Kebaikan Solat untuk Kesihatan

2
19

Kebaikan Solat untuk Kesihatan

Solat adalah tiang agama. Semua orang tahu mengenainya walaupun bukan semua melakukannya dengan sempurna. Solat menjadi penghubung antara manusia dengan maha pencipta. Namun, selain daripada itu, solat juga mampu menjadi terapi kesihatan yang baik untuk tubuh badan. Gerakan-gerakan dalam solat dapat menghasilkan satu terapi terhadap pencegahan penyakit apabila diamalkan. Ianya sebenarnya merupakan salah satu bentuk senaman yang boleh dilakukan selain kita mendapat pahala dan memenuhi tuntutan agama. Solat telah terbukti baik dari sudut sains seperti yang diceritakan dalam buku Professor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas; “Solat kebaikan dari perspektif sains”.

Disini saya nyatakan beberapa kebaikan yang ada:

1)      Terapi solat mendapati keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan jantung paling rendah dan baik untuk golongan pesakit jantung.

Jika dilihat keadaan sujud adalah dimana kita tunduk meletakkan muka kita di bawah. Maka kita mengakui kita adalah hamba. Di waktu sujud, selalunya kita paling khusyuk kerana kita tidak melihat perkara lain melainkan fokus kita terhadap penghambaan kita kepada Ilahi. Kadar denyutan yang rendah sangat bagus kerana jantung akan menerima kurang tekanan. Ini memastikan jantung menjadi lebih sihat, bukan sahaja kepada ynag berpenyakit jantung malah mampu mengelakkan jantung yang sihat daripada mendapat penyakit.

Baca Juga :  Amalan Zikir Harian Untuk Pelajar Cemerlang

2)      Solat sunat sebanyak 3 kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit dapat merawat Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk.

Tetapi janganlah nanti kita solat hanya sebab nk merawat mati pucuk. Tetapkan niat kita untuk mendekatkan diri dengan yang Maha Esa, maka pasti kita akan mencapai apa yang kita kehendaki asalnya kita ikhlas dengan amalan kita.

3)      Pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90º, sakitnya pinggang berkurang.

Lihatlah kebesaran Allah, bukan sengaja kita ditetapkan membuat rukuk dengan betul yakni 90 darjah selari tulang belakang kita. Oleh itu, haruslah kita perhatikan gerakan solat kita. Pastikan ianya betul. InsyaAllah kita tidak rugi malah mendapat manfaat. Ajarkanlah anak-anak. Biasanya mereka malas melakukan rukuk dengan betul. Jangan ia menjadi kebiasaan sehingga dewasa. Ramai yang saya lihat melakukan rukuk 70 darjah sahaja atau ada juga yang lebih 90 darjah. Daripada rukuk itu baik untuk merawat sakit pinggang, apabila tidak dilakukan dengan betul, sakit yang kita dapat nanti.

Baca Juga :  Amalan Zikir Harian Untuk Pelajar Cemerlang

4)      Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang iaitu semasa sujud.

Seperti yang telah diceritakan tadi, sujud menghasilkan keadaan yang paling tenang dalam diri seseorang yang sedang solat.

5)      Tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang lurus ketika rukuk melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang.

 

Subhanallah! Lihatlah rahsia disebalik setiap ciptaan dan perintah Allah. Semoga kita mendapat segala kebaikan daripadanya. Rebutlah peluang semasa kita sihat ini untuk mendapat sepenuh ganjaran pahala daripadaNya. Dan pastinya kita mendapat kebaikan dari sesuatu yang diperintahkan.

Wallahualam.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

2 COMMENTS

  1. […] 1 – Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 2 – Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 3 – Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 4 – Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 5 – Ruqu’ : Sebagai tikar kita di dalam kubur. 6 – I’tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur. 7 – Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 8 – Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur 9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar. 10 – Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur. 11 – Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 12 – Salam : Memelihara kita di dalam kubur. 13 – Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.   Sekian (^_^). Credit to :-  http://www.xpresi.org, […]

Apa Komen Anda :