Cara Semak temuduga dan ujian fizikal di SPA

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Anda pernah memohon di SPA? Oleh itu sepatutnya anda tahu bagaimana cara semak temuduga dan ujian fizikal di SPA. Kami tertarik untuk membuat penulisan ini berikutan masalah yang timbul segelintir pemohon untuk melihat maklumat lengkap panggilan temuduga atau ujian fizikal di Laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan awam SPA.

Sebelum kami huraikan bagaimana untuk semak temuduga dan ujian fizikal di SPA, ada baiknya kami terangkan dulu secara ringkas apa itu SPA. SPA ialah suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang menguruskan pengambilan calon untuk jawatan-jawatan dalam sektor awam. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa SPA ini ada menyediakan laman web penjodohan pekerjaaan antara pemohon dan kekosongan jawatan sektor awam. Laman web tersebut ialah http://www.spa.gov.my/ dan anda perlu memohon berdasarkan kelayakan anda untuk jawatan-jawatan dalam laman web tersebut. Satu tips berguna untuk anda, kebanyakan mereka yang dipanggil atau berjaya memohon pekerjaan di SPA adalah calon yang lengkap maklumatnya serta selalu kemaskini maklumatnya. Mungkin anda perlu segera bertindak supaya anda tidak ketinggalan untuk tawaran terkini sektor awam.

Info Tambahan :  Cara Beli Pin UPU 2024/2025

Cara semak temuduga dan Ujian fizikal

Kebiasaanya jika kita dipanggil untuk temuduga dan ujian fizikal akan dimaklum melalui surat atau SMS. Namun demikian, ada calon yang suratnya tidak sampai kerumah sehinggakan terlepas tarikh temuduga dan ujian fizikal. Bagaimana ingin dapatkan segera maklumat penting tarikh, lokasi dan perkara lain mengenai jawatan yang dimohon?

Masalah ini terjadi kepada beberapa calon yang hanya menerima SMS menyatakan panggilan temuduga @ ujian fizikal, walaupun demikian, sms tersebut tidak tertulis bila dan lokasi ujian tersebut dilakukan. Kebiasannya calon akan merujuk laman rasmi SPA dan login pada butang  ‘pemohon pekerjaan’. Cara itu sebenarnya salah dan anda mungkin tidak dapat mencari dan mencetak surat makluman panggilan anda itu.

Info Tambahan :  Permohonan UPU 2024 dan Tarikh penting UPU
Semak temuduga
Semak temuduga SPA

Cara mudah anda perlu ke tab Aplikasi Online ( Rujuk Gambar ) pada laman web SPA tersebut. Cuba cari iklan yang berkaitan jawatan anda tersebut. Jika anda jumpa, sila klik dan masukkan no kad pengenalan anda. Paparan maklumat selengkapnya akan keluar termasuk tarikh, lokasi, jawatan, tajuk, dan dokumen perlu dibawa semasa temuduga atau ujian fizikal.

Anda perlu segera mencetak supaya anda lebih awal bersedia untuk menghadapi temuduga atau ujian fizikal . Penyediaan dokumen juga memakan masa terutama jika terlibat dengan kaunter yang sibuk.

Semoga maklumat ini membantu anda, jika mempunyai masalah bolehlah bertanya, kami akan cuba menjawabnya jika mempunyai masa terluang.

3 thoughts on “Cara Semak temuduga dan ujian fizikal di SPA

  1. salam encik. .nak tanya,klau pemohon mempunyai masalah kesihatan seperti patah tangan tapi sudah melakukan pembedahan. .layak tak untuk ujian kecergasan?mohon penjelasan. .terima kasih

    1. Salam, kebiasaanya yg pernah mengalami patah tidak dibenar ikuti ujian fizikal..sbb ujian fizikal agak sukar mungkin boleh mencerekan kembali..demi kesihatan..

Leave a Reply to fiziesss Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *