Imbuhan Tetap Perumahan, COLA Diselaras?

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Bila disebut Imbuhan tetap perumahan ataupun elaun bantuan sara hidup COLA ia merupakan perkara menarik untuk kakitangan awam. Maklumat kali ini ingin dikongsi satu cadangan telah dibuat untuk berlaku perubahan kepada imbuhan tetap perumahan dan Cola dibuat tahun hadapan. Menurut sumber, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) telah mengemukakan cadangan supaya Imbuhan tetap perumahan diselaras kepada RM 450 sebulan untuk semua penjawat awam dan penurunan kadar faedah pinjaman perumahan daripada 4 peratus kepada 1 peratus.

Menurut sumber, Timbalan Presiden Cuepacs, Aziz Muda memberikan cadangan tersebut antara 23 syor yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Khas Mengenai Transformasi Perkhidmatan Awam.

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Turut dicadangkan elaun bantuan sara hidup ( COLA ) dinaikkan ke RM 400 sebulan berbanding RM 150 dan RM 300 pada masa ini.

Cadangan itu dilihat bertepatan kerana peningkatan kos sara hidup dan juga peningkatan kepada kos binaan dalam membuat sesuatu projek perumahan. Walaubagaimanapun ia sekadar perancangan yang pastinya ia perlu dibincangkan dan diputuskan oleh peringkat tertinggi negara. Apa pendapat anda? Diharapkan segala keputusan mengambilkira pelabagai aspe dan keperluan semasa.- Sumber Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *