Jom sahur!

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Jom sahur! 1

Jangan tinggal sahur; kerana disitu ada keberkatan.

Dari Anas r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda;

“Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalm sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari dan Muslim)

Dari ‘Amr bin ‘Ash ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda;

“Kelebihan puasa kami dan puasa ahli kitab adalah adanya makan sahur” (HR Muslim)

Pengajaran Hadis:
1) Waktu bersahur

–          Bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar.

–          Namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh.

–          Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

2) Mengantuk dan letih bukan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya.

–          Sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat.

–          Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.
3) Bersahur membezakan puasa muslimin dengan puasa penganut agama lain

–          Pengambilan makanan sahur adalah titik yang membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa.

4) Waktu sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T.

5) Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air.

–          Tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *