Kanak-kanak Berusia 7 Tahun Disahkan Gila Kerana Belajar

0
37

Berlegar di Internet mengenai status facebook seseorang yang menceritakan pengalaman melawat seorang kanak-kanak yang disahkan gila ketika berumur 7 tahun. Apa yang lebih mengejutkan lagi, kanak-kanak tersebut dikatakan gila akibat terlalu kuat belajar.

usia 7 tahun
usia 7 tahun

Status facebook tersebut dikongsi ramai orang sehingga menjadi viral untuk pengetahuan umum. Mungkin apa yang berlaku boleh dijadikan teladan supaya anak kita akan lebih sihat perkembangan mentalnya. Apa yang berlaku ini ada kaitan dengan Psikologi Perkembangan Kognitif kanak-kanak. Kita akan bincangkan untuk informasi semua dan sebelum itu, kami sediakan petikan status facebook yang menjadi viral tersebut.

Dipetik dari seorang penulis yang berkongsi cerita di facebook, ”hari ini saya pergi ke hospital, menziarahi anak rakan saya yang sakit.

Rakan saya ini adalah seorang yang berjaya dalam hidup dan merupakan seorang dari golongan VIP.

Anak perempuannya adalah seorang yang comel, berusia 7 tahun, saya membawakan anak patung untuknya.

Waktu saya datang dia mengenali saya ”makcik iti ek?” ia jawab saya” dengan agak terharu kerana dia masih mengenali saya.

Makcik iti 42:6 Berapa? doa masuk tandas apa?

Selepas menanyakan soalan itu saya hanya terdiam kemudian dia menirukan gaya cikgunya yang mengajar di kelas dan menyanyikan lagu 5×5=25, selepas itu dia membacakan doa makan.

Makcik iti jom sambung ayat saya” saya pergi ke sekolah setelah itu saya balik ke? Soalnya sungguh-sungguh, dia memang comel, pandai dan bijak.

Namun selama saya menemani anak ini di situ ibunya yang memerhatikan kami dan hanya mampu menangis mengalirkan air mata” saya turut berduka dengan penyakit yang di tanggung oleh anak perempuannya itu.

Sakit apa?

Sebenarnya saya menziarahi anak rakan saya di hospital sakit jiwa, yaaa sebuah hospital sakit jiwa.

Apa yang sebenarnya terjadi?

Dua minggu sebelum sakit anak perempuan rakan saya ini selalu  menjawab soalan cikgunya dengan jawapan yang sama (7, 24:6=4 dan how are you” Dan jawapan lain seperti huruf jawi, kemudian dia menjawab soalan sambil meniru gaya cikgunya ketika mengajar.

Menurut doktor yang menjaga kanak-kanak malang ini, dia terlalu aktif dalam pembelajaran yang ditambah dengan tekanan dirumah ketika mengulang kaji beberapa mata pelajaran tanpa berehat, dengan melakukan perkara yang mereka suka seperti bermain hingga mengakibatkan otaknya penat.

Yang lebih mengharukan lagi, waktu dia melihat ibunya menangis si anak berkata “ibu jangan menangis, saya dah pandai”

Kanak-Kanak ini adalah penghuni rumah sakit jiwa paling muda di situ, ada 4 orang lagi yang berusia 12 tahun ke 15 yang juga mengalami gangguan jiwa kerana broken home. Hanya dia seorang yang mengalami gangguan jiwa kerana tekanan belajar yang di paksa oleh ibunya.

Jangan jadikan anak anda sebagai tangga untuk memenuhi impian anda atau pun mahu di puji orang lain memiliki anak yang bijak, biarkan mereka menjadi diri mereka sendiri dan berikanlah mereka kenangan masa kecil yang indah dengan bermain yang cukup.

Sebenarnya amat sedih dengan apa yang berlaku dengan kanak-kanak tersebut, kesedihan ini sudah pasti banyak member kesan kepada kesedihan ibu bapanya juga.

Pada pendapat saya, kanak-kanak ini masih boleh dipulihkan dengan izin Allah. Mungkin kanak-kanak ini mengalami konflik membezakan reality dan bukan reality. Perkembangan Kognitif kanak-kanak Allah jadikan secara berperingkat sesuai dengan keupayaan otak kanak-kanak tersebut. Naluri normal kanak-kanak sendiri akan memandu apa tingkahllaku yang sepatutnya lakukan semasa umurnya. Kehebatan Ciptaan Alllah, manusia ini sebenarnya mempunyai sistem dan daya tindak sendiri sesuai dengan apa yang berlaku.

Oleh demikian, kanak-kanak mempunyai fasa tersendiri dalam perkembangan kognitifnya. Semasa kecil, naluri kanak-kanak secara automatic ingin tahu sekeliling. Untuk mempercepatkan proses memperlengkap emosi, pergaulan, persekitaran kanak-kanak akan bermain untuk mempelajari apa yang ingin diterokai. Oleh kerana itulah kanak-kanak dilihat sentiasa bermain dan meneroka, hakikat sebenar kanak-kanak sedang belajar.

Menyekat atau menganggu lumrah naluri semulajadi untuk bermain dan meneroka ini boleh merencatkan pembentukan personality kanak-kanak tersebut sehingga mungkin akan timbul sikap-sikap antisocial atau perangai negative lain. Hal ini kerana tidak banyak yang dapat dipelajari semasa kanak-kanaknya.

Ditambah parah lagi jika kita memaksa kanak-kanak untuk belajar mengatasi keupayaan sebenar kognitif kanak-kanak tersebut sehingga berlaku kekeliruan personality dan kekeliruan lain. Setiap pelajaran ada tahap-tahapnya, mana mungkin kita memaksa anak kita mempelajari sesuatu yang lebih tinggi arasnya sebelum kognitif anak kita bersedia. Ia ibarat menyuruh kereta bergerak laju, sedangkan engine dipaksa sehingga meletup.

Apa cara pemulihan yang sesuai.

Banyak cara untuk memulihkan kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif ini. Setiap rawatan mestilah dianalisis terlebih dahulu punca dengan tepat. Hasil dari analisis itu bolehlah dibuat intervensi yang sesuai.

Sebagai contoh, sekiranya kanak-kanak itu dianalisis tidak rasional dalam apa jua ujian yang dibuat, ada baiknya kanak-kanak tersebut difahamkan dengan apa sebenar yang terjadi dan memperbanyakkan soalan-soalan yang mencabar rasionalnya.

Contoh terbaik lain adalah dengan mengundur semula masa, Undur masa yang dimaksudkan ialah memberi lebih permainan dan aktiviti permainan kepada kanak-kanak tersebut. Melalui aktiviti tersebut dapat mengimbau kembali apa yang sepatutnya ia faham dan apa yang sepatutnya ia tahu. Keseronokan yang timbul akan memperbetul kembali setting pemikirannya terhadap sesuatu. Aktiviti adalah lebih baik dilaksanakan bersama rakan sebaya lain supaya ia boleh berkongsi-kongsi pengalaman bermain dan bersosial antara mereka. Cara ini mungkin lebih memperepatkan proses perkembangan kognitif sebenarnya.

Walau apapun teknik atau intervensi yang kita bincangkan, pokok pangkalnya kita perlu tahu punca masalah itu berlaku dan tanda-tanda perubahan perangai kanak-kanak tersebut. Intervensi yang sesuai adalah ubat paling baik untuk mengubatinya. Masa rawatan juga menjadi faktor keberkesanan intervensi yang ingin dibuat, sebaiknya perjumpaan lebih kerap dan konsisten diperlukan supaya kanak-kanak jadi terbiasa dengan teingkahlaku yang sepatutnya.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

Apa Komen Anda :