Keputusan Kemasukan UPU Lepasan STPM/ setaraf ambilan 2014

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Sedang menanti keputusan UPU kemasukan ke IPTA/ Politeknik untuk lepasan STPM/ setaraf? Entah apa yang anda sedang lakukan kini, mungkin sambil menunggu keputusan keluar nanti ada yang sehingga kini hanya duduk dirumah atau bekerja. Keputusan permohonan UPU untuk ke IPTA akan keluar tidak lama lagi, sudahkah anda bersedia?

Bila keputusan UPU Lepasan STPM/ setaraf keluar?

Ramai yang tidak sabar menunggu, bagi yang mendapat keputusan tinggi pasti sedang membayangkan kali pertama dapat menjejak kaki ke menara gading. Bagi yang keputusannya biasa-biasa sahaja pasti sentiasa berdoa semoga ambilan UPU memihak padanya.

Info Tambahan :  E-Sukan dan Hiburan: Kursus dan Peluang Perniagaan 2023

Menurut sumber email dari rakan xpresi, keputusan UPU lepasan STPM setaraf ambilan 2014 akan mula boleh disemak sekitar minggu ke dua Ogos 2014 ini. Tarikh sebenar masih lagi kami belum dapat pastikan. Sumber agak boleh dipercayai kerana ianya dari maklumat perhubungan pertanyaan kepada staff UPU sendiri.

Keputusan UPU lepasan STPM setaraf ambilan 2014 : Minggu ke dua Ogos 2014

Jadi, bagaimana? Anda rasa gementar? Kerisauan menunggu keputusan STPM baru sahaja berlalu dan kini kerisauan kembali lagi untuk mengetahui keputusan melanjutkan pengajian anda. Dunia kini amat mencabar, banyak perkara perlu ditempuhi. Ada yang pahit dan ada juga yang manis, hadapilah ia dengan tenang setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Selamat Berjaya, sentiasa Berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *