Keputusan eG-Tukar 2013

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Ramai menantikan keputusan semakan online e-GTukar untuk sesi Jun 2013 ini. Ada khabar mengatakan ia akan boleh disemak pada 1 Jun 2013 seperti kebiasaanya. Namun demikian, sangkaan itu tidak benar hingga membuatkan pemohon pertukaran tertunggu-tunggu keputusan pertukaran mereka.

Pertukaran guru merupakan topik dan isu yang hangat dikalangan guru yang ingin memohon berpindah. Ia ditambah lagi dengan bilangan yang ingin memohon juga bertambah setiap tahun. Setiap tahun masalah ini sukar dileraikan kerana ia sentiasa bertambah dan ramai juga yang mempertikaikan keputusan permohonan mereka.

Memenuhi permintaan ramai juga bukan senang, pihak pengurusan pertukaran guru ini terus berusaha memenuhi hasrat pertukaran guru yang memohon, namun demikian masih banyak berlaku masalah dan tindakan strategik perlu difikirkan bersama.

Info Tambahan :  11 Panduan Terbaik Untuk Skor dalam Biasiswa

Untuk pengetahuan pembaca, pertukaran Jun 2013 ini, buat pertama kali keputusan ditangguh pada satu tarikh yang belum diputuskan lagi. Menurut pengurusan pertukaran guru, ia ingin menguruskan bersama guru yang baru ditempatkan, ia bagi mengelak berlaku kekosongan guru akibat guru sebelumnya yang berpindah. Tindakan menyelaras tenaga guru ini mampu mengelakkan masalah kekurangan guru yang boleh mengganggu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Keputusan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Antara Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi sesi Jun 2013 adalah ditangguhkan pada suatu masa yang akan diberitahu kelak. KPM sedang menyelaras pertukaran guru bersekali dengan pengisian penempatan guru baharu bagi mengelakkan masalah kekurangan guru yang boleh mengganggu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.- Pengurusan e-Gtukar KPM

Dengan adanya penyataan diatas maka diharapkan guru yang memohon bersabar untuk menunggu keputusan mereka. Biarpun peratus untuk berjaya pindah amat tipis, tapi sekurangnya masih ada peluang yang diberikan.

One thought on “Keputusan eG-Tukar 2013

Leave a Reply to syukur Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *