Cara Pilih Kursus Pengajian UPU Melalui iMASCU

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Bila keputusan SPM dikeluarkan, pasti calon mula mencari bagaimana cara memilih kursus pengajian UPU. Cara biasa agak rumit kerana perlu merujuk satu persatu syarat kemasukan universiti dan meneliti syarat setiap universiti yang ingin dipilih. Keadaaan lebih mengelirukan apabila calon mula pening untuk membuat pilihan universiti dan kursus yang diingini. Masalah tersebut boleh diatasi dengan mudah apabila anda menggunakan sistem iMASCU. Sistem yang dikeluarkan oleh bahagian kemasukan UPU ini memudahkan urusan dengan automatik mencadangkan kursus pengajian yang bleh dimohon berdasarkan keputusan peperiksaan pelajar.

Cara Pilih Kursus Pengajian iMASCU

iMASCU
iMASCU

Perkara utama ialah anda perlu terus ke http://upu.semaksyarat.info/

Paparan muka utama akan keluar dan anda dikehendaki mengisi maklumat anda seperti bertanda 1 pada rajah di atas. isikan no kad pengenalan, nama penuh, email anda dan no telefon anda dan kategori anda samaada SPM setaraf atau STPM.

Info Tambahan :  Cara Memilih dan Kursus Popular Di Universiti

Paparan seperti no 2 akan keluar dan anda perlulah memasukkan subjek dan keputusan anda melalui pilihan yang disediakan. Setelah selesai anda perlu klik pada SEMAK seperti bertanda 3 diatas sebelah kanan.

Cara Pilih Kursus Pengajian UPU Melalui iMASCU 1

Setelah itu akan keluar paparan keputusan mengikut universiti. Warna biru bernombor sebelah logo universiti adalah bilangan kursus pengajian yang anda layak di universiti tersebut. Sekarang anda klik pada universiti pilihan anda. Paparan program/ kursus pengajian yang anda layak mohon akan dipaparkan.

Daripada paparan itu dapatlah anda membuat pilihan dengan cepat kursus apakan yang paling sesuai untuk anda.

Satu lagi kelebihan yang ada pada sistem bekenaan ialah anda boleh  cetak atau menghantar salinan keputusan pilihan universiti tersebut ke email anda sendiri. Anda boleh cetak dan lebih mudah untuk membuat perancangan.

Info Tambahan :  Pengalaman Belajar Luar Negara: 6 Kelebihan dan Kekangan

Untuk memilih kursus dan program yang tepat adalah bergantung pada pelbagai faktor seperti :

  • Kredibiliti institusi
  • Kos pengajian
  • Masa depan kerjaya
  • Minat
  • Kemudahan

Sebenarnya banyak perkara lain yang perlu anda fikirkan sebelum memilih universiti dan kursus pengajian. Pastikan anda banyak membuat tinjaua dan banyak membaca serta bertanya pada rakan yang telah berjaya ke universiti. Mungkin ada petua dan perkara penting yanag boleh mempengaruhi anda membuat keputusan yang baik untuk masa depan pengajian anda.

One thought on “Cara Pilih Kursus Pengajian UPU Melalui iMASCU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *