Kelebihan dan Kekurangan Jurutera Petroleum

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Pelantar Minyak
Jurutera Petroleum  ( Pelantar Minyak )

Kami ada mendapat email berkaitan dilema pelajar yang ingin meneruskan pengajian bidang jurutera Petroleum. Untuk membuat pilihan seharusnya tahu kelebihan dan kekurangan jurutera Petroleum ini. Kami ada menghubungi rakan kami berkaitan kerjaya ini. Beliau ada berkongsi serba sedikit kelebihan dan kekurangan bekerja sebagai Jurutera petroleum. Sebelum itu, kelebihan dan kekurangan yang dikongsi hanya untuk maklumat pertimbangan sekiranya menghadapi masalah pilihan.

Setiap orang yang bekerja bidang ini mungkin mengalami peristiwa yang berbeza. Mungkin Kelebihan dipilih sebagai kelemahan dan mungkin kelemahan dianggap sebagai kelebihan. Ianya bergantung kepada setiap individu yang menghadapi situasi.

Kelebihan dan Kekurangan Bekerja Jurutera Petroleum

Kelebihan

  • Pasaran kerja bidang ini amat diperlukan, hampir kesemua jurutera berkaitan mendapat kerja selepas belajar atau latihan.
  • Gaji jurutera dalam bidang ini merupakan antara tertinggi dikalangan jurutera –jurutera dalam bidang pekerjaan lain.
  • Kerja ini menarik kerana anda akan sentiasa berada di lapangan/luar.
  • Jika anda mempunyai ilmu dan kemahiran sebagai jurutera petroleum, anda juga boleh meneroka dan menceburi bidang lain seakan sama dengannya seperti pengurusan, jualan, dan penyeliaan.
Info Tambahan :  LinkedIn Penting ke? 8 Cara Pasarkan diri di LinkedIn

Kekurangan

  • Kerjaya ini menuntut anda untuk berpindah lokasi kerana kemungkinan syarikat mempunyai pelantar minyak lain yang memerlukan kepakaran anda. Bekerja berubah tempat menyukarkan kehidupan seharian terutama yang bekeluarga.
  • Memerlukan kepakaran yang tinggi dalam matematik sekiranya ingin mendapat ijazah dalam bidang ini. Sesetengah pelajar bidang ini menganggap agak sukar untuk mendapat ijazah dalam bidang ini.
  • Kebanyakan jurutera perlu bekerja dalam tempoh masa lama dan meninggalkan keluarga untuk tempoh masa minggu atau bulan. Semakin penting anda maka semakin kerap anda perlu berjauhan dan ada kalanya anda diperlukan sekiranya berlaku kecemasan.
Info Tambahan :  Cara Memilih dan Kursus Popular Di Universiti

Bagaimana ingin memohon Ijazah Kejuruteraan Petroleum ini?

Melalui SPM – Keputusan SPM perlulah cemerlang terutama subjek matematik, kimia dan fizik, selepas SPM perlu mengambil Diploma Kejuruteraan dan perlu sambung Ijazah sarjana muda kejuruteraan Petrolem

Melalui Matrikulasi – Perlu mengambil matrikulasi aliran sains fizikal, perlu menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda Kejurteraan berkaitan petroleum.

Melalui Asasi – Asasi sains adalah relevan untuk memohon, ada juga institusi yang terus menawarkan asasi kejuruteraan, selepas pengajian asasi bolehlah memohon iajzah kejuruteraan yang berkaitan.

STPM – Perlu mengambil aliran sains, perlu menguasai subjek berkaitan matematik, fizik dan kimia. Meneruskan pengajian ke Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang berkaitan petroleum.

Sebenarnya ada banyak lagi cara untuk ke bidang kejuruteraan petroleum, cara yang dinyatakan adalah pilihan yang popular kebelakangan ini. Sebenarnya keputusan yang ingin dibuat perlulah mengikut minat dan keupayaan fizikal dan mental seseorang. Buatlah penilaian dengan baik dan jika sukar mintalah bantuan dari profesional seperti kaunselor berhampiran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *