
Susahnya nak pilih pengajian di UPU online, kne tengok satu persatu kursus dan syarat yang ditetapkan. Ada lebih dari 20 buah universiti serta beratus-ratus program yang ditawarkan. Lagi sukar bila nak memadankan dengan keputusan SPM diri sendiri.
Tahukah anda, sebenarnya ada satu sistem yang menjodohkan Kursus yang anda layak dengan keputusan SPM anda. Sistem tersebut ialah sistem IMASCU Ia sangat mudah, anda hanya perlu mengisi keputusan SPM anda dan ianya akan automatik tolong carikan kursus yang layak dan sesuai berdasarkan keputusan anda itu.
Ianya semudah :
- Isikan nama, kad pengenalan, no telefon, negeri, dan kelayakan akademik di borang online yang disediakan
- Isikan keputusan SPM anda .
- Klik seterusnya
- Pilih universiti yang anda minat
- Sistem akan senaraikan Kursus yang boleh dan layak anda mohon di universiti pilihan anda
- Selepas itu anda bolehlah masuk ke pemohonan UPU untuk mengisi berdasarkan cadangan yang diberi oleh sistem itu.
Dah tentu ia menyenangkan pilihan anda !

