Kekosongan Guru Sandaran Tidak Terlatih ( GSTT ) Terengganu 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Bagi yang berminat dan berkelayakan, Yayasan Terengganu dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia kerakyatan Negeri Terengganu yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu iaitu jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Gred DC41.

Bagi calon-calon yang berminat boleh membuat permohonan menggunakan laman sesawang secara online yang disediakan. Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada 10 Januari 2012.

  • Pemohon yang mengisi borang dalam Sistem on-line diminta terlebih dahulu membaca syarat dan maklumat jawatan yang dipohon
  • Pastikan maklumat yang diberi adalah benar. Pemohon yang mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan akan disenaraihitamkan dan boleh diambil tindakan.
  • Calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
  • Permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tutup iklan tidak akan diproses.
  • Keputusan pemilihan calon oleh Yayasan Terengganu adalah muktamad.
  • Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.
  • Calon boleh menghubungi terus Bahagian Khidmat Pengurusan (Unit Perjawatan & Perkhidmatan) di talian berikut : 09-6221733 samb. 313,314,315 ATAU emailkan kepada [email protected] bagi sebarang pertanyaan mengenai jawatan.
Info Tambahan :  Tips Cara Permohonan UPU 2024/2025

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang BERKELAYAKAN SAHAJA bagi memenuhi jawatan-jawatan berikut : –

1.  JAWATAN  : GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT)

     BAGI SUBJEK BERIKUT :-

  • Bahasa Inggeris
  • Sains
  • Bahasa Arab
  •  Kemahiran Hidup Bersepadu

2.  PENEMPATAN :

  • Semua Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu.
  • Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu

3.  TARAF JAWATAN :           Sandaran

4.  * KADAR ELAUN BULANAN

Kelayakan Gred/Elaun Tangga Elaun
Ijazah Kepujian DC 41 P1T5 RM1,653.73 – T10 RM2,046.98

                         *  Tertakluk kepada perubahan Skim Perkhidmatan serta pindaan dari semasa ke semasa.

5.   SYARAT LANTIKAN :

  • Terdiri daripada warganegara serta rakyat Negeri Terengganu Darul Iman.
  • Umur tidak melebihi 35 tahun bagi siswazah
  • Mempunyai kelayakan akademik yang diiktiraf
  • Mempunyai kepujian Bahasa Melayu diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya dan mendapat kepujian  dalam empat (4) mata pelajaran lain.
  • Bagi lantikan guru agama, calon-calon hendaklah mempunyai kelulusan kepujian Bahasa Arab sekurang-kurangnya di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam mata pelajaran Ugama Islam Tinggi atau Empat Thanawi atau setaraf dengannya.
  • Seseorang calon boleh juga ditawarkan dan dilantik ke dalam kategori yang rendah daripada kelayakan yang diperolehi mengikut keperluan dan kepentingan Perkhidmatan.
Info Tambahan :  Permohonan Guru Sekolah Rendah PDPP 2024/2025

6.    PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :

Pegawai-pegawai yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

7.   CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah melalui dibuat secara atas talian (online) SAHAJA.

Klik –> Borang Permohonan Online

8.    SEMAKAN PERMOHONAN

Semakan dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat pada bila-bila masa di bahagian “SEMAKAN PERMOHONAN” sehingga tarikh tutup.

  Klik –>  Semakan Permohonan

CATATAN AM :

  • Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  • Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja dipanggil untuk di temu duga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *