Kenapa Gagal Masuk Universiti UPU Lepasan STPM

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Keputusan UPU telah dikeluarkan minggu lepas, ada yang masih bergembira kerana berjaya mendapat tempat di Universiti. Namun begitu ada pihak yang gagal masuk universiti kini masih berduka dan ingin mengetahui kenapa mereka gagal untuk ditempatkan ke universiti menerusi pemilihan UPU lepasan STPM baru-baru ini.

Gagal masuk universiti
Gagal masuk universiti

Menerusi Laman rasmi UPU, terdapat 5 sebab kenapa kebanyakan pemohon gagal ditempatkan ke universiti yang dimohon .

Punca Gagal Masuk Universiti

Tempat Terhad

Permohonan masuk universiti memang ramai setiap tahun, sedangkan universiti adalah terhad. Selain itu juga kursus pengajian di setiap universiti juga terhad. Kebanyakan pemohon memilih untuk memohon program yang popular menyebabkan kekosongan terhad. Pemohon juga tidak mempunyai mata merit yang kuat untuk bersaing dengan pemohon lain untuk merebut tempat dalam program popular yang diminati. Pemohonan juga terlalu ramai sehinggakan ada program yang menerima lebih dari 180 permohonan.

Info Tambahan :  Selepas SPM 2023 Apa yang Kita Boleh Buat?

Tidak Diperakukan Temuduga

Ada program yang hanya perlu memohon dan ada program yang memerlukan temuduga. Program seperti undang-undang, Seni, Farmasi, Pergigian, TESL, Program di UKM, Perubatan, Pendidikan kebanyakannya memerlukan hadir dan kelulusan temuduga. Masalah perakuan temuduga ini menghalang permohonan berjaya sekiranya ia bermasalah.

Tidak Melepasi Syarat Khas

Syarat khas adalah kunci utama untuk pemprosesan sesuatu permohonan, gagal melepasi syarat minimum sebenarnya menunjukkan anda tidak layak untuk mengharungi pengajian tersebut. Pihak universiti pasti tidak akan menerima permohonan anda jika anda sengaja memohon pengajian yang tidak melepasi syarat yang ditetapkan.

Merit Rendah

Info Tambahan :  Hubungan Karier: 6 Cara Menggunakan Media Sosial untuk 'Kabel'

Setiap permohonan dihitung menggunakan konsep merit, ini bermakna setiap pencapaian akademik dan bukan akademik diberi markah tersendiri dan mempunyai jumlah merit terkumpul. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai markah merit tinggi.

Sebab lain

Terdapat juga sebab lain permohonan tidak diterima seperti :

  • Dokumen tidak lengkap
  • Permohonan tidak lengkap
  • Tidak sah dan hantar pada sistem permohonan
  • Pemohon sedang belajar di institusi lain.

Sebenarnya banyak lagi sebab-sebab kenapa gagal diterima masuk ke universiti melalui UPU lepasan STPM ini. Walaupun anda gagal diterima masuk, rayuan dibuka untuk memberi peluang kedua untuk permohonan. Selain itu gagal ditempatkan ke universiti tidak beerti tidak ada lagi peluang untuk berjaya dalam hidup, terdapat juga altenatif lain bagi pemohon yang gagal ditempatkan di sebarang institusi. Selamat berusaha dan yakinlah pada rezeki Allah.

One thought on “Kenapa Gagal Masuk Universiti UPU Lepasan STPM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *