Gaji Kakitangan Awam Naik Mulai 1 Julai ini

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Kakitangan awam
Gambar Hiasan : Sumber mstar.com.my

Satu berita yang menarik untuk dikongsi apabila gaji kakitangan awam akan naik mulai julai ini. Seperti sedia maklum sebelum ini, akan ada kenaikan tahunan gaji 2x pada tahun ini. Selain itu, penjawat awam akan menerima tawaran skim perkhidmatan awam yang ditambahbaik berkuat kuasa 1 Julai ini.

Rasionalisasi Gaji Kakitangan Awam

Apa yang menarik berlaku rasionalisasi skim perkhidmatan awam yang mampu memberi kesan kepada kenaikan gaji dan gred termasuk gaji permulaan minimum RM 1,200 dalam sektor awam. Menurut Harian Metro, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa memaklumkan penambahbaikan itu akan memperlihatkan kenaikan tahunan kepada kesemua 1.6 juta penjawat awam, manakala penambahbaikan skim yang bermula dari gred 11 hingga 40, akan membabitkan 1.3 juta kakitangan kerajaan.

Info Tambahan :  Permohonan Guru Sekolah Rendah PDPP 2024/2025

Mungkin berita ini dapat mengembirakan kakitangan awam yang berkhidmat kini. Kenaikan ini adalah baik memandangkan kos sara hidup yang meningkat kini sekurangnya boleh meringankan beban kakitangan awam seterusnya meningkatkan lagi motivasi kerja.

2 thoughts on “Gaji Kakitangan Awam Naik Mulai 1 Julai ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *