Contact us

24 thoughts on “Contact us

  1. Saya bercadang utk menhantar anak saya ke sek men vokasional pendidikan khas selepas upsr. Bgmana utk mendapat maklumat lanjut mengenai kursus yg ditawarkan Dan disekolah mana.

  2. Salam. Sada nak minta pendapat. Anak sada X layak masuk Kells aliran agama kerana keputusan kelayakan dia rendah sangat tapi anak saya suka juga aliran agama.lagi pun upsr dia X berapa bagus. Sebagai ibu memang saya kecewa. Apa yang perlu saya buat?

  3. Salam,sy ingin bertanya saya memperoleh 3a2b dlm ups
    Bm pemahaman=a
    Bm penulisan=a
    Mathematic=b
    Bahasa inggeris=b
    Sains=a
    Sy nk tanya berdasarkan keputusan upsr sy,asrama yg boleh sy mohon

    1. Salam, persaingan ke Asrama penuh atau MRSm adalah sengit. Ramai sebenarnya pelajar yang mendapat A penuh semua subjek berbanding tempat yang ditawarkan. Waaupun demikian, boleh cuba memohon jika ada kekosongan berdasarkan iklan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

  4. BERAPAKAH SIJIL YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMASUKI SBP,ANDAIKATA HANYA MENDAPAT 4A 1B DALAM UPSR.SAYA MENDAPAT TAHU BAHAWA 4A 1B BOLAH MASUK KE SBP,TAPI BERDASARKAN SIJIL YANG ADA DAN AKTIF DALAM KOKURIKULUM.SALAM….

  5. As Salam Cikgu…

    Anak saya mendapat keputusan UPSR 3A 2B. Beliau ada memohon ke SMK Seri Kenangan, Segamat aliran Sains merupakan sekolah rancangan khas dan SMKA Segamat aliran Agama. Kedua2 sekolah tersebut mempunyai track record yg baik. Andaikata ditakdirkan beliau mendapat kedua2 tawaran ke sekolah tersebut, mana satukah sekolah yg terbaik drp pandangan cikgu? Sekian, wassalam.

    1. Dari saya rasanya tidak dapat membantu kerana bukan semua sekolah atau institusi yang kami boleh cadangkan. Mungkin kami akan cuba panjangkan pada en . fiziesss nanti.

  6. Salam,

    Anak saya sangat berminat untuk memasuki sek men agama berasrama, keputusan UPSR nya hanya mendapat 2A 3B tetapi keputusan UPKK 7A 1B dan UPSRA 6A 1B (Sirah) di bawah JAWI. Sekolah agama manakah ia layak memohon dan bagaimana ?

  7. salam tuan….anak saya mendapat 3B 2C (BM) dalam UPSR, anak saya ni minat sukan terutama sukan olahraga, pada tahun ini dia telah mewakili sekolah ke sukan ZON dan mendapat pingat gangsa. Pada pendapat tuan apakah jenis sekolah yang sesuai untuk anak saya ini dan apakah tiada harapan langsung untuk anak saya memasuki SBP?..sekian, terima kasih.

  8. Assalamulaikum cikgu, mohon pandangan cikgu.. sepupu saya memang nak sangat ke sekolah sukan, namun keputusan UPSR dia tidak memberangsangkan oleh kerana beberapa faktor yang dialami olehnya. Sebelum dia ambil UPSR, dia dari sekolah pondok, kemudian atas sebab beberapa masalah yang dihadapi, dia telah berpindah ke sekolah biasa, menyebabkan dia tak sempat nak catch up pelajaran2 lain. Jadi, keputusan UPSR dia memang pendapat saya, agak tipis untuk dia menempatkan dirinya ke skolah sukan, tapi minatnya mendalam dalam bidang sukan, terutamanya bola sepak. Potensinya juga saya rasa, inshaAllah akan lebih bagus,hebat jika di asah. Jadi bgaimana pendapat cikgu?saya sekadar ingin membantu sepupu saya.saya sangat kesian tengok dia.

    1. Waalaikumussalam.. untuk masuk ke sekolah sukan selain aktif sukan ia juga perlu melalui ujian pengesanan bakat. Apa yang penting lagi UPSR kena dapat sekurangya 3A. Bakat yang ada boleh diasah bukan sahaja melalui sekolah sukan. Jika melalui sekolah biasa juga boleh membuka laluan untuk menjadi pemain profesional. Ada beberapa pasukan bolasepak negeri yang kadangkala menjalankan pencarian bakat diseluruh negeri mengikut ketetapan jadualnya. Mungkin masa itu saudara/i boleh membawa sepupu ke uji bakat tersebut.

  9. Salam tuan….UPSR baru-baru ini anak saya telah mendapat 4A1B(Sains)..untuk ke SBP dan MRSM sudah tiada peluang..Boleh bagi cadangan sama ada anak saya ditempatkan di KRK atau pun sekolah premier? Terima kasih.

    1. kalau dapat 4A 1B mungkin susah untuk ke SBP..tapi mungkin boleh untuk ke KRK ( Kelas Rancangan Khas ).. untuk KRK boleh cuba ke PPD berhampiran untuk melihat kekosongan.. rasanya keputusan tu layak.. syarat diterima tu dia bergantung pada kekosongan kuota. Kalau tempat tu tak ramai org pandai senang nak dapat..tapi kalau ramai pelajar dapat A penuh agak sukar.. kena pandai cari tempat nak daftar KRK tu.

  10. Assalamualaikum…
    Mohon pandangan…..kalau anak saya cemerlang (5a) dan ada peluang k sbp (seri puteri)…dan dpt juga ke sek sukan bdr penawar….mana satu yg lebih bagus utk masa depan?

    Terima kasih

    1. Waalaikumussalam nampaknya SBP dan sekolah sukan mempunyai satu corak fokus pembelajaran yang agak berbeza. SBP memberikan fokus lebih kepada kecemerlangan akademik dan sekolah sukan pula lebih kepada sukan disamping akademik. Cuba tuan selidik dulu kebolehan serta minat anak tuan. Adakah lebih cenderung kepada sukan ataupun akademik? cuba juga tuan dapatkan kaunselor terdekat untuk minta anak tuan melalui ujian minat ataupun paling mudah dan biasa dengan melakukan ujian warna. Sekiranya anak tuan meminati warna oren maka sesuai ke sekolah sukan. Tetapi jika minat pada warna hijau jelas perlu ke SBP. Kadangkala untuk membuat pilihan tuan perlu senaraikan baik buruk memilih sesuatu keputusan itu dan cuba selidiki potensi sebenar anak sebelum membuat keputusan.

      1. Untuk masa depan, kedua-dua pilihan mempunyai kelebihan. Sekolah sukan mempunyai bonus tambahan ke bidang sukan dan juga SBP mempunyai elektif lain yang membuka peluang luas dalam kejaya masa depan.

  11. Assalamualaikum Cikgu,

    Pada 17.11.2012 keputusan UPSR akan keluar bagi pelajar tahun 6 utk thn 2012 ini.
    Saya ingin bertanya, apa yg perlu dibuat jika ingin memasukkan anak saya ke Sek. Sukan Bukit Jalil kerana anak saya amat meminatinya?
    Adakah keputusan UPSR kena cemerlang dengan 5A…
    Melalui ujian percubaan UPSR dahulu anak saya hanya mendapat 3A 2B, adakah dia layak untuk memohon?

    1. Kalau ke sekolah tu..selain perlu sederhana tinggi keputusan upsr..ia juga mementingkan tinggi pencapaian kokurikulum..permohonan akan dibuka nanti..jika ada..kami akan cuba maklum.

  12. Asalamualaikum cikgu…Anak saya baru saja menduduki peperiksaan UPSR 2012. Saya bercadang untuk memasukan anak saya ke sekolah aliran agama seperti SMAP Labu jika anak saya mendapat keputusan 5A nanti. Untuk pengetahuan cikgu anak saya telah menduduki peperiksaan UPKK sekolah agama semasa tahun 5 dengan keputusan 7A 1B (Bahasa Arab). Sekarang ini anak saya masih lagi meneruskan persekolahan aliran agama di tahun 6 dan persolan saya ialah bagaimanakah saya ingin memohon tingkatan 1 aliran agama seperti SMAP Labu?? Terima kasih

    1. Waalaikumussalam..maaflah sy tak pasti hal ni..tapi biasanya sekolah tu akan buka sesi pendaftaran.. ataupun boleh terus ke sekolah tu untuk bertanya bial permohonan dibuka nanti..

  13. salam cikgu
    sy nk mintk pendapat cikgu dgn keputusan stpm adik sy nie
    pa = C+
    bm =B-
    p.p =C+
    sj = B

    adik sy dpt pointer 2.58,guru2 dan keluarga sume t’kejut dgn result dia,sebab adik sy harapan sekolah dan cemerlang dlm spm.kami sume xboleh nk mrh adik sebab dia mengalami tekanan perasaan selepas ayh meninggal sehari sebelum trial stpm,sjk 2 adik xfokus belajar.sy ada berjumpa dgn guru2 di sekolahnya mereka menyuruh sy nasihatkan adik utk apply UUM kos pengurusan pembangunan yg dikatekan sesuai dgn keputusan stpm adik.mslhnya skrg adik sy nk repeat stpm selepas penolong kanan tingkatan enam menghinanya dan mengatakan adik sy kecundang di hadapan rakan2nya yg cemerlang.cikgu rasa ptt ke sy izinkan adik utk repeat stpm semula?dan layak ke kos pengurusan pembangunan tu utk adik sy mohon dgn pointer yg 2.58?
    ada ke kos2 lain yg sesuai dgn pointer 2.58?

Leave a Reply to Aduna Adnan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *