Jenis Bidang Jururawat Yang Perlu Anda Tahu

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Jururawat sebenarnya mempunyai jenis bidang tersendiri.. Tidak ramai yang mampu memikul tanggungjawab yang besar. Sanggup berbakti tidak kira masa. Bersengkang mata menjaga kebajikan pesakit. Meninggalkan anak-anak dan suami dek kerana bertugas shift. Jururawat merupakan satu kerjaya yang harus dipandang mulia oleh seluruh masyarakat. Tanpa mereka, entah bagaimana kebajikan kita sewaktu terlantar sakit.

Jenis Bidang Jururawat Yang Perlu Anda Tahu 1

Kepada anda di luar sana yang memasang impian memilih jururawat sebagai kerjaya anda, tahniah saya ucapkan. Selangkah kaki anda telah berada pada landasan yang sangat murni. Ada 5 cabang bidang jururawat yang perlu anda tahu jika anda memilih kerjaya ini. Saya kongsikan 5 bidang ini yang dapat membantu anda untuk membuat pikihan bidang jururawat yang anda inginkan.

5 Jenis Bidang Jururawat

  1. Jururawat Pelatih
  • Jururawat pelatih merupakan jururawat yang masih dalam latihan di mana anda akan belajar di kolej-kolej kesihatan bersekutu selama 3 tahun. Sepanjang tempoh pengajian ini, anda akan diberikan elaun mengikut kepada peringkat pengajian ada sama ada sijil ataupun diploma. Lazimnya, jururawat pelatih akan memakai topi dan tudung jururawat yang tanpa jalur warna.
Info Tambahan :  YAE! 2023: Permohonan Keusahawanan Untuk Anak Seni

Lazimnya, jururawat pelatih ini memakai topi atau tudung jururawat tanpa jalur warna.

  1. Jururawat Masyarakat Gred U19
  • Jururawat masyarakat dikenali juga sebagai jururawat kebidanan. Jururawat masyarakat kebiasaanya akan ditempatkan di desa-desa dan kawasan kampung. Untuk berjawatan sebagai jururawat masyarakat, anda perlu memiliki kelulusan sijil pelajaran malaysia. Kebiasaannya, jururawat masayarakat ini akan memakai topi dan tudung yang berjalur berwarna unggu.
  1. Jururawat Terlatih Gred U29

Jururawat Terlatih mestilah berkelulusan Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia. Institusi – institusi tersebut mestilah diiktiraf oleh kerajaan serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia. Jururawat Terlatih ini akan memakai topi dan tudung yang berjalur warna biru.

  1. Jururawat Terlatih Gred U41
  • Jururawat Terlatih pada gres ini pula adalah dari kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan. Mereka yang berjawatan jururawat terlatih gred U41 ini merupakan ketua jururawat bagi jururawat-jururawat lain.
  1. Jururawat Pergigian U29
  • Jururawat Pergigian mestilah dari kelulusan Diploma Kejururawatan Pergigian daripada Sekolah Latihan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia. Ternyata tugas mereka berbeza dari jururawat terlatih atau masyarakat. Mereka lebih tertumpu kepada pergigian dan rawatan gigi kepada pesakit.
Info Tambahan :  6 Coworking spaces Aesthetic di Malaysia Untuk Para WFH

Tidak dapat disangkal lagi, bahawa kerjaya sebagai jururawat dalam pelbagai jenis bidang, merupakan satu kerjaya yang terbaik dan terkandung banyak manfaat. Teruskan usaha dan niat anda untuk memegang profesion jururawat ini.

2 thoughts on “Jenis Bidang Jururawat Yang Perlu Anda Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *