Keputusan STPM 2015/2016 : Semakan Online dan Hasilnya?

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Keputusan STPM 2015/2016 : Semakan Online dan Hasilnya? 1
IPTA

Kemarin beribu-ribu pelajar mula membuat semakan online untuk keputusan STPM 2015 mereka. Keputusan STPM mereka adalah hasil usaha mereka tahun sebelumnya dan kemarin adalah hasilnya. Mungkin ada yang masih tersenyum lebar dan berseronok kini dan ada juga yang bersedih dan sedikit sebanyak menunjukkan perlakuan negatif. Masih ada lagi yang belum membuat semakan? Bagi yang masih belum membuat semakan silalah ke Laman rasmi UPU untuk membuat semakan.

http://upu.mohe.gov.my/web/pendaratan.php

Anda berjaya ditawarkan ke IPTA/ institusi

Perkataan tahniah pasti akan mendahului semakan keputusan anda itu dan pastinya anda merasakan kegembiraan yang luar biasa kerana terbayangkan kehidupan university dan perpindahan gaya hidup baru dengan segalanya situasi baru yang bakal anda alami kelak. Bagi pihak kami tahniah diucapkan, sebenarnya apa sahaja kegembiraan yang anda alami kini adalah hasil dari usaha anda selama ini. Namun demikian, kegembiraan yang ada perlu disertakan dengan kesyukuran kepada maha pencipta kerana IA yang menurunkan rezeki  dan berita kegembiraan kepada yang dikehendaki. Perlu diingatkan, apabila diterima ke IPTA bermakna banyak juga perkara baru dan cabaran baru sebagai mahasiswa/I nanti. Anda akan terus selamat jika anda tidak berhenti berusaha dan sentiasa meningkat dan memperbaiki diri dari hari ke hari.

Info Tambahan :  Pusat Tuisyen KAMI: Membangun Peluang Melalui Pendidikan Berkualiti

Anda gagal ditawarkan ke IPTA

Perkataan gagal itulah yang paing perit kita tempuhi, perlu diingatkan sebenarnya gagal ini adalah dari mereka yang kurang berusaha, namun demikian ada juga yang telah berusaha tetapi masih belum mendapat berita gembira yang diingini. Perlu anda tahu bahawa kegembiraan atas dunia ini bukanlah terhad, sebenarnya ada dimana-mana dan ia akan hadir bila-bila masa mengikut ketetapanNya. Begitu juga apa yang kita impikan, tidak semuanya akan kita dapat dan kadangkala ia ditangguhkan untuk kita. Sebenarnya banyak lagi peluang yang akan dibuka untuk kita, asalkan kita tidak mudah putus asa dan mengambil dengan serius setiap apa yang bakal ditawarkan pada kita suatu hari nanti. Bagi yang tidak berjaya pastikan anda membuat rayuan. Pautan rayuan ada disertakan dibawah sekali dalam keputusan online anda gagal diterima tersebut. Pastikan anda memilih 2 kursus yang anda ingin pohon rayuan itu, buat sedikit kajian tentang kemungkinan anda diterima untuk rayuan nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *