Cara Semak Syarat Khas dan Program Pengajian Online

Paparan Semakan

Tahukah anda, pemohon boleh semak syarat khas serta program pengajian yang ditawarkan mengikut institusi yang dikehendaki, semakan boleh dibuat secara online terus menerusi laman UPU yang telah disediakan.

Ketika hendak memohon, kerapkali pemohon tertanya-tanya masalah seperti dibawah :

  1. Tidak tahu senarai institusi yang boleh dipilih serta maklumat tentang institusi yang ada.
  2. Apakah senarai program yang ditawarkan oleh institusi yang diminati.
  3. Apakah syarat khas program untuk memohon pengajian di institusi yang diminati.
  4. Bagaimana pula senarai TEVT / ILKA yang ada di Malaysia?
  5. Apa pula senarai program dibawah TEVT dan ILKA tawarkan serta syarat kemasukannya?

Untuk pengetahuan, semua masalah yang ditanya sebenarnya boleh didapatkan sendiri oleh pemohon melalui online.

Cara mendapatkan maklumat permohonan serta syarat kemasukan UPU.

  1. Untuk mendapatkan maklumat tentang IPTA ataupun politeknik serta ILKA, pemohon perlu ke Sistem semakan syarat am dan Khas ke IPTA ( KLIK SINI ) atau ke Sistem semakan syarat am dan khas TEVT & ILKA ( KLIK SINI ) bagi yang ingin memohon ke TEVT & ILKA.
  2. Pada pilihan maklumat e-panduan pilihlah samaada ingin mengetahui maklumat senarai institusi, senarai program yang ditawarkan atau syarat khas yang diperlukan.
  3. Pilih juga kelayakan sekarang anda samaada lepasan spm setaraf atau stpm setaraf.
  4. Klik pada butang masuk.
  5. Selepas itu pilihlah mengikut institusi serta fakulti yang diminati serta maklumat lain yang boleh diuji cuba untuk mendapatkan maklumat yang di ingini.

Maklumat yang diperolehi sebenarnya boleh membantu pemohon untuk memadankan dengan kebolehan diri terutama keputusan peperiksaan yang akan diperoleh tidak lama lagi. Selain itu, ia juga membantu pemohon membuat pilihan samaada pakej mata pelajaran yang telah diambil sebelum ini menepati atau tidak dengan kelayakan memohon kursus yang diminati.

Jangan Ketinggalan, dapatkan update terbaru info kami percuma terus ke email anda, Masukkan Alamat email anda dibawah :

( Penting : Pendaftaran berjaya jika anda klik link pengesahan yang akan dihantar ke email anda nanti )

Majalah e- Xpresi


PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Panduan Permohonan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

Makluman : TIDAK semua komen/pertanyaan akan dijawab oleh admin/staff xpresi, Kami sibuk dengan urusan pentadbiran, informasi dan pertanyaan khas lain. Walaubagaimanapun, komen/pertanyaan terpilih sahaja akan kami jawab atau dibuatkan penulisan khas. Kami amat berterima kasih jika anda turut sama menjawab/ berbincang dan membantu rakan lain.

PERINGATAN: Anda perlu memahami Syarat/ Terma kami dan Anda dilarang untuk memperkatakan tentang politik ataupun mempersenda cara hidup, individu, kaum mahupun agama lain. Bantulah diri, bantulah saudara anda, cintailah kedamaian, tingkatkan iman, bertindaklah dengan bijak serta bermuafakatlah demi kesejahteraan bersama.