Definisi Pendidikan

Definisi Pendidikan

Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, pendidikan bermaksud perihal atau perbuatan mendidik. Manakala berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat, pendidikan diertikan sebagai pertama perihal mendidik, kedua; ilmu pendidikan dimaksudkan sebagai ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik dan yang ketiga; diertikan sebagai didikan, latihan, ajaran. Maka bolehlah dikatakan disini bahawa pendidikan adalah pengajaran dan ianya termasuklah semua perkara atau perihal yang berkaitan mendidik atau mengajar. Ini juga bermakna pendidikan boleh melibatkan perkara yang baik mahupun yang tidak baik. Apa-apa sahaja perkara yang boleh diajar adalah termasuk sebagai pendidikan. Maka, semua orang harus benar-benar memahami erti sebenar pendidikan ini. Ia bukan hanya satu perkataan yang dibina daripada sepuluh huruf tetapi hakikatnya ia membawa makna yang lebih mendalam dan merupakan suatu perkara yang dapat memberi impak yang amat besar kepada seseorang individu, kumpulan, masyarakat, bangsa, negara malahan seluruh dunia. Tidak kiralah sama ada impak tersebut positif mahupun negatif sekiranya ia
disalahgunakan.
Penulisan saya ini hanya ingin memfokuskan perihal pendidikan, tidak kurang lebih hanya untuk berkongsi pendapat, pandangan sekalipun memberikan cadangan. Semuanya bergantung kepada ketelusan hati saya untuk menghebahkannya disini. Secara amnya, pendidikan hakikatnya telah bermula semenjak sebelum kita dilahirkan lagi. Pernahkah anda melihat atau anda sendiri melakukan; menyapu atau menggosok perut ibu yang sedang mengandung, pada waktu yang sama menyanyikan lagu-lagu yang baik mahupun berzikir bagi yang beragama Islam, serta ada juga yang bercakap-cakap memberikan nasihat dengan harapan bayi yang didalam kandungan mendengarnya lalu apabila lahirnya mereka itu nanti, akan mereka menjadilah manusia yang baik, berguna dan berjaya. Maka inilah salah satu bentuk pendidikan terawal dalam hidup seseorang. Selain daripada itu, di Malaysia khususnya, sektor pendidikan terdapat beberapa tahap atau peringkat, yang ianya adalah wajib untuk diikuti dan dialami
oleh semua rakyat Malaysia. Dan di setiap peringkat pendidikan yang wujud di Malaysia, terdapat pelbagai jenis pendidikan yang berbeza. Namun, kita masih belum mampu untuk mewujudkan pendidikan percuma untuk semua atas banyak faktor yang tidak mahu dibincangkan di sini. Apa yang pasti, saya sebagai pelajar amat merasakan betapa kita sekarang tidak menghargai pendidikan. Saya menggunakan ‘kita’ di sini kerana ingin berkata secara am.
Menurut Frederick J. Mc Donald dan M.J. Langeveld, pendidikan merupakan suatu proses atau kegiatan yang diarahkan untuk mengubah kebiasaan (behaviour) manusia. Sebagai manusia, kita dilahirkan tanpa apa-apa pun. Tiada satu kebiasaan pun pada kita. Maka semakin seseorang itu membesar, disitulah letaknya tanggungjawab semua yang disekeliling untuk mencorakkan peribadi dan mewujudkan kebiasaan pada diri seseorang itu. Kerana itulah, orang Jawa suka makan pedas, ada yang tidak. Kerana telah menjadi kebiasaan mereka untuk begitu sejak kecil lagi. Ini hanya satu contoh kecil yang boleh saya katakan disini. Banyak lagi definisi pendidikan yang boleh dibincangkan lagi namun buat masa sekarang, hadamkan yang ini terlebih dahulu. InsyaAllah sekiranya ada masa dapat kita sambung lagi perbinacangan ini di lain masa.

Wallahualam.

Disediakan oleh: niaron

Jangan Ketinggalan, dapatkan update terbaru info kami percuma terus ke email anda, Masukkan Alamat email anda dibawah :

( Penting : Pendaftaran berjaya jika anda klik link pengesahan yang akan dihantar ke email anda nanti )

Majalah e- Xpresi


PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Panduan Permohonan

One thought on “Definisi Pendidikan

  1. insan biasa says:

    salam….
    mintak izin untuk ambil maklumat…t.kasih
    semoga dimudahkan segala urusan anda… :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

Makluman : TIDAK semua komen/pertanyaan akan dijawab oleh admin/staff xpresi, Kami sibuk dengan urusan pentadbiran, informasi dan pertanyaan khas lain. Walaubagaimanapun, komen/pertanyaan terpilih sahaja akan kami jawab atau dibuatkan penulisan khas. Kami amat berterima kasih jika anda turut sama menjawab/ berbincang dan membantu rakan lain.

PERINGATAN: Anda perlu memahami Syarat/ Terma kami dan Anda dilarang untuk memperkatakan tentang politik ataupun mempersenda cara hidup, individu, kaum mahupun agama lain. Bantulah diri, bantulah saudara anda, cintailah kedamaian, tingkatkan iman, bertindaklah dengan bijak serta bermuafakatlah demi kesejahteraan bersama.