Isu Permohonan ke IPTA dan Permohonan Ke TEVT- Politeknik/ILKA

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Isu Permohonan ke IPTA dan Permohonan Ke TEVT- Politeknik/ILKA 1
KPT

Bagi pemohon UPU Online kemasukan 2012 ini banyak isu yang diutarakan kepada kami, isu tersebut banyak tentang permohonan IPTA, politeknik Primer, politeknik dan juga ILKA. Ada antaranya kami dapat bantu dan ada antaranya kami minta dipanjangkan kepada pihak pengambilan pelajar UPU serta diminta kunjungi pameran Jom Masuk U yang dijalankan diseluruh negara.

Untuk kali ini, saya ingin berkongsi tentang 3 soalan yang kerap juga ditanya bekenaan isu permohonan yang sama antara Institut Pengajian Tinggi Awam dan juga permohonan ke Politeknik. Jika pemohon untuk memilih permohonan ke IPTA dan politeknik primer mungkin tidak mengalami masalah, tetapi jika ingin memohon IPTA dan dalam masa yang sama ingin memohon politeknik dan juga ILKA serta TEVT mungkin akan mengalami masalh untuk mengisi. Oleh itu, kerap kali pertanyaan seperti dibawah diajukan kepada kami :

Info Tambahan :  Twinning Programmes Malaysia: 3 Cara Belajar Seperti Luar Negara

Jika saya ingin memohon IPTA dan Politeknik serta ILKA, perlukah saya memohon 2 kali atau membeli no pin lain?

Perlu memohon 2 kali iaitu jika ingin memohon IPTA/Politeknik primer perlu KLIK SINI dan jika ingin juga memohon TEVT-Politeknik/ILKA perlu memohonnya KLIK SINI

Bagi no pin pula, tidak perlu membelinya lagi, gunakan no pin yang sama untuk memohon kedua-dua permohonan.

Saya lepasan sijil politeknik, boleh ke saya mohon UPU?

Bagi pemohon lepasan Sijil dari Politeknik yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Diploma di Politeknik, permohonan hendaklah dibuat terus ke Politeknik. Sila rujuk laman web rasmi Politeknik untuk mendapatkan info lanjut.

Info Tambahan :  SPM Ulangan: Panduan Lengkap, Tips dan Jadual 2023

Saya lepasan SKM Sijil Kemahiran Malaysia ingin memohon ILJTM Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia perlu ke mohon di UPU?

Permohonan ke ILJTM (ADTEC/ILP/JMTI) bagi lepasan SKM bagi Ambilan 2012/2013 diuruskan sendiri oleh Jabatan Tenaga Manusia. Sila rujuk laman web rasmi www.jtm.gov.my untuk dapatkan info lanjut.

Diharapkan info ringkas ini akan sedikit sebanyak membantu pemohon bekenaan dalam membuat permohonan ke politeknik dan IPTA serta ILKA lain.

2 thoughts on “Isu Permohonan ke IPTA dan Permohonan Ke TEVT- Politeknik/ILKA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *