Cara Semak Online Penyata Caruman KWSP

Cara Semak Online Penyata Caruman KWSP

by fiziesss on May 27, 2012

KWSP

Tahukah anda, telah lama penyata caruman KWSP boleh disemak melalui online? Semakan boleh dibuat melalui portal rasmi KWSP melalui beberapa cara yang mudah dan senang. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Kwsp ialah simpanan kewangan untuk masa depan masing-masing untuk mereka yang telah bekerja. Bagaimana cara untuk membuat semakan online?

Mungkin ada antara mereka yang tidak ingin ke kaunter untuk berurusan, ada pula memberi alasan kekurangan masa untuk ke kaunter untuk membuat semakan baki pinjaman KWSP. Oleh demikian, semakan online penyata KWSP ini amat bertepatan untuk memudahkan semakan dibuat.

Cara Semak Penyata KWSP Secara Online

  1. Untuk membuat semakan KWSP perlu terlebih dahulu mendaftar di Portal rasmi i-Akaun KWSP .
  2. Untuk mendaftar terlebih dahulu perlu ke kaunter KWSP terdekat untuk mengambil nombor PIN ( tempoh sah 90 hari ), semasa di kaunter KWSP kad pengenalan diperlukan untuk mengambil no pin KWSP tadi. ( sekali sahaja untuk pendaftaran online )
  3. Seterusnya perlu ke portal rasmi KWSP i-Akaun iaitu http://www.kwsp.gov.my/ . Sila klik pada “ login kali pertama “ ataupun boleh KLIK SINI 
  4. Untuk pertanyaan bersetuju atau tidak mengaktifkan i-Akaun pilihlah ( saya bersetuju untuk mengaktifkan i-Akaun ) tanda di kotak disediakan.
  5. Seterusnya masukkan no kad pengenalan masing-masing
  6. Masukkan no pin yang diambil tadi di kaunter dan tekan ( aktifkan )
  7. Langkah terakhir masukkanlah nama pengguna dan kata laluan pilihan sendiri dan klik pada butang hantar.

Setelah didaftarkan, anda boleh menyemak simpann terkini dan penyata KWSP masing-masing terus dari rumah. Semoga membantu.



PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Panduan Permohonan

{ 19 comments… read them below or add one }

loo saw lean March 11, 2013 at 1:24 pm

please let me know actually the retirement age for us already change to 60yrs ,
can you pls let me know after our age reach 55years old still working our EPF will deduce base on normal or follow age 55
chart part c or still follow part A ?

TQ

Reply

ASNIDAH AHMAD March 1, 2013 at 8:39 am

rasanya ada pembayaranka jika mohon pin di kwsp?

Reply

choy January 29, 2013 at 10:00 am

Kalau saya dah ada no pin dan dah aktifkannya, bolehkah saya check penyata untuk orang lain?

Reply

dilla January 8, 2013 at 1:52 pm

Kenapa bila print statement kat kiosk kwsp, dia kate sy blh print 3 x je…ye mmg btl sy da print 3 x tetapi semuanya tak clear..mcm khabisan dakwat printer…ada yg paper nye rosak..ada cara lain ke?selain online?mungkin melalui email?atau fax?susah utk sy mbuat sebarang application..

Reply

W S Ng October 20, 2012 at 8:31 am

Setiap kali saya log in ke laman KWSP terdapat notice tergendala perkhidmatan. Bilakah laman itu akan siap dibaiki?

Reply

NoorShazmeen September 22, 2012 at 7:14 pm

Benarkah mulai tahun 2013 pencarum yang mencapai umur 50 tahun boleh mengeluarkan 30% daripada keseluruhan jumlah caruman dan baki 70% boleh dikeluarkan pada umur 55 tahun? Terima kasih.

Reply

LEE WEI MENG September 18, 2012 at 1:38 pm

Can check on internet is very conveniance

Reply

Nor Riah Kamarudin September 11, 2012 at 7:08 pm

saya berumur 54 tahun. bolehkah saya mengeluarkan akaun no. 2 untuk pembelian rumah.

Reply

lewisdotmy September 2, 2012 at 1:32 pm

info yang bagus ;)

Reply

kumaran a/l ns krishnan August 20, 2012 at 7:46 am

bagaimana nak check penyata kwsp melalui sms

Reply

g-han August 6, 2012 at 7:14 pm

sy nk tnye…ayah sy bulan 9 ni genap 50thun….total epf=rm173,000….dh tnye kwsp die kte bolah kuarkan epf untk akaun 2 sebnyk rm15,000 shja…knp ye???bukan 30% drpd 173,000 ialah 51,900 ke??

Reply

yasotharan August 2, 2012 at 2:11 pm

Saya bernama Yasotharan,bekerja di sebuah syarikat awam selama 2 tahun lebih,tetapi sehingga kini majikan saya tidak memotong caruman KWSP untuk diri saya dan pekerja-pekerja lain….apa yang patut saya buat??..berikan cadangan dan komen anda…terima kasih….

Reply

QStaff1 September 12, 2012 at 8:17 am

Kebiasaanya ia boleh diadu terus kepada kwsp, majikan boleh dikenakan tindakan sekiranya melanggar peraturan yg ditetapkan..

Reply

sousiewlan August 1, 2012 at 5:12 pm

request statement

Reply

TAN SHEAU YUN July 25, 2012 at 2:44 pm

Selamat sejahterah.

Saya Tan Sheau Yun KWSP account no : ( edit by admin ) saya mempunyai online semak account. Password yang saya masukkan adalah betul. Akan tetapi, masih tiday dapat memasuki lama account saya. Minta pertolongan dari pihak tuan. Sekian terima kasih.

Tan Sheau Yun

Reply

Chan cheng Kuan July 24, 2012 at 11:32 am

Easy to check by online tq

Reply

Chong Kam Seong July 23, 2012 at 6:57 pm

Bagaimana saya boleh dapat KWSP login number supaya saya boleh semak akuan saya melalui internet

Reply

QStaff1 September 12, 2012 at 8:09 am

Boleh semak online..tapi perlu ke kaunter terlebih dahulu mengambil pin..kali pertama sahaja guna pin tu..selepas itu akan boleh semak selalu secara online..

Reply

LIM TECK FAH July 16, 2012 at 3:32 pm

BAGAIMANAKAH CARANYA MENUKAR ALAMAT SURAT-MENYURAT .

Reply

Leave a Comment

Makluman : TIDAK semua komen/pertanyaan akan dijawab oleh admin/staff xpresi, Kami sibuk dengan urusan pentadbiran, informasi dan pertanyaan khas lain. Walaubagaimanapun, komen/pertanyaan terpilih sahaja akan kami jawab atau dibuatkan penulisan khas. Kami amat berterima kasih jika anda turut sama menjawab/ berbincang dan membantu rakan lain.

PERINGATAN: Anda dilarang untuk memperkatakan tentang politik ataupun mempersenda cara hidup, individu, kaum mahupun agama lain. Bantulah diri, bantulah saudara anda, cintailah kedamaian, tingkatkan iman, bertindaklah dengan bijak serta bermuafakatlah demi kesejahteraan bersama.
*

Previous post:

Next post: