Jadual Gaji Guru Terkini DG41, DG44, DG48, DG52 Tahun 2012

Sebelum diterangkan lebih jauh bekenaan gaji guru terkini, mulai 2012 ia tidak dipanggil lagi DG41, DG44, DG48, DG52 tetapi ditukarkan ke DG 1-1, DG 1-2 ( Guru Biasa ) DG 1-4, DG 1-5 ( Guru Kanan ) DG 1-6 ( Guru Wibawa )

Sebenarnya ada banyak maklumat yang disebar di internet bekenaan jadual gaji menurut SBPA bagi guru untuk tahun 2012 ini. Saya hanya memerhatikan dan sentiasa memantau bekenaan kesahihan maklumat yang diberi. Ada pelbagai spekulasi termasuk ada antaranya yang mengira sendiri, membuat sifir sendiri dan ada juga berdasarkan khabar angin.

Pekeliling SBPA telahpun dikeluarkan namun demikian, Lampiran C menjadi tanda tanya iaitu mengandungi jadual sifir gaji tidak didedahkan semasa pekeliling SBPA online dibuka untuk dimuat turun. Sebaliknya Lampiran C diberikan kepada institusi masing-masing untuk ditaklimatkan kepada organisasi dibawah. Ada baiknya juga ia tidak didedahkan kerana sifir gaji tersebut sebenarnya dilihat perlu difahami sebaiknya kerana ia ada banyak perubahan dan perlu sedikit perkiraan untuk mengetahui gaji sebenar yang diterima oleh seseorang penjawat awam.

Oleh kerana saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan xpresi, saya ingin membantu dengan juga berkongsi tentang jadual gaji bagi DG 1-1, DG 1-2, DG 1-4, DG 1-5 dan DG 1-6 berdasarkan sumber yang boleh dipercayai dan lebih tepat.

Jadual Gaji 2012 DG 1-1, DG 1-2 ( Guru Biasa )

Jadual Gaji DG 1-1 dan 1-2 ( Klik untuk Besarkan )

DG 1-1 ( DG 41 )

Pada tahap ini kenaikan tahunan ialah RM 225 dari T1 sehingga T16 tetapi pada kenaikan T16 sehingga T20 ialah RM 230

DG 1-2 ( DG 44 )

Tahap ini pula, kenaikan tahunan ialah RM 250

 

Jadual Gaji 2012 DG 1-4, DG 1-5 ( Guru Kanan )

Jadual Gaji DG 1-4 dan 1-5 ( Klik untuk besarkan )

DG 1-4 ( DG 48 )

Untuk tahap ini kenaikan tahunan ialah RM 270

DG 1-5 ( DG 52 )

Bagi tahap ini pula kenaikan gaji tahunan ialah RM 290

 

Jadual Gaji 2012 DG 1-6 ( Guru Wibawa )

Jadual gaji DG 1-6 ( Klik utuk besarkan )

DG 1-6

Untuk tahap ini pula tahunan ialah RM 320

 

Cara pengiraan?

Mungkin ada yang tersenyum lebar jika melihat tangga gaji diatas, ada yang gembira kerana beranggapan jika sekarang telahpun berada di T10 maka dirasakan juga melihat tangga gaji SBPA baru di T10. Anggapan itu salah, berdasarkan apa yang difahamkan, sebenarnya dalam perkiraan gaji sebenar mengikut skim baru ini T tersebut akan diturunkan. Bagaimana mengira? Nanti saya sambung cara pengiraannya esok. Update : Cara Kira Kenaikan Gaji Baru SBPA 2012

Sebenarnya saya sendiri masih keliru dengan pengiraan dan jadual sebenar gaji Guru Terkini DG41, DG44, DG48, DG52 Tahun 2012 ini. Namun demikian, untuk membantu sedikit sebanyak mereka yang bertanya, saya sediakan informasi diatas berdasarkan rujukan dan sumber yang boleh dipercayai. Jika ada kesalahan atau pembetulan silalah hubungi saya demi kebaikan bersama.

Sumber : Sektor Pengurusan Akdemik Jabatan Pelajaran Negeri Pahang,  Taklimat SBPA khas untuk guru facebook

 Update 7/3/2012 : Jadual diatas adalah tidak relavan lagi. Ia hanya untuk rujukan arkib, Hal ini kerana semakan baru telah dibuat dan bakal diumumkan perdana menteri pada 8/3/2012.

Jangan Ketinggalan, dapatkan update terbaru info kami percuma terus ke email anda, Masukkan Alamat email anda dibawah :

( Penting : Pendaftaran berjaya jika anda klik link pengesahan yang akan dihantar ke email anda nanti )

Majalah e- Xpresi


PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Panduan Permohonan

About fiziesss
Seorang yang tak pernah kenal erti mengalah selagi masih berupaya untuk berusaha, minat untuk membantu setakat mampu. ( Pengguna perlu teliti Syarat dan Terma sebelum menggunakan xpresi , Hak cipta terpelihara, tidak dibenar mengulang cetak dengan apa cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis penulis ) Saya dan xpresi.org tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan komen. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

12 thoughts on “Jadual Gaji Guru Terkini DG41, DG44, DG48, DG52 Tahun 2012

  1. salam…..sy ingin bertanya……kenaikan RM230 utk DG1-1 hanya utk thn ini shj atau berterusan utk thn depan?

  2. kerani gaji kat skolah aku mcm lain pla taklimatnya… takda kenaikan 1 tangga gaji konon…. juz convert dr ssm ke mata gaji terhampir sbpa…. tak paham aku ….. kejap itu kejap ini…. rugi la mcm ni… borang dah sain….tapi tukar2 pla kenaikan gaji…. memang tak adil..huhu

  3. Gaji SSM DG 44 T1P5 Rm 3584.11 , bergerak ke T1P6 Rm 3734.39. KGT pada April. Pindah ke SBPA di DG 1-2 T4 Rm 3735 . Hanya kenaikan Rm 0.61 sahaja ke?. KGT SBPA pd Januari ke? Betul ke kiraan ini. Mohon penjelasan ye.

  4. Nur Hasni Bt Hasan says:

    Kalau thn 2012 nnt kita d dg1-1 t5, lps kenaikan thnn bln apr, ke t6. macamana kalau kita layak ke dg1-2, nak start d mana pd gred dg 1-2 tu? Sesiapa can explain…

  5. salam.. sesiapa tolong kirakan saya gaji baru SBPA untuk dua tangga gaji guru ni.. sy confius sikit.. ni gred gaji untuk tahun ni punya 2011. DG41 P1T6 (saya) dan DG41 P1T7 (suami). Adakah untuk tahun depan kedua2 tangga gaji ni akan mendapat pendapatan yang sama? kalau sama…macam tak adil jugak lah… dan pergerakan tahunan kami kedua-duanya adalah pada bulan januari.. terima kasih…

    • masalah kita sama je bezanya tangga gaji… saya T9 kawan plak T8… tp sbpa gaji sama je, tak adil kan…. kenaikan gaji plak dah berubah dari julai ke januari…. ada rugi apa2 tak

  6. Terima kasih dengan perkogsian ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

Makluman : TIDAK semua komen/pertanyaan akan dijawab oleh admin/staff xpresi, Kami sibuk dengan urusan pentadbiran, informasi dan pertanyaan khas lain. Walaubagaimanapun, komen/pertanyaan terpilih sahaja akan kami jawab atau dibuatkan penulisan khas. Kami amat berterima kasih jika anda turut sama menjawab/ berbincang dan membantu rakan lain.

PERINGATAN: Anda perlu memahami Syarat/ Terma kami dan Anda dilarang untuk memperkatakan tentang politik ataupun mempersenda cara hidup, individu, kaum mahupun agama lain. Bantulah diri, bantulah saudara anda, cintailah kedamaian, tingkatkan iman, bertindaklah dengan bijak serta bermuafakatlah demi kesejahteraan bersama.