Erezeki MDEC Portal Cari Pendapatan Tambahan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Anda mencari pendapatan tambahan? Kami perkenalkan erezeki MDEC merupakan satu portal anjuran Kerajaan Malaysia dicetuskan oleh pihak Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC).  Program yang terkenal dengan hashtag  #YouCanDuit ini benar-benar membantu sesiapa sahaja untuk mencari pendapatan dirumah.

Hasil penelitian kami di laman webnya erezeki.my ia benar-benar menawarkan peluang pekerjaan dirumah kepada seluruh rakyat Malaysia. Apa yang menarik, bayaran pula dalam USD. Mungkin inilah target kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat Malaysia untuk mencari pendapatan tidak kira secara serius atau sebagai pendapatan tambahan.

erezeki mdec
erezeki mdec

Apa yang menarik, tawaran projek yang diberi adalah mengikut kemahiran yang kita ada, sebagai contoh katakana kami pakar dalam bidang blogging, wordpres, blogspot, pengaturcaraan computer, keselamatan computer, menaip, memindah data , kerja grafik dan review produk. Maka kerja-kerja yang ditawar kepada kami adalah berkaitan dengan kemahiran yang kami ada. Di paparan dashboard terus akan terpapar kerja yang ditawarkan yang perlu kami mohon. Apabila anda mohon, anda perlu tunggu respon mereka untuk meneruskan kerja dan diakhir sekali anda akan dibayar upah.

Info Tambahan :  15 Kerja Part Time Dari Rumah

Kerja-kerja dalam erezeki MDEC

Untuk pengetahuan anda, kerja-kerja yang ditawarkan adalah berbentuk upah kepada setiap projek yang anda buat, setiap projek yang ditugaskan kepada anda hanya perlu diselesaikan dirumah dengan hanya menggunakan internet. Walaubagaimanapun demikian, ada juga kerja-kerja yang dalam kategori upah memerlukan anda ke lokasi seperti kerja melatih, membaiki dan sebagainya.

Cara daftar dan kos erezeki MDEC

Kos untuk mendaftar di erezeki ini PERCUMA kerana ia dikelolakan kerajaan menerusi Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC).

Cara untuk daftar amat mudah dengan hanya :

  • Masuk ke alamat erezeki.my
  • Klik pada register now ( lihat gambar )
  • Selepas itu sila isi borang ringkas yang muncul selengkapnya.
  • Selepas selesai mendaftar anda akan terus diminta klik pada pilihan kemahiran-kemahiran anda.
  • Selepas itu anda akan dibawa ke paparan dashboard untuk melihat kerja-kerja sambilan yang sesuai untuk anda.
Info Tambahan :  Kerja Remote: Panduan Lengkap dan 7 Platform Best
erezeki mdec daftar
erezeki mdec daftar

Sebenarnya program ini seakan sama dengan ( Upah Kerja sambilan JobDirumah ) Cuma erezeki ini percuma jika dibandingkan dengan Jobdirumah yang mengenakan bayaran RM 50.

Berikut ialah perbezaan erezeki dan JobDirumah

erezeki3

Erezeki MDEC

  • Percuma
  • Pengawasan kerajaan
  • Dibayar dengan USD
  • Menandungi kerja senang seperti mengupload gambar, menaip
  • Masih baru dan kurang panduan menjana pendapatan darinya

jdr

JobDirumah

  • RM 50 seumur hidup
  • Milik Swasta
  • Dibayar USD
  • Mengandungi kerja senang seperti mengupload gambar, menaip
  • Telah lama bertapak dan mempunyai panduan video bagaimana menjana pendapatan

Sebenarnya ada banyak cara untuk mendapat pendapatan melalui internet. Kadangkala tidak ramai orang berkongsi hal ini. Bagi kami, apa sahaja yang dilakukan akan Berjaya sekiranya ada kerajinan dan pengurusan masa yang baik.

2 thoughts on “Erezeki MDEC Portal Cari Pendapatan Tambahan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *