pada butang Masuk seperti dalam bulatan diatas.

UPU 3

Selepas baca dengan teliti maklumat penting permohonan bolehlah klik pada butang kuning tertulis Permohonan seperti dibulatkan diatas.

Untuk mendapatkan manual cara untuk mengisi permohonan selepas langkah diterangkan diatas berkaitan membuat daftar masuk, mengisi maklumat peribadi, maklumat pekerjaan ibu, bapa penjaga, maklumat akademik dan maklumat kokurikulum, bolehlah download dan baca di :

https://online.mohe.gov.my/upu/onlineupu/panduan/panduan_allspm.pdf

Diharapkan sedikit perkongsian cara memohon IPTA, TEVT politeknik, dan ILKA ini sedikit sebanyak membantu dalam membuat langkah pertama untuk memohon. Jika maklumat yang saya berikan ini salah atau tidak tepat maklumkanlah kepada saya.

Jangan Ketinggalan, dapatkan update terbaru info kami percuma terus ke email anda, Masukkan Alamat email anda dibawah :

( Penting : Pendaftaran berjaya jika anda klik link pengesahan yang akan dihantar ke email anda nanti )

Majalah e- Xpresi


PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Panduan Permohonan

50 thoughts on “Cara Memohon IPTA/ TEVT dan ILKA UPU Online 2012

  1. salam,,tumpang tnya utk isi CGPA tue nk ltk markah full 98.5% ke atau nk ltk ikut GPA sekolah bg 9.85? sbb setahu saya mrkh full kokum sya 98.5%…….

  2. Salam, saya mempunyai sedikit masalah. upu-ipta saya sudah disi, tetapi saya terlepas pandang untuk memohan politeknik, lepas tu saya kehilangan number id bsn saya, apa perlu saya buat. saya memerlukan number id untk mengisi politeknik. adakah saya perlu membeli yang baru ? dan jika saya membeli yang baru adakah saya perlu memohon semula upu-ipta saya ?

  3. salam sy nak tanya.sy pelajar SKM, tp sy memohon UPU berdasarkan result spm sy.sy dah memohon upu sblom result keluar. skrg sy nak update result spm sy, tp x boleh sbb takde pom ruang result. ke kena submit dulu then result akan automatically ada?

  4. assalamualaikum…
    saya salah pilih kategori yang sepatutnya saya pilih.. adakah saya mesti boleh beli no pin yang baru? atau sebaliknya.. saya tak tau nk buat macam mne..

  5. muslehzaini says:

    saya tidak boleh mengisi no.angka giliran,mungkinkah ini berkaitan kerana saya tidak mengisi no.angka giliran semasa fasa pertama??

  6. Saya ingin tanya , bagaimana hendak buat kemaskini bagi UPU / Poli ??

  7. bolehkah saya pelajar lepasan spm 2011 mendaftar untuk ke frasa 2 kerana saya baru membuat unik id pada akhir februari ini dan bilakah tarikh tutup pendaftaran pendaftaran frasa 2 ini?????

  8. assalamualaikum , saya nak tanye , kalau kita tak isi fasa 1 , apa boleh ke bt fasa 2 , ada orang kata tak bole buat fasa 2 , kalau tak isi fasa 1 , saya betulbetul pening sekarang nehh ,, .. boleh ke tak sebenar nyerr nehh ??

  9. Lagi satu saya tak faham kenapa ada pembelian no pin secara pukal dan apa beza dengan individu, memandangkan saya tidak beli lagi no pin. seterusnya mengenai kategori a, b, c, dan d. boleh tolong terangkan ?

    • Pukal maksudnya beli secara banyak..ia memberikan kemudahan untuk pelajar dari beratur panjang dan sukar pengangkutan..selain tu ia diurus oleh guru.. Individu bagi yang lebih ingin membeli sendiri dan mengurus sendiri :)

  10. assalamualaikum,
    saya nak tanya, kalau tidak buat permohonan fasa satu, boleh tak terus buat permohonan di fasa 2?

  11. assalam,, saya dah isi fasa2.. tetapi masa hntar ada sedikit masalah kpda lpt0p saya.. dan ttba jew dah dihntar.. lepas itu telah pun dikemaskini sebnyk tiga kali.. dah saya tidak boleh kemaskini skrg ni??
    ada tak cara untuk saya hendak kmskini??

    • Waalaikumussalam, aduhai..mcm2 la plak..mungkin masa line bermasalah tu saudara sent 3 kali kot..susah nak tlg bab ni..cuba ke karnival jom masuk u berdekatan ..cuba tnya staff kementerian pengajian tinggi..mungkin diorg bleh bantu..

      • salam,sy pn lbh kurg mgalami msalh mcm saudari di ats tp beza nye sy tersilap pda angka giliran SPM..dan sy telah pn mgemaskini sbnyak 3 kli. mcm mane ni??sy risau prmohonan sy tak di terima…tlog bgi pnjelasan pd sy..

  12. hihhhii3 !
    CGPA tu camne? markah keseluruhan koko ke?

  13. asslamualaikum….
    selepas selesai isi borang ,kena print jugak ke?
    print semua?
    terima kasih !

    • waalaikumusalam..huhu…kena print..tapi tunggu lepas keluar keputusan SPM lah untuk print semua..baca dengan teliti arahan yg diberi..:)

      • ohhh ! yg tu saya sudah faham,tp de yg masih saya x faham ni~
        mcamnie,saya nak isi dua2 borag. maksud saya,slepas isi borang IPTA,boleh x isi borang tuk ILKA juga?tp dgan meggunakan numbo pin yg sama?ke,kena beli numbo pin baru?slepas 9 januari,skarang bole beli numbo pin lg x? uitm pun masih bole beli lg ke ? tolong saya…. TERIMA KASIH ~

  14. assalamualaikum,

    saya nak tanya, kawan saya ada yang tak buat fasa 1. adakah dia still boleh apply ipta??

  15. boleh saye tny klu x ingt nk isi fasa 1 mcm mne ah

  16. assalamualaikum . nk isi tp tiada butang MASUK . namun ini(PERINGATAN : Anda dinasihatkan agar mengemukakan permohonan secara berasingan. Sila selesaikan permohonan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan calon lain.) . apa yg harus saya lakukan ? saya telah mencuba banyak kali , namun masih gagal . saya harap tuan boleh membantu saya dgn secepat mungkin , terima kasih :) segala jasa tuan amat saya hargai . salam

    • Waalaikumussalam..itulah masalah yang selalu orang tanya saya..tapi masalahnya 100x sy buka semua ok je :) walaupun berlainan komputer..tak de masalah..mungkin ada kawan lain yang alami masalah sama dan boleh membantu..

  17. mcm mana nk kemaskini lau mklumat yg salah kt prmohonan tu..sy dh try tekan button semakan tu tp x blh pn…tlg sy…sy dh xtau nk wt mcm mna..

  18. muhamad fizree says:

    salam.. borang permohonan telah pun sye isi… masalah sye..
    ealah bagaimana hendak sah dan hantar… tolong!!

  19. as salam ,boleh saya tnye ,ape maksud fasa1 dan fasa2 ye ;/ ?

    • Wsalam..maksudnya lebih kurang mcm ni :) Fasa 1 ni mendapatkan pin secara pukal dan mengisi data peribadi asas..fasa 2 ni pembelian pin secara individu dan mengisi untuk pilihan kursus dan universiti mengikut keputusan SPM :)

  20. Assalamualaikum,ckgu saye cakap,..tak isi fasa 1 pun tak pe,terus isi fasa 2.. ataupun isi lepas dapat result spm je snng..betul ke?..boleh tak saye isi mase fasa 2 je..iaitu selepas mndapat keputusan spm..?

  21. salam, saya sudah membuat permohonan dan dah sah dan hantar. tetapi saya baru dapat tahu bahawa kod sekolah yang saya isi itu salah. macam mana nak kemaskini ? Saya risau borang saya kena reject. kalau betul nanti ada fasa 2, betul ke saya boleh kemas kini borang fasa 1 sekali ? Terima Kasih :)

  22. kalau nak kemaskini nak cari kat ner?

  23. Salam..nper nie!!!sye dh ikot step kat ats tp asal sye x jmpe perkataan MASUK!!!!geram btol la..dh bnyak kli sye try..Ngeeeee

    • salam..hehe..sy dah cuba semak tadi..ia memang xkeluar butang keluar kalau ada problem internet atau buat undo..kne pastikan tutup balik semula pelayar tu..buka balik dengan klik link https://online.mohe.gov.my/upu/onlineupu ikut step yg sy ajarkan tu..kalau xdpt jugak..cubalah tnya kawan2..ramai yg dah dapat mohon.. :) opss..lupa satu lagi..pastikan guna Mozilla Firefox/Internet Explorer, kalau tak dapat juga cari butang masuk tu..cuba gunakan komputer berlainan..mungkin masalah versi pelayar atau lain2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

Makluman : TIDAK semua komen/pertanyaan akan dijawab oleh admin/staff xpresi, Kami sibuk dengan urusan pentadbiran, informasi dan pertanyaan khas lain. Walaubagaimanapun, komen/pertanyaan terpilih sahaja akan kami jawab atau dibuatkan penulisan khas. Kami amat berterima kasih jika anda turut sama menjawab/ berbincang dan membantu rakan lain.

PERINGATAN: Anda perlu memahami Syarat/ Terma kami dan Anda dilarang untuk memperkatakan tentang politik ataupun mempersenda cara hidup, individu, kaum mahupun agama lain. Bantulah diri, bantulah saudara anda, cintailah kedamaian, tingkatkan iman, bertindaklah dengan bijak serta bermuafakatlah demi kesejahteraan bersama.