Di penghujung kehidupan

Salam semua pengguna xpresi sekalian, pada kali ini ingin saya terbitkan satu artikel bekenaan fenomena yang berlaku dalam kehidupan kini. Tanpa kita sedari sebenarnya fenomena perlakuan manusia ini mampu mendekatkan kita pada dunia pada penghujungnya. Pernahkah anda melihat berlaku pertikaian dan pergaduhan antara suatu pihak dgn pihak lain?antara individu dengan individu lain?antara kumpulan dengan kumpulan lain?malahan kerap terjadi antara ibu dengan anak sekalipun..apa yang telah terjadi?kerap kali saya bertanya pada diri kerana segala karenah manusia ini berlaku di depan mata saya.

Bersempena dengan penubuhan web ini, saya akan mula bertekad menulis sekurangnya seminggu sekali artikel yang memberikan renungan dan pengajaran kepada diri saya sendiri serta anda pembaca sekalian. Walaupun kadang hati ini terasa pilu bila laman ini tidak lah begitu digemari oleh ramai remaja. Mungkin web ini baru sahaja bermula dan apakah yang berlaku masa hadapan hanya tuhan sahaja yang mengetahui. Detik ini saya menulis sedikit-sedikit supaya suatu hari nanti web ini mempunyai koleksi renungan dan pengajaran yang banyak untuk bacaan semua orang, Oleh kerana saya mempunyai ilmu hasil dari pembelajaran saya sehingga kini, Oleh itu ingin saya salurkan kepada semua supaya sedikit sebanyak dapat saya menggunakan ilmu dan kemahiran saya kearah kebaikan..Semoga setiap bacaan menjadi amal kebajikan walaupun diri pergi menyahut seruan suatu hari nanti.

Baca Juga :  Cerita Budak Paling Bodoh Di Dunia

Artikel pertama yang saya tulis adalah berkenaan antara pergaduhan,persahabatan dan kasih sayang. Sudah tentu anda pernah melihat kejadian bertikam lidah, pergaduhan antara sesama manusia?apakah puncanya..Selalu saya perhatikan manusia di hujung perhentian ini menindas antara satu sama lain, kesedihan terbit di hati ini bila banyak pihak yang menggunakan kebijaksanaan untuk menindas orang yang tidak mempunyai ilmu, Seharusnya orang yang berilmu yang memelihara dan mengajar yang tidak berilmu. orang yang kaya mengambil kesempatan untuk mengambil duit orang miskin.Seharusnya orang yang kaya bukan mengambil duit orang miskin tetapi mendermakan, membantu diri mereka berdikari. Sebagai contoh seorang mempunyai ilmu kemahiran pengurusan  dan komunikasi pemujukan yang baik mengambil kesempatan kepada pemuda kampung yang tiada ilmu pengetahuan. Dengan ilmu komunikasi tersebut mudah untuk memujuk dan memperdaya orang lain.

Banyak yang boleh saya bincangkan dengan isu penghujung zaman ini. Untuk kali ini saya suka untuk spesifikkan penulisan saya kepada fenomena pergaduhan dan kehidupan ala rimba. Kenapa saya katakan sedemikian?kini ramai orang menindas orang lain semata-mata ingin selesa, kaya, naik pangkat, mahukan pujian, markah tinggi dsb..Kenapakah bleh jadi sedemikian?sehinggakan mungkin suatu hari nanti gelombang hitam ini akan terus menutup dunia sehingga golongan lemah akan terus tertindas, paling memilukan hati apabila golongan yang mempunyai keikhlasan dan hati yang murni akan terus dihapuskan oleh gelombang hitam ini. Mungkin suatu hari nanti ada insan yang baik terpaksa berubah terikut dengan gelombang supaya dirinya diterima dan tidak disisih oleh masyarakat. Jika yang tinggalpun hanya insan-insan yang masih cekal berjuang untuk menyedarkan mereka-mereka yang alpa walaupun terpaksa berjuang dengan luka-luka dibadan yang banyak, merangkak..kesakitan dan kecederaan tersebut adalah kesan serangan yang bertalu-talu dari golongan gelombang hitam. Tetapi dengan berbekalkan semangat kejujuran dan keikhlasan yang mana sudah sebati dalam diri..insan ini tetap terus mengingatkan antara insan.

Baca Juga :  Kanak-kanak Berusia 7 Tahun Disahkan Gila Kerana Belajar

Di penghujung kehidupan ini, ramai orang yang sanggup menjatuhkan orang lain semata-mata ingin naik pangkat, markah lebih, pujian..semua ini menjadi idaman golongan gelombang hitam ini. Sedarlah wahai insan sekalian, saya memperingatkan diri saya sendiri dan anda semua..tolonglah jangan berbuat demikian, sekiranya diri semakin kearah perlakuan tersebut, segeralah kembali kepada landasan sebenar. Kenapa? Wahai sahabatku sekalian, insan-insan semua bahawa sesungguhnya orang yang kita tindas itu juga ingin menikmati kehidupan yang lebih baik seperti yang kita rasa. sedarlah bahawa dunia ini hak semua, di dunia ini hanya sementara, di akhirat selamanya. segala harta, pangkat di dunia ini hak semua dan merupakan ujian dari maha pencipta. Berapa orang yang mendoakan sahabatnya?berdoalah kepada sahabat anda tentang kejayaan dan kesihatanya. supaya suatu hari nanti tuhan akan sayang kita dan sentiasa membantu kita menempuhi dunia yang penuh cabaran.

Impianku…

Aku ada sebuah impian..dari beribu azam..

Impian yang tak pernah hilang..

Meniti disebalik ranjau..menyusur di celah awan..

Walau penat, peluh menitis, hati merintih…

Baca Juga :  Kanak-kanak Berusia 7 Tahun Disahkan Gila Kerana Belajar

Namun ku tetap jua mengejar impianku..

Impianku..

Ingin ku lihat kanak-kanak bermain..

Ketawa riang…bertemankan ibu bapa yang beriman..

Hati yang bersih…

Dalam kehidupan yang serba ketenangan..

Impianku..

Ingin ku lihat..remaja merdeka..

Jauh dari sebarang titik hitam..

Senyum riang..hidup tolong menolong…

Belas kasihan..

Berperikemanusiaan..

Wahai alam..

Menarik :

Bernyanyilah ia..dengan zikir munajat..

Dunia yang aman damai..penuh kasih sayang…

Ayah memegang tangan anaknya..

Ibu mendukung cahaya matanya…

Yang berilmu mendidik anak bangsa..

Wahai alam..

Berserilah ia..bila semua..

Tidak mengira bangsa..agama..

Tinggal dalam kasih sayang..

Cintakan kedamaian…

Hidup ini..

Bukanlah satu yang kekal..

Ada masa kita kan pergi jua..

Pergilah ia..dengan satu coretan..

Yang mereka kenang..

sebagai insan yang berjasa..

impianku..

untukmu..

dalam kenangan..

kasih sayang sejati…

berkat dari ilahi…

Impianku oleh: Hapizi Bin Mohamed GCSC Xpresi Super Aministrator

4 thoughts on “Di penghujung kehidupan

  1. Skrg tahun 2015, aku rasa admin xpresi ni cukup cekal. aku baca dia xputus asa pelawat tak ramai. Tapi aku respect dan aku rasa skrg pelawatnya boleh tahan ramai sampai ribu-ribu sehari..Tahniah bro- ikhlas kawan lama

    • trima kasih fadil, fadil ni bukan nama sebenar yer? sy rasa kawan sy belum ada nama fadil lagi..hehe.. ia lah fadil..skrg dah hampir 5 tahun xpresi beroperasi, masa sy tulis tu sy umur 24 tahun..skrg rasa mcm dah tua je..penyakit pun dah ada..masa sy tulis tu sy xada anak lagi..skrg dah nak masuk 3 dah.. tapi biarlah semua ini jadi kenangan, suatu hari nanti pasti anak2 sy akan ingat.. sy xkan putus asa bersama xpresi ni sbb sy minat membantu, kalau difikir pasal duit mmg lama dah bungkus. ya, dulu mmg xpresi xramai org..skrg dah ramai..tapi makin ramai org..makin bnyk kos kne keluar..hosting, penulis dan kit keselamatan, paparan, fungsi semuanya perlu keluar duit. Tapi xapalah..Alhamdulillah xpresi masih lagi berdiri teguh sekarang, terima kasih yg selalu singgah.. InsyaAllah sy akan terus bersemangat sehingga diizinkan..

  2. Bila kita pergi, tinggal ia dengan kenangan dan ilmu yang diajar..nice blog..congrat.. :yes: :yes: :yes:

  3. Sedih bila baca 😥 …betul lah, hidup biarlah berjasa…Jadi insan yg berguna.. :shy:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *