Cepat Anda Naik, Cepat Juga Anda Akan Tersungkur

Membuat pilihan

Membuat pilihan

Pelbgai ragam manusia yang akan kita jumpa di dunia ni. Lebih ramai juga yang kita akan jumpa yang sanggup lakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita yang diidamkan. Mencari rezeki dan kekayaan tidak menjadi kesalahan, masalahnya cara mencari rezeki itu sepatutnya betul. Hal ini kerana Allah adalah pemberi rezeki dan bila- bila masa rezeki akan ditarik balik.

Sehari dua ni saya ada meninjau ragam segelintir yang mencari duit tak kira secara offline mahupun online. Ada satu kes ini memang saya kecewa bila ia sanggup menipu kepada ramai orang semata- mata untuk mendapat lebih duit. Tak perlulah saya kemukakan disini siapa dan bagaimana caranya. Tapi caranya amat menyusahkan orang dan boleh membuatkan orang sakit hati dengan tindakannya. Saya tahu apa yang dilakukan hanyalah untuk mendapatkn lebih perhatian orang untuk mendatangkan keuntungan kepadanya.

Baca Juga :  Potongan Gaji Bulanan Untuk Sumbangan Kepada Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

Menarik :

Cepat naik, cepat juga tersungkur

Itulah yang ingin saya katakan, kebanyakan mereka yang cepat naik tak kira keuntungan, pangkat dan harta kebiasannya cepat juga akan tersungkur. Kenapa saya kata demikian? Mungkin dibawah adalah sebabnya :

  1. Bila anda cepat naik anda sebenarnya kurang ilmu pengetahuan tentang bagaimana menyelesaikan masalah ketika berada diatas.
  2. Emosi dan sikap anda juga tidak biasa dengan keadaan diatas
  3. Ketahanan serta kerajinan anda tidak secukup dengan kerja yang diperlukan diatas.
  4. Segala idea, usaha anda akan tidak disukai orang dibawah kerana anda seolah- olah tidak memahami apa kehendak sebenar.
  5. Cara kerja anda tidak mampu membuatkan anda bertahan diatas kerana pastinya ia tidak berstruktur.
  6. Perbuatan anda merampas hak orang lain menjadikan diri tak tenang sehingga bila-bila masa hak kenikmatan, hak kegembiraan anda akan ditarik balik tanpa anda sangka.
Baca Juga :  Kanak-kanak Berusia 7 Tahun Disahkan Gila Kerana Belajar

Kebanyakannya mereka yang gemar merampas hak orang lain tidak akan bertahan lama. Apa yang mereka dapat hanyalah kepenatan, kesibukan dan kegagalan. Walaubagaimanapun ada juga yang berjaya, tetapi mungkin niatnya ikhlas untuk membantu orang lain dan sikapnya yang rajin dan cepat belajar. Selainnya jika malas memang tidak akan bertahan lama. Sekiranya anda jenis yang komited dan ikhlas dalam melakukan apa sahaja pekerjaan, janganlah berputus asa.. Kuatkan semangat, lambat kejayaan anda sebenarnya ia mematangkan anda.

Baca Juga :  Cerita Budak Paling Bodoh Di Dunia

Tagged with 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *