Archives for 

Cetusan Sahabat

Menghadapi Tekanan Peperiksaan

Anda sedang dalam musim peperiksaan? Apa perasaan anda? Apa yang bergolak dalam diri jiwa anda sekarang memikirkan bakal tibanya tarikh peperiksaan anda? Bagaimana pula kiranya peperiksaan ini bakal menentukan sebahagian besar masa depan anda? Pastinya, anda merasakan tekanan yang sangat berat. Tiada siapa yang akan tenang dalam situasi ini. Namun biasakah anda melihat, rakan-rakan anda […] Baca Lagi..

Jangan Putus Asa

Jangan Putus Asa – Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Gagal dua kali juga bukan bermakna gagal selamanya. Jangan putus asa dan teruskan mencuba. Gagal! Satu perkataan yang saya yakin amat tidak disukai oleh sesiapa pun. Tiada siapa mahu mendengar perkataan ini daripada orang lain. Walaupun hal sekecil anda gagal dalam ujian memandu hingga sebesar […] Baca Lagi..

Autisme – fahami mereka

Baru-baru  ini saya ada membaca satu artikel yang menular sekarang ini mengenai seorang kanak-kanak autisme. Ceritanya begini, Arianna, 7 tahun, yang menghidap penyakit autisme keluar makan bersama keluarganya ke sebuah restoran. Mereka memesan makanan dan Arianna memesan burger keju kegemarannya. Tetapi setibanya pesanan mereka di meja, Arianna tidak langsung menyentuh burger kejunya, sebaliknya hanya makan […] Baca Lagi..

Berminat Dengan Jurusan Kedoktoran? [Khas buat lepasan SPM]

TAHNIAH kepada semua lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang. Di sini saya tidak cuba memaparkan panduan yang lengkap bagi mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang kedoktoran. Saya hanya ingin berkongsi sedikit sebanyak yang saya tahu untuk para pelajar mendapat sedikit idea bagaimana ingin menyertai bidang yang amat popular ini. Tetapi, pertama sekali saya perlu […] Baca Lagi..

Nilai-Nilai Murni Dalam Jiwa Remaja

Nilai-Nilai Murni Dalam Jiwa Remaja Nilai merujuk kepada etika atau prinsip moral atau nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau suatu kumpulan manusia. Nilai disemai dalam diri setiap insan semenjak dilahirkan lagi, ditanam sepanjang masa kecil, dikukuhkan semasa meningkat remaja dan akhirnya membentuk insan tersebut apabila dewasa. Sama ada ia disemai secara langsung ataupun […] Baca Lagi..

Kualiti Masa Muslim

Bagaimana cara yang sepatutnya seorang muslim mengatur masa? Ramai yang tidak tahu ada empat paksi utama ang perlu dipasakkan kedalam masa kita agar menjadi benar-benar berkualiti. Islam agama yang mentadbir masa sama ada di dnia dan di akhirat. Manusia diibarat sebagai musafir yang akan pulang ke kamoung halaman selepas menyelesaikan tanggungjawabnya. Musafir perlu berklana dan […] Baca Lagi..

Penyalahgunaan Bantuan Kewangan di kalangan Pelajar

Penyalahgunaan Bantuan Kewangan di kalangan Pelajar. Baucar buku RM250, bantuan sekolah RM100 dan lain-lain bantuan yang diberikan kerajaan adalah untuk manfaat para pelajar. Namun, mungkin hanya 60-70% sahaja pelajar (pelajar sekolah atau universiti) yang benar-benar memanfaatkan bantuan yang diberikan. Sebahagian lagi hanya menjadikan wang yang diberi untuk menambah gaya hidup masing-masing. Apabila terdengar akan bantuan […] Baca Lagi..

Tips Menangani Tekanan Hidup

Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi. Ianya adalah perkara biasa. Semua insan mengalami tekanan sama ada yang berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan , masa depan, dan sebagainya. Tekanan boleh melibatkan fizikal juga mental. Ia di sebabkan oleh kejadian utama kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang tersayang, […] Baca Lagi..

Penderaan Kanak-kanak

Baru seminggu dua ini ada berita yang mengejutkan kerana tersebarnya rakaman seorang lelaki mendera anaknya yang berumur bawah 3 tahun dengan cara memukul, menyepak dan sebagainya. Anak kecil itu tahu rasa sakit. VIDEO BERITA Kemudian, saya mencari banyak lagi video yang tersebar berkaitan penderaan terhadap kanak-kanak. Ibu bapa, guru-guru, penjaga, adalah merupakan pendera tersebut. Pada […] Baca Lagi..

Tips Belajar Subjek yang Tidak Diminati

Berapa ramai antara kita pelajar yang buat masa sekarang sedang mengambil kursus yang kurang atau tidak diminati? Jika dibuat kajian saya percaya peratusannya adalah tinggi. Sama ada atas permintaan keluarga atau desakan keadaan, semuanya sama sahaja keputusannya. Ini adalah bagi pelajar universiti. Semasa di sekolah pun masalah yang sama timbul. Pastinya ramai yang tidak meminati […] Baca Lagi..

Ajal dan maut di tangan Allah

Baru-baru ini semasa saya berada di kampung untuk bercuti, saya dikejutkan dengan berita sedih. Dalam kehangatan para pelajar tingkatan 5 mengambil peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), tiba-tiba di hening subuh selepas sahaja solat subuh, ada ppengumuman kematian di tempat saya. Dua orang terlibat dalam kemalangan dan keduanya terkorban. Tambah menyedihkan kedua remaja lelaki tersebut adalah […] Baca Lagi..