Kekosongan Pensyarah DG44 IPG Bagi Guru DG41 KPM 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Kekosongan Pensyarah DG44 IPG Bagi Guru DG41 KPM 2012 1

Bagi yang berminat dan berkelayakan memohon pensyarah DG44 bagi pemangkuan laluan hakiki PPPS Kementerian Pelajaran Malaysia KPM 2012. Jawatan pensyarah yang ditawarka adalah bagi mengisi kekosongan di Institut Pendidikan yang mana calon-calon guru kini DG 41 adalah diperlawa.

  • Permohonan adalah terbuka kepada semua PPPS Gred DG41 memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan termasuk mereka yang sedang cuti belajar, cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji, pegawai pinjaman/tukar sementara atau yang sedang mengisi jawatan kader KPM.

Syarat-syarat Umum

  1. Disahkan dalam Perkhidmatan
  2. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun terakhir bagi tahun 2009, 2010 dan 2011;
  3. Bebas daripada tindakan tatatertib
  4. Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Tegar Institusi Pendidikan;
  5. Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
  6. Telah mengistiharkan harta
  7. Diperakukan oleh ketua jabatan
Info Tambahan :  mySPP: Cara Daftar dan Jawatan Kosong 2023

Syarat khusus dan syarat mengikut kekosongan

Pensyarah (Akademik) PPPS Gred DG44 / Pensyarah (Jurulatih

Ko-Kurikulum) PPPS Gred DG44

  • Pengalaman mengajar sebagai guru PPPS Gred DG41 sekurang-kurangnya 5 tahun atau pengalaman  berkhidmat sebagai PPPS DG41 sekurang-kurangnya dua tahun di IPG; dan
  • Mempunyai  sekurang-kurangnya Ijazah  Sarjana dalam bidang berkaitan.

Kelayakan tambahan bagi jawatan Pensyarah (Jurulatih KoKurikulum) Gred DG44 adalah seperti berikut

  • Mempunyai kelayakan dan pengalaman dalam bidang KoKurikulum;
  • Mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam bidang kokurikulum;
  • Aktif dan banyak memberi  sumbangan dalam bidang kokurikulum.

 Borang Permohonan

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Cara memohon serta maklumat penting lain boleh dirujuk dalam surat siaran penuh permohonan urusan pemangkuan laluan hakiki bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (ppps) gred dg41 bagi pengisian jawatanjawatan gred dg44  di institut-institut pendidikan guru di bawah anggaran belanja mengurus (perjawatan) tahun 2011 kementerian pelajaran Malaysia

 Anda dinasihatkan untuk merujuk iklan penuh penjawatan KLIK SINI

Tarikh tutup permohonan : 30 Mac 2012

Maklumat Lanjut dan Alamat surat menyurat

Rektor,

Institut Pendidikan Guru Malaysia,

Kementerian Pelajaran Malaysia,

Aras 1, Enterprise Building 3, Blok 2200,

Persiaran APEC, Cyber 6,

63000 Cyberjaya

(u.p: Sektor Khidmat Pengurusan)

3 thoughts on “Kekosongan Pensyarah DG44 IPG Bagi Guru DG41 KPM 2012

Leave a Reply to fiziesss Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *